January, 2016
now browsing by month
SMK JALAN BUKIT: BANYAK YANG PERTAMA
Banyak perkara PERTAMA berlaku di SMK Jalan Bukit:-
- GPM pertama melawat ofis MBC
- Program pertama 2016
- Pengetua pertama menaiki MBC2.0
- Kombinasi pertama penceramah dari Universiti Beijing + Universiti Malaya.
- Perasmian NILAM pertama 2016 dengan mascot
- Kali pertama 2 MBC bergabung
- Kali pertama pertemuan/pergabungan COO + CEO baru
- Kali pertama wakil MBC Perak, Kedah, Johor datang di sebuah sekolah
- Sekolah paling hampir dengan ofis (setakat ini).
all-in a team
International xchange students
University Beijing + Universiti Malaya
Ana Balqis + Roziah Adama
Rakan MBC
Pelancaran NILAM
Awal pagi, sebelum bermula
Mascot dan Pengetua
Pengetua pertama dalam MBC2.0
Sumbangan buku dari penulis kpd pengetua
pengetua bersama mascot
Kami suka novel melaui…
Di kesubuhan hari depan ofis sebelum bertolak pergi.
AH FOOK NOVEL TERLARIS ITBM
NOVEL AH FOOK
Novel Ah Fook menceritakan kehidupan seorang lelaki Cina yang dihimpit kemiskinan sejak tiga generasi di negara Tembok Besar. Yong Ah Fook, atau lebih dikenali sebagai Ah Fook yang kecewa dengan sistem komunisme China, Merantau ke kepulauan Borneo dengan meninggalkan isteri dan dua orang anaknya di kampung semata-mata untuk meraih kekayaan di bumi asing. Dia bekerja sebagai kuli di sebuah rumah agam milik seorang kapitan Cina sebaik-baik tiba di Sarawak.
Bagaimanapun, takdir membantutkan impiannya apabila Jepun meluaskan kuasa di Asia Tenggara tidak lama selepas dia berada di Sarawak. Ah Fook terpaksa berkahwin dengan seorang wanita tempatan berketurunan Cina- Melanau demi menyelamatkan wanita itu daripada kekejaman tentera Jepun. Ah Fook juga berbuat demikian untuk melupakan anak-anak dan isterinya di China yang sudah berkahwin dengan seorang lelaki lain ekoran kesempitan hidup selepas ditanggalkan Ah Fook.
DISKAUN terbaik hanya dari MobileBookCafe.
Maybank: 562414501375
emel: sales@tomodachi.my
MBC: DUA TAHUN SUDAH BERLALU
KAMI bermula awal 2014 dan dapat beroperasi sekitar Julai. Pada tahun pertama operasi, saya bersama Azam pergi ke semua sekolah. Pada 2015 kami dapat seorang pembantu dan saya sudah jarang ke sekolah. Tugas saya ialah mendapatkan sekolah. Dua tahun beroperasi dengan sebuah kenderaan dan pada pertengahan 2015 kami mempunyai sebuah pejabat.
KINI 2016. Dari hanya sebuah kenderaan, kini kami bergerak dengan LIMA (5) buah. Tambahan setiap satu di Selangor/WP, Kedah, Perak dan Johor. Setiap cawangan ini dikendalikan oleh dua orang staf. Hari ini kami dapat seorang lagi pembantu yang mempunyai GDL.
Ini bermakna, pada 2016 ini saya terpaksa bekerja 5X GANDA. Mampukah saya bekerja 5X ganda dari tahun lepas?. Rasa-rasanya tidak mungkin …. oleh itu saya perlu mencari pegawai yang boleh bekerja bagi pihak saya, atau seperti saya jika tidak lebih baik. Siapakah yang saya mahu cari?. Individu yang boleh bekerja dan bertidak seperti seorang CEO. Jika tidak pun seperti COO. Ganjarannya? ….. Boleh minta seberapa banyak yang anda mahu.
Tidak mahu? …
MEMBACA MEMPERKASAKAN MINDA
MULA-MULA saya rasa sangsi dengan ungkapan “Membaca Memperkasakan Minda” ini. Entah ia betul, entah tidak. Jika salah, malulah…. apatah lagi jika ditegur oleh DBP. Namun setelah saya google ungkapan ini, terdapat puluhan keputusan mengenainya. Pelbagai foto dan cerita mengenai ungkapan ini. Rupa-rupanya ungkapan “membaca memperkasakan minda” atau “membaca memberdayakan pikiran” dalam bahasa Indonesia ini adalah merupakan tema bulan membaca beberapa tahun yang lampau.
Kami kongsikan petikan instagram mengenai tema ini untuk semua.