June, 2016

now browsing by month

 

#mobilebookcafe Top Post (from Instagram)

#mobilebookcafe

116 posts

TOP POSTS

En Muhamad bin Ali.

Pengasas #mobilebookcafe, konsep pertama di Malaysia. Van/Lori kedua dlam Malaysia.

Saje je singgah jap otw nak pergi Dsg tengok karnival kesihatan.. Konsep best, brader yg jaga pon sempoi... Abang Uneh ( Unik + Aneh ). Singgap jap je pon dah terbeli 2 biji buku..buku murah2 je sana..buku rare pon banyak.. Esok ade lagi die parking depan library. *die ade buat promosi buku2 tulisan die..murah giler.
Sehelai baju, bermula dari sehelai benang, yang ditenun penuh kasih sayang, menjadi pakaian indah yang kita sarung menghadapi hari-hari penuh cabaran.

Kisah ini bukan sekadar kisah kejayaan, bukan juga soal kekayaan, apatah lagi ingin bermegah-megah untuk dipandang.

Jika anda nak tahu rahsia kejayaan beliau boleh dapatkan buku tersebut dari kami. 
Pm jika berminat 
#mobilebookcafe
Jom membaca #kempen3b #mobilebookcafe #bernama
Thank you very much from us at MobileBookCafe. See you again next year. #mobilebookcafe #mbc
#MobileBookCafe @JDT
Baru selesai... 'School attack with book truck' di SK Batang Kali, Selangor. Buat pertama kalinya Kedai Buku Bergerak @rakanitbm @mobilebookcafe dan Ujana Buku @alamdbp bergabung membawa kemeriahan dan keceriaan pada wajah pelajar sekolah ini.

Jika anda mahukan kami mengunjungi sekolah anda, hubungi kami di talian 0192219015.
#schoolattack #loriitbm #mobilebookcafe #loridbp #bukuitbm
Sebelum ini, ingatkn cinderella hanyalah khayalan.. rupanya memang wujud.... #mobilebookcafe
#mumu

PERPUSTAKAAN VAN

Sebelum ini, kita melawat Perpustakaan Teksi kepunyaan pasangan suami isteri Mehdi dan Sarvenaz Yazdany di Tehran, Iran; kali ini kita melawat pula perpustakaan van yang beroperasi di Lisbon, Portugal.

Perpustakaan van yang dikenali dengan nama Tell A Story ini beroperasi sepanjang tahun di kota Lisbon sejak bulan Jun 2013. Ia dipandu oleh Francisco Antolin yang mewujudkan perpustakaan van ini hasil cetusan idea rakan beliau iaitu Domingos Cruz dan Joao Correia. Koleksi-koleksi buku yang terdapat didalam perpustakaan van ini adalah koleksi buku sastera klasik Portugis yang telah diterjemah kedalam pelbagai bahasa seperti bahasa Inggeris dan Itali.

Namun begitu jika anda tidak berpeluang untuk ke Lisbon, anda boleh juga mengunjungi lori milik Muhammad Azam Nor Anwar yang ditukar menjadi sebuah kedai buku bergerak yang dikenali dengan nama Mobile Book Cafe.

Walaupun ia berfungsi sebagai sebuah kedai buku bergerak, para pengunjungnya juga boleh membaca buku-buku yang terdapat di kedai buku bergerak ini dengan percuma sambil duduk berehat meminum kopi organik yang turut disediakan secara percuma.

Setakat ini, kedai buku bergerak ini boleh dijumpai di acara-acara buku yang diadakan disekitar Lembah Kelang. Untuk maklumat lanjut mengenai Mobile Book Cafe, anda klik di pautan INI .

***

Sumber: Ozy / Mobile Book Cafe
Sumber gambar: Flippies / Inhabitat / Mobile Book Cafe

Jual beli buku di Pasar Tani

Oleh LIZAWATI MADFA

Usah terkejut jika orang ramai mengunjungi Pasar Tani bukan untuk membeli sayura-sayuran, ikan atau daging ayam, sebalik mahu mendapatkan buku terbaharu.

Ini kerana Mobile Book Cafe (MBC) atau kafe buku bergerak mungkin ada di mana-mana termasuk Pasar Tani yang lazimnya menempatkan gerai jualan barangan keperluan harian.

mbcc16745_357175701104063_654744630888668511_nIstimewanya, buku yang ditawarkan pada harga istimewa setiap hari, Mobile Book Cafe turut menghidang kopi organik secara percuma serta buah tangan lain.

Bukan hanya pasar tani, MBC juga menjual buku di majlis perkahwinan, majlis rumah terbuka, stesen minyak mahupun perkarangan tempat letak kereta.

“Kami tiada tempat khusus. Di mana ada jemputan, kami pergi. Inilah kelebihan kami, ke mana-mana sahaja. Paling jauh setakat ini ke Melaka,” kata pengasasnya, Muhammad Azam Nor Anwar.

mbc10483985_361824610639172_2851977690885125190_nMBC sebenarnya sebuah van persendirian yang diubah suai menjadi sebuah kenderaan jualan buku dan majalah serta menyerupai sebuah kafe santai.

Sejak diusahakan kira-kira setahun lalu, mendapat sambutan semakin lama semakin menggalakkan. Namun, saat memulakan operasi MBC, bukan semudah yang disangka.

“Cabaran awal ialah menyiapkan kenderaan sesuai bagi menjalankan perniagaan kedai buku bergerak.

“Saya memilih kenderaan jenis Isuzu Dimax, kemudian diubah suai seperti keadaan sekarang dengan kos puluhan ribu.

“Puspakom mengambil masa lama bagi meluluskan kenderaan itu dan ia mengambil masa sekitar lima bulan untuk ke jalan raya. Leganya, hanya Allah sahaja yang tahu,” katanya.

mbccc10378248_355353647952935_2436133658327328541_n

Mengikut pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kenderaan seumpama MBC adalah yang pertama seumpamanya didaftar di Malaysia persis kedai buku sebenar.

Pun begitu, di sebalik kegembiraan mempelopori kafe bergerak sedemikian, Azam sempat membisikkan kerisauannya akan sikap kurang membaca di kalangan rakyat khusunya orang Melayu.

“Boleh dikatakan sambutan luar biasa diterima di kalangan rakan Cina. Malah mereka tidak kekok membeli bahan bacaan berunsur Islam.

“Antaranya, panduan kesihatan berasaskan sunnah ataupun buku sastera berbahasa Melayu. Kita dapat lihat kesungguhan mereka dalam membudayakan pembacaan.

“Ini adak berbeza dengan sikap kebanyakan dari orang Melayu yang lebih gemar mencari novel berunsur pop,” katanya yang menjual pelbagai jenis buku termasuk motivasi, pengetahuan am, Islam, ensiklopedia, novel dan buku kanak-kanak.

mbc10609667_358387504316216_3471790625234060056_n

Bagi Azam, bukan salah membaca karya sedemikian tetapi perlu diselang seli dengan bahan bacaan ilmiah supaya minda lebih kritis.

Tidak hairanlah, beliau ada kalanya – demi memupuk minat membaca, memberi buku secara percuma kepada pelanggan.

“Ada kalanya orang datang kepada saya dan beritahu bahawa mereka tidak minat membaca.

“Tetapi saya akan tanya apa mereka minat, jika minat pada kereta, ada buku berkaitan kereta, jika minat fesyen, ada buku itu juga.

“Jika mereka tiada duit, saya beri sahaja, asalkan mereka membaca. Itu permulaan baik,” katanya.

Azam mengakui sesetengah pihak hairan dengan tindakannya itu yang tentunya menjejaskan keuntungan, apatah lagi jualan buku jauh lebih rendah margin keuntungannya.

“Jika kita berniaga mestilah ada keuntungan. Cuma kita yang tentukan sama ada nak untung banyak atau sikit. Selebihnya sedekah,” katanya.

Beliau yang baru-baru ini menyertai Pesta Buku Selangor juga banyak memasarkan buku penerbit bebas yang sukar mendapatkan tempat di kedai buku ternama.

“Kami beri peluang kepada terbitan tempatan berbanding luar negara kerana percaya karya tempatan juga ada produk penerbitan bermutu,” katanya.

Bagi memantapkan lagi interaksi dengan kaki buku, Azam mewujudkan laman Facebook dan Instagram dengan nama Mobile Book Cafe.

 

sumber: http://bm.selangorku.com/59455/jual-beli-buku-di-pasar-tani/

Mobilebookcafe, Kedai Buku Bergerak Pertama Di Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 30 Oktober 2014 1:18 PM

Mobile Book Cafe merupakan kedai buku bergerak pertama di Malaysia. – Foto Ihsan mobilebookcafe.com.

(Ubah saiz teks)
IBARAT mini perpustakaan bergerak, itulah yang dapat disimpulkan mengenaimobilebookcafe, perniagaan yang diusahakan dua sahabat karib, Muhammad Ali  dan Muhammad Azam Nor Anwar yang baru beroperasi beberapa bulan lalu.

Van bergerak ini mampu memuatkan buku sebanyak 1,000 naskah di atas rak, sementara 1,500 naskah lagi stok yang disimpan di bahagian dalam van pada satu-satu masa.

Van ini mampu memuatkan 1,000 naskah buku di rak.

Pelbagai genre buku turut dijual oleh mobilebookcafe, antaranya buku ilmiah, novel, masakan, karya sastera, komik mahupun buku agama.

Mengambil inspirasi daripada kedai buku bergerak milik Penguin Books di Amerika Syarikat, mobilebookcafe kini sudah beroperasi hampir tiga bulan yang lalu.

Menurut Muhammad, 55 pada asalnya beliau ingin membuka kedai buku, namun kerana kos menyewa bangunan yang terlalu tinggi menyebabkan dia terpaksa mengubah niat asalnya itu dan akhirnya mendapat idea untuk mewujudkan kedai buku bergerak seperti yang ada sekarang.

Pelajar USIM berminat dengan buku yang dijual mobilebookcafe.

Bercerita lanjut, Muhammad berkata tumpuan utama mereka ialah pelajar sekolah kerana mereka ini gemar membaca terutamanya bahan bacaan ringan.

“Harga yang ditawarkan sama sahaja tetapi untuk pelajar mereka tidak kisah sangat mengenai diskaun. Diskaun minimum yang diberikan ialah 10 peratus daripada harga asal buku. Dari segi jualan pula, sangat mengalakkan.

“Bagi jualan di sekolah secara purata kita boleh memperoleh, sekitar RM5,000 bagi satu lawatan. Paling tinggi jualan kita pernah mencecah RM18,000, ini kerana pihak sekolah menempah buku untuk bahan bacaan di pusat sumber sekolah,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui di Pesta Buku yang diadakan di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) baru-baru ini.

Untuk menarik lebih ramai pengunjung, Muhammad berkata pihaknya sering mengajak penulis buku serta mengadakan bengkel penulisan mahupun mewarna ketika mengadakan lawatan di sekolah mahupun tempat awam.

“Kami juga menyumbang buku kepada perpustakaan di sekolah yang kami lawati, sebagai menghargai dan tanda terima kasih kepada mereka kerana sudi menerima kehadiran kami,” katanya yang turut menjelajah ke beberapa buah sekolah dan institusi pengajian tinggi negeri-negeri di utara tanah air.

Dua sahabat baik, Muhammad Ali , (kiri) dan Muhammad Azam Nor Anwar merupakan pemilik mobilebookcafe.

Komik Paling Laris

Bagi menarik minat lebih ramai pengunjung untuk singgah ke kedai mereka, Muhammad sering menjemput penulis buku turut serta dalam sesi jelajah mereka.

Running Man merupakan komik yang paling laris jualannya.

“Dengan kehadiran penulis buku ini selalunya akan menarik minat lebih ramai pengungjung untuk singgah dan membeli buku.

“Jika di sekolah kami juga sering mengadakan bengkel penulisan atau pertandingan mewarna, kanak-kanak akan teruja dengan aktiviti seperti ini. Mereka juga gemar membeli komik seperti Running Man, merupakan buku paling laris jualannya.

Selain itu, terdapat juga komik ilmiah sains dan matematik seperti, Skor A, Skor A, Senangnya Sains, Oh Semua A!, Bijak Kimia (terbitan ITBM) ,” kata Muhammad yang merupakan pesara kerajaan yang pernah berkhidmat di Unit Pemodenan Tadbiran dan Peracangan Pengurusan Malaysia (Mampu).

Muhammad Azam dan Muhammad Ali bercadang mencari rakan niaga agar dapat  mengembangkan perniagaan mobilebookcafe.

Bagi pelajar universiti pula, Muhammad berkata, mereka lebih suka mencari buku ilmiah serta buku motivasi karya tokoh terkenal seperti Hamka dan kisah sirah Nabi.

Beliau berkata pihaknya mementingkan kualiti serta gaya bahasa yang digunakan oleh pihak penerbitan sebelum membuat keputusan untuk mengambil buku tersebut untuk dijual di mobilebookcafe.

“PTS Media Group Sdn Bhd, Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dan Karangkraf merupakan tiga syarikat penerbitan utama yang kami beri tumpuan. Ini kerana syarikat penerbitan berkenaan menggunakan tatabahasa yang betul serta gaya bahasa yang mudah difahami oleh pelajar sekolah,” katanya.

Selain mudah untuk bergerak ke mana-mana sahaja, beliau berkata kawasan pinggir bandar dan pedalaman juga sering memberikan jualan yang memberangsangkan kepada mereka.

“Berdasarkan survei yang dijalankan kami memperoleh jualan yang memberangsangkan di kawasan pinggir bandar seperti Puncak Alam, Selangor dan Kulim, Kedah. Di kawasan ini, capaian internet agak lemah, jadi apabila kami berkunjung ke tempat-tempat ini, jualan buku di sana sangat mengalakkan.

“Lokasinya juga perlu sesuai, seperti di kawasan pasar tani, tempat letak kereta, karnival mahupun berhampiran perpustakaan,” katanya.

Pelbagai jenis genre buku dijual di mobilebookcafe.

Beliau berkata, rakyat Malaysia suka membaca, cuma kadangkala mereka malas untuk ke kedai buku, jadi untuk mengalakkan budaya membaca ini, mobilebookcafe pergi menemui peminat buku di lokasi yang menjadi tumpuan ramai.

“Maklum balas yang kami terima setakat ini sangat baik terutama berhubung konsep yang kami bawa. Mereka yang datang tidak semestinya membeli buku, sebaliknya ada yang hanya singgah untuk membaca buku-buku yang dipamerkan sambil menikmati kopi panas yang disediakan,” katanya.

Usaha tersebut kata Muhammad, merupakan sebahagian daripada khidmat sosial mereka bagi menggalakkan masyarakat untuk menjadikan membaca sebagai sebahagian budaya dalam kehidupan seharian.

Bukan sekadar menjadi penjual buku, malah Muhammad juga merupakan seorang penulis yang telah menghasilkan beberapa buku, antaranya 50 Jawatan Dalam Kerajaan, Kerjaya Dalam Bidang ICT dan Buat Duit Dengan Foto.

“Selepas itu saya menghasilkan dua lagi buku genre pengembaraan, iaitu Travelog Jepundan Travelog UK. Buku ini saya terbitkan sendiri dan menjualnya secara atas talian,” katanya.Cabaran 

Bagaimanapun, Muhammad mengakui menjual buku secara bergerak ini mempunyai cabarannya tersendiri terutamanya ketika berhadapan dengan cuaca yang tidak menentu.

“Setiap kali cuaca mendung, kami akan mula mengemas buku-buku dan bersiap sedia untuk menutup kedai. Sementara tunggu hujan reda kami tunggu dalam van sehingga cuaca kembali cerah,” katanya.

Pada awal usaha mereka untuk menjalankan perniagaan buku secara bergerak ini juga mencabar, kerana dua sahabat baik ini melalui proses permohonan yang agak lama sebelum perniagaan buku bergerak mereka diluluskan oleh Puspakom dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Pada awalnya, ada yang mencadangkan kami menggunakan lori dan bas tapi kami mahukan kenderaan yang tidak terlalu besar kerana kami mengambil kira masalah logistik terutama tempat letak kenderaan yang mempunyai keluasan terhad.

“Proses untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak JPJ juga mengambil masa agak lama sekitar empat bulan kerana jabatan itu tidak mempunyai rekod untuk memudahkan permohonan kami diluluskan,” katanya.

Mencari Rakan Niaga

Bercerita mengenai perancangan jangka panjang, Muhammad berkata, beliau bercadang mencari rakan niaga di seluruh negara.

“Kami sedang mencari rakan niaga di setiap negeri, dan berharap ia akan dapat dilaksanakan tahun hadapan. Modal awal yang diperlukan ialah sekitar RM50,000 bagi membuat pengubahsuaian terhadap van dan membeli stok buku.

“Setakat ini sudah ada peniaga yang berminat, dan masih mencari beberapa orang lagi untuk menjadi rakan niaga mobilebookcafe,” katanya.

Selain menjual buku secara online, ayah kepada enam cahaya mata lelaki ini berkata,mobilebookcafe akan menjual buku menggunakan e-book untuk membolehkan buku mereka dijual di seluruh dunia.

Sementara itu, beberapa pelajar USIM yang ditemui mengakui keunikan mobilebookcafemenjadi faktor penarik mereka mengunjungi kedai buku berkenaan.

Arina Afiza gemar membaca buku motivasi.

Arina Afiza Abdullah, pelajar tahun pertama Al-Quran Multimedia berkata dengan adanya mobilebookcafe memudahkan mereka mencari buku motivasi dan buku ilmiah dengan mudah tanpa perlu keluar daripada universiti.

“Ini dapat menjimatkan kos. Ia secara tidak langsung dapat memupuk budaya membaca di kalangan pelajar. Ia juga sesuatu yang unik dan ini kali pertama saya melihat kedai buku bergerak seperti ini,” katanya.

Nor Fahrahin gemar dengan konsep mobilebookcafe, kerana ia memudahkan pelajar seperti mereka mendapatkan buku rujukan.

Bagi Nor Farahin Mustapha, 19, berkata dia akan memperuntukkan wang untuk membeli buku motivasi atau berkaitan tokoh srikandi Islam.

“Setiap bulan saya akan baca sekurang-kurangnya sebuah buku tak kira sama ada buku motivasi atau tokoh pejuang Islam ketika era kegemilangan Islam.

“Dengan kewujudan mobilebookcafe ini memudahkan pelajar universiti mendapatkan buku-buku agama yang sukar didapati di kedai buku biasa,” katanya yang merupakan pelajar al-Quran, sunnah.

Muhammad Asyraf  (kanan) berharap lebih banyak van bergerak yang menjual buku pada masa hadapan.

Muhammad Asyraf Ismail pula berharap agar lebih banyak kedai buku bergerak seperti mobilebookcafe akan diwujudkan selepas ini.

“Kedai buku bergerak ini idea yang sangat bagus dan ia harus diteruskan, supaya budaya membaca dapat disuburkan dikalangan pelajar universiti,” katanya.

sumber: http://www.mstar.com.my/lain-lain/rencana/2014/10/30/mobilebookcafe/

MBC: KEDAI BUKU BERGERAK PERTAMA DI MALAYSIA

Buat pertama kalinya, sewaktu di dalam perjalanan ke pejabat pagi tadi, Farah terserempak dengan kedai buku bergerak yang diberikan nama Mobile Bookcafe ni… Ada sesiapa yang pernah terserempak, pernah membeli buku di Mobile Bookcafe??? Farah tak pernah…Jujur ni jujur… Tetapi sebenarnya Mobile Bookcafe bukanlah satu perkara baru di Malaysia… Sedari tahun 2014 lagi dah wujud sebenarnya… Itupun bila Farah menggali informasi daripada sumber di SINI.
 
Menurut sumber, Mobile Bookcafe ini adalah ibarat mini perpustakaan bergerak. Van bergerak ini mampu memuatkan sebanyak 1,000 naskhah di atas rak, sementara 1,500 naskhah lagi stok yang disimpan di dalam bahagian van pada satu-satu masa. Pelbagai genre buku turut dijual oleh Mobile Bookcafe, antaranya buku ilmiah, novel, masakan, karya sastera, komik mahupun buku agama. Ianya dimiliki oleh En. Muhammad Ali dan Muhammad Azam Nor Anwar. Dan Mobile Bookcafe ini adalah diinspirasikan daripada kedai buku bergerak milik Penguin Books di Amerika Syarikat.
Menurut En. Muhammad, pada asalnya beliau ingin membuka kedai buku, namun kerana kos menyewa bangunan yang terlalu tinggi menyebabkan dia terpaksa mengubah niat asalnya itu dan akhirnya mendapat idea untuk mewujudkan kedai buku bergerak seperti yang ada sekarang.
Sumber dari SINI : Pemilik Mobile Bookcafe
Berdasarkan artikel, berdasarkan “survey” yang dijalankan pihak Mobile Bookcafe memperoleh jualan yang memberangsangkan di kawasan seperti Puncak Alam, Selangor dan Kulim, Kedah. Lokasinya kebiasaannya adalah di kawasan pasar tani, tempat letak kereta, karnival mahupun berhampiran perpustakaan.
Mudah kan??? Bila ada kedai buku bergerak macam ni??? Haaa, tiada alasan lagi malas nak ke kedai buku, ataupun nak malas membaca, sehingga ke muka pintu pun tidak mustahil Mobile Bookcafe ini boleh beroperasi. Yang jadi Farah lebih-lebih teruja dan suka adalah kerana ianya diusahakan oleh bumiputera sendiri. Mestilah kita harus menyokong usaha-usaha yang positif sebegini kan???
Untuk pembacaan lanjut mengenai Mobile Bookcafe ini di dalam laman web yang lain boleh merujuk kepada SINIdan SINI. Dan boleh juga melawat ke Laman Facebook Rasmi Mobile Bookcafe untuk maklumat yang selanjutnya.

MBC DALAM NADI BANGI

Mobile Book Café Tarikan Sejak 2014 _ Nadi Bangi

Mobile Book Café Tarikan Sejak 2014

Oleh: Theebba Tamilcheluan

Kajang, 29 Mei – Mobile Book Café (MBC) atau lebih dikenali sebagai kedai buku bergerak yang diusahakan oleh usahawan berjaya, Muhammad Ali dan Azam Nor telah genap 2 tahun pelaksanaannya.

Menurut Muhammad Ali, van bergerak ini mampu memuatkan buku sebanyak 1,000 naskah di atas rak, sementara 1,500 naskah lagi stok disimpan di bahagian dalam van pada satu-satu masa.

“Pelbagai jenis ataupun genre buku dijual oleh Mobilebookcafe. Antaranya ialah buku ilmiah, novel, karya sastera, komik serta buku agama”.

Penguin Books di Amerika Syarikat telah menjadi sumber inspirasi kepada Muhammad Ali dalam menubuhkan kedai buku bergerak versinya.

“Pelajar sekolah sering menjadi tumpuan utama sasaran utama kami semasa menjalankan jualan buku kerana mereka lebih menyukai novel-novel serta komik yang kami sediakan. Oleh itu, kami ada sediakan diskaun buat pelajar yang ingin menggunakan servis kami.”

Selain mengadakan aktiviti jualan buku, MBC juga menawarkan perkhidmatan perpustakaan mini bagi pengunjung malah menawarkan suasana membaca yang seakan-akan seperti berada di sebuah café lengkap dengan pekerja yang berpakaian apron.

“Walau bagaimanapun, kami tidak menyediakan perkhidmatan meminjam buku tetapi mengalakkan mereka membaca buku di tempat berkenaan. Hal tersebut dapat memupuk amalan membaca dalam kalangan masyarakat.
Biasanya kawasan tempat letak kereta, pasar tani, dan karnival akan sering dijadikan sebagai lokasi MBC,” katanya.

2

PERPUSTAKAAN BERGERAK

Perpustakaan Bergerak (PB) boleh dikatakan terdapat di setiap negeri. Malahan di daerah dan juga di peringkat majli bandaran juga terdapat perpustakaan bergerak.

Pokoknya, bagaimana boleh kita tingkatkan minat membaca?. Bolehkan Kedai Buku Bergerak (KBB) menjadi rakan kepada PB untuk meningkatkan minat membaca?.

perpustakaan-penang perpustakaan-kemaman3 perpustakaan-kemaman4 perpustakaan-kemaman1 perpustakaan-kemaman2

perpustakaan-sabah2 perpustakaan-perlis perpustakaan-penang2 perpustakaan-melaka perpustakaan-selangor

perpustakaan-sarawak2 perpustakaan-internetDBKL perpustakaan-sarawak perpustakaan-sabah perpustakaan-perak2 perpustakaan-kedah perpustakaan-kedah2

 

BUKU TERLARIS ITBM – POS PERCUMA

Screen Shot 2016-06-03 at 4.49.24 PM

Ini adalah senarai buku terlaris ITBM bulan ini. Kami beri tawaran Pos PERCUMA bagi pembelian buku-buku ini dari kami. Bulan ini sahaja.