PERPUSTAKAAN VAN

Sebelum ini, kita melawat Perpustakaan Teksi kepunyaan pasangan suami isteri Mehdi dan Sarvenaz Yazdany di Tehran, Iran; kali ini kita melawat pula perpustakaan van yang beroperasi di Lisbon, Portugal.

Perpustakaan van yang dikenali dengan nama Tell A Story ini beroperasi sepanjang tahun di kota Lisbon sejak bulan Jun 2013. Ia dipandu oleh Francisco Antolin yang mewujudkan perpustakaan van ini hasil cetusan idea rakan beliau iaitu Domingos Cruz dan Joao Correia. Koleksi-koleksi buku yang terdapat didalam perpustakaan van ini adalah koleksi buku sastera klasik Portugis yang telah diterjemah kedalam pelbagai bahasa seperti bahasa Inggeris dan Itali.

Namun begitu jika anda tidak berpeluang untuk ke Lisbon, anda boleh juga mengunjungi lori milik Muhammad Azam Nor Anwar yang ditukar menjadi sebuah kedai buku bergerak yang dikenali dengan nama Mobile Book Cafe.

Walaupun ia berfungsi sebagai sebuah kedai buku bergerak, para pengunjungnya juga boleh membaca buku-buku yang terdapat di kedai buku bergerak ini dengan percuma sambil duduk berehat meminum kopi organik yang turut disediakan secara percuma.

Setakat ini, kedai buku bergerak ini boleh dijumpai di acara-acara buku yang diadakan disekitar Lembah Kelang. Untuk maklumat lanjut mengenai Mobile Book Cafe, anda klik di pautan INI .

***

Sumber: Ozy / Mobile Book Cafe
Sumber gambar: Flippies / Inhabitat / Mobile Book Cafe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.