KISAH

now browsing by category

 

NAIK TURUN MBC

MobileBookCafe (MBC) seboleh mungkin tidak mahu menyusahkan pelanggan. Maksudnya kami tidak perlukan permohonan melalui surat dan sebagainya. Memadailah hanya dengan emel, SMS atau WhatsApp sahaja. Walau bagaimanapun kadang-kala perkara begini disalahertikan oleh pelanggan kami. Berikut kami senaraikan beberapa peristiwa yang menimpa kami:-

IMG_5802

1. Surat rasmi dikemukakan oleh pelanggan kami memohon untuk menjemput MBC hadir ke tempat mereka. Kami setuju dan menjawab surat tersebut (melalui emel). Apabila tiba harinya, kami tiba di tempat yang telah dipersetujui. Tidak ada seorangpun pegawai di sana mengetahui akan aktiviti yang bakal dijalankan pada hari tersebut. Pegawai yang menandatangani surat buat kerja luar dan tidak meninggalkan sebarang pesanan kepada pegawai lain. Setelah kami buat panggilan, dikatakan MBC tidak membuat pengesahan kehadiran. Kami serik dengan pelanggan begini.

 

2. Kami terima surat jemputan untuk hadir selama empat (4) hari di tempat mereka. Memandangkan kami ada program lain, kami bersetuju untuk hadir dua (2) hari terakhir sahaja. Mereka bersetuju. Sehari sebelum tarikhnya, mereka menghantar “peringatan mesra”. Ini menunjukkan keperihatinan mereka. Bila kami tiba di tempat kejadian, tidak ada mana-mana pihak sedang menjual buku (sepatutnya ia adalah hari ke-3). Bila kami bertanya, seorang pegawai memberitahu bahawa yang lain semuanya sudah pulang. Ini suatu petanda bahawa penjualan tidak bagus atau yang seerti dengannya.

Memang ternyata jualan tidak bagus kerana pihak yang menjemput tidak memaklumkan kepada pelajar akan kehadiran kami.

 

3. Pihak sekolah menjemput kami dengan menghantar surat rasmi. KAmi bersetuju untuk hadir walaupun bilangan pelajar tidak seberapa dan sekolahnya beratus KM dari tempat kami. Setelah berlaku kebocoran jertas peperiksaan UPSR, maka peperikaan ulangan UPSR perlu dilakukan. Tarikh UPSR adalah tarikh kami sepatutnya ke sana. Kami hubungi cikgu bertanyakan perkara ini. Tiada jawapan. Akhirnya kami memutuskan unytuk tidak hadir kerana memang tidak munasabah untuk menjual buku semasa UPSR. Pihak sekolah tidak memberi sebarang maklumbalas hingga kini.

 

4. Akibat UPSR juga, tarikh kami ke sebebuah sekolah di utara terpaksa ditangguhkan. Hingga kini tiada berita. Ada kemungkinan kami tidak lagi ke situ.

 

5. Hari ini kami terima lagi pembatalan acara yang sepatutnya berlangsung esok. Mengapa perkara begini boleh terjadi?. Pihak sekolah harus ingat, persediaan di pihak kami bukan sedikit. Ia melibatkan banyak pihak lain. Penerbit dan Penulis yang telah kami tempah perlu kami hubungi semula dan memohon maaf. B-E-R-A-P-A   B-A-N-Y-A-K     P-U-N-Y-A     M-A-A-F  DAA….

 

KESIMPULAN

MBC perlu lebih profesional. Lebih memilih. Lebih berhati-hati.

 

 

 

SK BANDAR ANGGERIK

 

Kami dapat pelawaan untuk SK Bandar Anggerik, Shah Alam melalui FB. Hanya dua hari, tetapi sangat berbaloi. Penulis dari KarangKraf diperolehi sehari sebelum peristiwa. Kami tidak risau sebab ia dalam kawasan berdekatan. Sementara hari kedua saya buat pengenalan kepada haiku dan dibantu oleh Uneh untuk lakaran haiga.

IMG_6007

Wakil MBC, Pengurus Besar, Penulis dan guru-guru SKBA.

IMG_6008

Murid turun kelas demi kelas, namun ramai dan kami tidak dapat melayan dengan sempurnanya.

 

IMG_6020

NO KOMEN.

 

IMG_5983

Hari kedua, masih bersesak.

 

Screen Shot 2014-10-03 at 2.14.12 PM Screen Shot 2014-10-03 at 2.14.30 PM

Screen Shot 2014-10-03 at 2.15.34 PM

Dari lensa & FB cikgu SKBA.

 

IMG_6054

HAIKU

IMG_6055 IMG_6056

Haiku untuk hari kedua.

 

SK PUTERI PANDAN 2

Sabtu, 27 September.

KAMI ke SK Puteri Pandan 2 kerana ada karnival sekolah. Cadangan dibuat oleh Uneh, rakan kami yang juga turut hadir untuk mengadakan bengkel lukisan. Memandangkan ia jatuh pada hari Sabtu, di mana kami tidak ada aktiviti lain di sekolah, maka kami cuba ke karnival begini pula.

IMG_5816

Pembelian dibuat melalui kupon dan 10% hasil jualan mesti diberikan kepada pihak sekolah.

IMG_5810

Penyertaan murid, guru dan ibu bapa tidak begitu memberangsangkan. Tidak ramai yang hadir.

IMG_5806

Pengajaran: Sekiranya program umum (hari kantin, karnival sukan dll), ia tidak begitu menggalakkan. Apatah lagi bila pembelian dibuat melalui kupon.

IMG_5800

Dirakam rakan FB dalam perjalanan pulang.

 

IMG_5823

 

 

 

POLITEKNIK MERLIMAU, MELAKA

 

MBC menerima jemputan untuk hadir ke “Hari Jualan BUku” Politeknik Merlimau, Melaka (PMM) mulai 22/9 hingga 26/9. Memandangkan MBC mempunyai program lain 22-23/9, maka kami meminta untuk hanya datang 25-26 hb sahaja.

IMG_5665 IMG_5664

Apa yang terbayang dalam fikiran kami ialah suatu karnival yang gilang gemilang. Terdapat upacara perasmian yang meriah dan ribuan pelajar serta ibu bapa dan pensyarah menyerbu booth-booth pameran buku. Maklumlah kami dijanjikan 10,000 bakal pengunjung. 6,000 daripadanya ialah penuntut PMM. Rugi sungguh rasanya hanya dapat turut serta selama dua hari terakhir karnival sahaja.

IMG_5668

Kami bertolak dari Kajang pada jam 7am dan tiba di PMM jam 9.30am di Perpustakaan PMM. Kami tidak menemui sebarang khemah atau gerai dari pempamer lain. Seorang staf datang menemui kami.

“Mana orang lain semuanya?”.

“Mereka sudah pulang. Kebetulan ada pesta buku Melaka bermula hari ini. Lagi pula tidak ada pembeli di sini. Datang berniaga pada 22hb. gaji belum masuk lagi, bagaimana mahu beki buku?”.

Kemudian pegawai perpustakaan tiba dan kami diajak meronda keseluruhan kampus PMM untuk memilih tempat untuk kami berniaga. Ini adalah kali pertama kami bertemu dengan situasi di mana pihak penganjur tidak menyediakan tempat khusus untuk kami berniaga. Akhirnya kami memilih untuk berniaga di hadapan perpustakaan dan di sebelah petangnya di hadapan asrama pelajar.

IMG_5675

Hujan lebat di sebelah tengahari. Kami terpaksa tutup kedai sehingga hujan reda.

IMG_5670

Di sebelah petang kami berpindah lokasi ke hadapan asrama. Ia menjadi tempat lalu lalang pelajar untuk ke kelas masing-masing. Memang ramai yang lalu, namun tidak ramai yang singgah. Apatah lagi membeli. Para pelajar “kelihatan takut” dengan buku.

IMG_5701

Kemudian kami dikunjungi oleh sahabat FB yang sangat istimewa dan baik hati. Beliau merupakan penderma tetap kepada pelajar-pelajar miskin dalam projek kami. Beliau dan suami hadiahkan beberapa buah buku terpakai untuk kegunaan kami. Terima kasih Puan Siti Sara Abu Zarim dan suami.

Isteri saya tiba di PMM lewat petang dan kami bermalam di Tun Teja Suite.

IMG_5710

Sebelah malamnya Coach Bahar datang menemui kami dan belanja makan malam.

IMG_5722

Coach Bahar hadiahkan beberapa buah buku beliau untuk MBC.

IMG_5777

Hari kedua (Jumaat) bermula agak perlahan sehinggalah pensyarah PMM, Puan Mazura Stapah tiba bersama murid-murid beliau. Beliau minta kami berikan taklimat kepada para pelajar mengenai MBC. Seterusnya para pelajar turut menyanyikan lagu “Hammpy Birthday Uncle MBA” untuk saya. Ulangtahun kelahiran ke-55 jatuh pada hari ini (26 September).

IMG_5778

Cuaca agak panas.

IMG_5766

Mazura Stapah bersama buku-buku yang dibeli

IMG_5761

Pegawai Perpustakaan PMM dengan koleksi buku tulisan saya yang dihadiahkan kepada perpustakaan.

IMG_5753

OK. Bye… Bye….

 

 

KARNIVAL 1PESARA @MAEPS

 

1. Jam 5pm (Isnin) kami dapat pengesahan bahawa MBC boleh menyertai Karnival setelah permohonan melalui emel dihantar di sebelah paginya;

2. Selasa (8am) kami telah tiba di MAEPS, tempat acara diadakan. Penyertaan melibatkan lebih 3,000 pesara dan bakal pesara. Ramai bertemu kawan-kawan lama yang bakal menjadi YB (Yang Bersara);

3.Tujuan MBC ke Karnival bukanlah untuk menjual buku semata-mata. Biasanya jualan di tempat-tempat begini tidak begitu memberangsangkan. Kami sedar, namun tetap datang kerana beberapa sebab lain. Ternyata ia adalah sangat positif.

4. Komuniti mobile yang mengambil bahagian dalam Karnival ini termasuklah Karavan tani, SSM, JPJ, NBOS, MoF, Kopi Satu dan banyak lagi. Namun rasanya MBC yang paling menyerlah dan satu-satunya milik sendiri dan bukannya dimodali oleh agensi kerajaan.

5. Kami daftar satu lagi perniagaan baharu atas nama “MOBILE BOOK CAFE”. Maklumlah van SSM hanya di depan van kami.

6.  MoF mempelawa kami untuk menyertai mereka buat karnival lagi menjelajah Malaysia. Kami gembira. Kami juga pergi ke lain-lain agensi yang “membantu” usahawan seperti KPDNKK, MARA, PUNB, Franchise dan banyak lagi.

 

IMG_5588

Kami daftarkan satu perniagaan lagi. Mudah. Cepat. Tidak perlu ke SSM.

IMG_5609

Jumpa kawan lama yang sudah lebih 30 tahun tidak bertemu sejak keluar dari universiti dan kelas. Mereka juga akan bersara dalam masa terdekat.

 

IMG_5596

Pegawai tinggi kerajaan yang sangat meminati buku. Beliau mempunyai perpustakaan sendiri di rumah dan berlambak buku di pejabat. Seronok berbual pasal buku dengan YBhg Datuk.

 

IMG_5569

 

Kawan sepermainan yang baharu sahaja bersara turut berkunjung.

 

IMG_5604 IMG_5605

Ramai …

 

 

What Does a Bookseller Do?.

 

 

http://bookshopblog.com/2014/08/08/bookseller/

Ikon MBC ialah Penguin Books

Kami tertarik dengan cara Penguin Books on Truck menyusun buku. Kami ingin belajar cara mereka yang kelihatannya lebih cool…

 

Penguin_books

Buku-buku diatur di atas meja juga selain dari dalam truk. Malahan ada kerusi untuk membaca juga. Kami boleh tiru yang ini, malahan sudah buatpun, cuma tidak konsisten.

Penguin_NonFiction

Pengui Book ada tag. Ini kami belum ada. Mesti buat…

 

 

Penguin_Fiction

Fiction, Non Fictiuon, Children …. Kami perlu segerakan yang ini.

Penguin_children

Satu lagi yang MBC belum ada ialah papan tanda atau papan notis.

Kecil, tetapi kesannya besar.

 

Penguin_sign

 

KSN Ikon Membaca: Wajarkah?.

Tahniah diucapkan kepada YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara kerana dinobatkan sebagai Ikon Membaca Kebangsaan Yang Pertama di kalangan Penjawat Awam.

Beliau juga merasmikan program Take A Break @Putrajaya di Dataran Putra.

KSN_Ikon_Membaca

Memang tidak dinafikan YBhg KSN memang banyak membaca. Memang banyak. Tetapi berapa banyak? Berapa buah buku?. Berapa buah buku melebihi daripada orang yang kedua banyak?.

Soalan-soalan di atas sukar untuk dijawab.

Biasanya orang besar yang banyak membaca akan banyak bercakap dan membuat petikan dari buku yang dibacanya. Orang lain pula biasanya banyak menulis.

Wajarkah KSN dinobatkan sebagai ikon membaca penjawat awam?. Jawapan tidak diperlukan. Semoga selepas ini akan diadakan ikon menulis pula. Sebabnya orang yang menulis, baik tulisannya atau banyak bukunya dapat dinilai oleh ramai orang. Orang yang menulis sepuluh buku tentu lebih layak dijadikan ikon berbanding dengan yang hanya sebuah buku jika mutunya sama. Penulis buku yang menerima anugerah, tentu lebih layak dijadikan ikon berbanding dengan yang tulis buku biasa-biasa sahaja.

 

Kita tunggu tahun hadapan WRITE @Putrajaya pula …

 

 

READ! @Putrajaya

 

HARI ini, Ahad 22 Sept. kami akan ke Putajaya menghadiri acara Let’s Take A Break READ @PUTRAJAYA. Kami datang atas jemputan daripada Perpustakaan Negara Malaysia. Kami excited mahu ke Putrajaya. KAmi akan updates nanti ya….

IMG_5460

Description

Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya, Perpustakaan Negara, PUSPANITA dan 1M4U akan menganjurkan Program Merakyatkan Budaya Ilmu Peringkat Zon Putrajaya yang dikenali “Take A Break…Read!@ Putrajaya; pada 21 September 2014 (Ahad) di Dataran Putra, Putrajaya bermula jam 7.30 pagi hingga 6.00 petang.

Program yang bertujuan untuk memupuk minat dan amalan membaca di kalangan masyarakat Malaysia supaya menjadi bangsa yang berpengetahuan, berinovatif serta kreatif akan dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara.

Dua acara utama yang diadakan diprogram tersebut ialah:

· Anugerah “Ikon Membaca…; Penjawat Awam

· Pelancaran “Library on Wheels…;

Disamping itu, pelbagai aktiviti dan acara menarik diadakan antaranya Senam Tari, Pameran Buku, Ejik The Magic, Upin Ipin, Pertandingan Mewarna, Rawatan Kesihatan Percuma dan pelbagai hadiah menarik disediakan. Orang ramai dijemput beramai-ramai ke program tersebut.

JOM KITA BERAMAI-RAMAI KE DATARAN PUTRA, PUTRAJAYA MENYERTAI “TAKE A BREAK…READ@PUTRAJAYA…;

– SUMBER: http://www.suriafm.com.my/events/take-a-break-readputrajaya157/#sthash.zxQZ47fB.dpuf

 

IPD AMPANG

 

Jumaat lepas (19 Sept) kami ke IPD Ampang atas jemputan dari PERKEP. Jemputan dari 10am hingga 5pm. Kami tiba seawal 9am, sekadar untuk meninjau lokasi. Guard yang menjada balai tidak tahu menahu akan adanya acara PERKEP. Walau bagaimanapun mereka menunjukkan arah ke Rumah PERKEP.

Kami pergi minum dahulu sementara menunggu masa. Setelah jam 10.15, kami bergerak ke Rumah PERKEP dan ke sebuah dewan yang semuanya kosong. Tempat parking kami juga tidak disediakan seperti mana lazimnya.

Di dewan terbuka ini, seorang ibu dan tiga orang anaknya sudah menunggu untuk menghadiri bengkel lukisan dan mewarna yang dianjurkan oleh kami bersama Uneh. Ibu ini juga telah ke rumah PERKEP dan pegawai di sana tidak tahu menahu mengenai jualan buku oleh MBC.

Demi untuk tidak menghampakan mereka, Uneh meneruskan sesi lukisan dengan mereka anak beranak.

IMG_5463 IMG_5465 IMG_5466 IMG_5467 IMG_5468

Nasib baik dekat, bolehlah kami balik sahaja jika begini keadaannya. Jika jauh dan di luar daerah, masak jadinya…