MBC: DUA TAHUN SUDAH BERLALU
KAMI bermula awal 2014 dan dapat beroperasi sekitar Julai. Pada tahun pertama operasi, saya bersama Azam pergi ke semua sekolah. Pada 2015 kami dapat seorang pembantu dan saya sudah jarang ke sekolah. Tugas saya ialah mendapatkan sekolah. Dua tahun beroperasi dengan sebuah kenderaan dan pada pertengahan 2015 kami mempunyai sebuah pejabat.
KINI 2016. Dari hanya sebuah kenderaan, kini kami bergerak dengan LIMA (5) buah. Tambahan setiap satu di Selangor/WP, Kedah, Perak dan Johor. Setiap cawangan ini dikendalikan oleh dua orang staf. Hari ini kami dapat seorang lagi pembantu yang mempunyai GDL.
Ini bermakna, pada 2016 ini saya terpaksa bekerja 5X GANDA. Mampukah saya bekerja 5X ganda dari tahun lepas?. Rasa-rasanya tidak mungkin …. oleh itu saya perlu mencari pegawai yang boleh bekerja bagi pihak saya, atau seperti saya jika tidak lebih baik. Siapakah yang saya mahu cari?. Individu yang boleh bekerja dan bertidak seperti seorang CEO. Jika tidak pun seperti COO. Ganjarannya? ….. Boleh minta seberapa banyak yang anda mahu.
Tidak mahu? …