AKTIVITI KRAF BARANGAN KITAR SEMULA

PROGRAM JANUARI 2020
DIBUKA UNTUK TEMPAHAN SEKARANG
Ceriakan sekolah anda dengan aktiviti terbaru dari MBC.
PROGRAM KITAR SEMULA BERSAMA MBC
1. Botol minuman
2. Akhbar lama
3. Tisu roll
4. Paper cup
5. Pinggan kertas
6. Kotak minuman
Bahan- bahan terbuang banyak kegunaannya jika pandai kitar semula. Program MBC kali ini lebih kepada 'cintai bumi kita. Selamatkn alam.sekitar'. Pelajar akan diajar bagaimana unruk menggunakan semula bahan terbuang tersebut menjadi kraf
Sila tulis
1. Nama sek:
2. Bil murid:
3. Guru incharge:
4. No hp
5. Tarikh cadangan akt:
Team MBC akan menghubungi anda
Terima kasih
MBC Perak & Johor Beroperasi Semula
MBC Perak dan MBC Johor sudah memulakan operasi mereka secara percubaan.
Pada peringkat ini mereka akan:-
1. Membuat jualan gunakan meja
2. Menyediakan maskot
3. Menyediakan aktiviti asas
MBC Perak – bertapak di Teluk Intan dan di persekitarannya.
MBC Perak di JB dan Kota Tinggi
MOBILE BOOK CAFE DI SEKOLAH SRI SEREMBAN
[PETIKAN DARI LAMAN WEB SEK SRI SEREMBAN]
Rabu, 14 November, Sekolah SRI Seremban, perpustakaan sekolah SRI Seremban menganjurkan program Mobile Book Cafe untuk memberi pendekatan kepada murid tahap 2 tentang Mobile Book Cafe dan cara – cara menulis novel dan melukis komik. Disamping itu, mereka diberi peluang untuk melihat Mobile Book Cafe dan merasai pengalaman menaiki sambil membaca buku – buku yang disediakan oleh Mobile Book Cafe.
MISI MERDEKA MBC
MISI MERDEKA bersama MobileBookCafe sepanjang Ogos dan September 2018. Cikgu jemput, kami datang. Kawasan sasaran ialah Lembah Kelang, N.9, Melaka,Perak, Kedah. Negeri lain boleh dipertimbangkan jika permintaan mencukupi.
Kami sedialan aktiviti Treasure hunt merdeka, Kraf Merdeka, Sesi bercerita Merdeka, Mewarna Merdeka, Bengkel Buku Merdeka, Merdeka Fashion Show.
Kedatangan MBC bersama maskot dan dengan truk buku dan tanpa truk buku. Sila whatsapp no tertera. Terima kasih
SK KEPONG, KUALA TERENGGANU
- SK Kepong buat jemputan untuk MBC Terengganu pada 6 Jun 2018. Disebabkan hal yang tidak dapat dielakkan, saya dari MBC HQ hadir hari ini 30 Jun ke sekolah tersebut.
- Sebenarnya sudah lama saya sendiri tidak pergi ke sekolah buat jualan. Travel dari Kajang ke Terengganu sebelah petang, saya berhenti menginap di Raub. Meninggalkan buku untuk Agen yang buat jualan di Raub. Pagi-pagi lagi saya dan Faiz menuju ke Terengganu. Tiba sahaja sempat solat Jumaat.
- Sabtu pagi kami menemui MBC Terengganu untuk ambil semua baki buku. Ini adalah kerana MBC Terengganu ingin menamatkan khidmat dengan kami atas masalah-masalah tertentu. Kini kami mencari agen atau rakan niaga baru di terengganu.
- Selesai mengambil buku, kami mengira buku di Pantai Batu Burok. Selesai menhgira kami luch tepi pantai dan selepas itu chack-in di TH Hotel & Convention center.
- Sebelah malamnya ada jamuan makan malam ke-45 SESMA. Sekolah saya 45 tahun yang lalu. Turut hadir YAB Menteri Besar Terengganu yang juga bersekolah di situ.
- Pagi-pagi lagi kami telah tiba di SK Kepong. Tunggu di luar pagar sehingga dibenarkan masuk oleh pihak sekolah.
- Rombongan kami, saya dan maskit diiringi oleh pasukan kompang masuk ke dewan. Duduk di kerusi VIP diikuti nyanyian dan ucapan-ucapan serta beryukar-tukar cenderamata.
- Selesai perhimpunan, pelajar naik ke kelas dan kami set meja jualan. GPK dan GPM turut sama melayani kami. Mereka bersama kami seharian. Wah bertuah betul kami. Lepas itu dijamu keropok lekor dan nasi kerabu pula.
- Murid datang kelas demi kelas ke jualan kami dan setiap kelas pasti ada yang membeli. Bukan sedikit, tapi ramai dan banyak. Mereka bawa duit raya, cikgu kata. BAnyak buku yang kami bawa habis terjual dan bersepah di atas meja. Ia adalah fenomina biasa. Dari situ timbul idea untuk penggunaan bakul supaya buku tidak bersepah dan plastk alas buku supaya buku kebih kemas tersusun. Lain kali. Alhamdulillah, jualan sangat memberangsangkan.
- Ikuti foto-foto yang dirakam sendiri oleh GPK untuk tatapan semua …