May, 2015
now browsing by month
PENYAKIT HAIKU MELANDA
Sehingga kini, bengkel haiku adalah unik kepada MBC. Kami mengadakan bengkel haiku di sekolah-sekolah yang kami lawati.
Guru turut mengikuti kelas haiku adalah perkara biasa. Namun di SK Bandar Bukit Mahkota, kami temui perkara yang luar biasa.
Bukan yang ini kami maksudkan. Ada lagi ….
Seorang guru telah bercakap dalam patrun 5-7-5 kepada muridnya:
“semua bangun” oh bukan … “semua berdiri”. “jalan berbaris-baris”. “semua senyap”.
Sangat hebat penyakit haiku yang melanda ini …
ANTARA KELEBIHAN MBC
MINGGU lepas kami ke sebuah sekolah selamama TIGA hari. Tempoh ini sangat berbaloi untuk kami jual buku. Kami buat satu aktiviti untuk murid sesi pagi dan satu aktiviti untuk murid sesi petang.
Seorang guru di sana memberitahu kami “dulu sudah 3 tahun berturut-turut sekolah ini dihadiri oleh syarikat XXXX. Programnya bagus, bukunya juga bagus. Murid-murid suka”.
“Tapi kini sejak pengetuan baharu, mereka tidak dibenarkan datang lagi. Tidak boleh buat apa-apa jualan atas meja”. “MBC adalah company pertama dibenarkan datang sebab MBC tidak jual atas meja. Encik jual buku dari dalamvan”.
Itu adalah salah satu kelebihan MBC. Sungguhpun begitu ia tidak semestinya dan selalunya benar. Lain padang lain belalang. Lain pengetua, lain kaedahnya.
Alhamdulillah.
Abam Botang MBC dari Jepun…
MBC bersama murid dan guru. Hiasan sahaja.
SIC’s MOTORSPOT FREE MORNING
SIC will be having its first ever Motorsport Free Morning where we will open up the track for public to enjoy cycling, running, walking, skating etc in the morning. It is to promote green environment campaign where no engine and carbon emission is allowed for the whole morning.
PERMAINAN BESI AJAIB
HARI ini buat pertama kalinya MobileBookCafe (MBC) memperkenalkan permainan “Besi Ajaib”. Ia sebenarnya permainan menguji minda…
Ujian ini nampaknya berjaya dan pelajar2 SK Bandar Rinching sangat tekun dan berdisiplin menyelesaikan masalah yang diberikan. Syabas !!!
PAJU BOOK CITY
MBC telah menyertai lawatan teknikal KotaBuku ke PajuBookCity, Korea Selatan pada 3 hingga 9 Mei 2015
BERKELAH BACA BUKU
“Alhamdulilah,about a dozen readers turned up for this first event Berkelah Baca Buku at Putrajaya.Let me thank the host/organiser Dato Seri Dr. Zaini Ujang, Ministry of Education Malaysia,Tuan Muhamad Bin Ali-Owner of Mobile Book Cafe, Perbadanan Putrajaya and everyone who attended the gathering.With your continous support and participation,we will do this event on monthly basis.InsyaAllah” – From Adib Noh FB.
SMK SERI GARING
6-7 Mei 2015:
SMK Seri Garing, Rawang akan menerima dua orang penulis. Selasa 2.30pm Puan Asmah Hashim (Cerita Kehidupan) dan Rabu 11am Sandra Loh (Pedalling Around The Penisula).
Penulis lain bila mahu ke sekolah lain pula?.
KEMBARA MBC
MBC sudah hampir setahun beroperasi. Di Semenanjung, hanya Perlis dan Kelantan sahaja yang kami belum sampai.
Kini kami sedang menyiapkan sebuah buku “Kembara Buku” (tajuk sementara) bagi menceritakan perjalanan MBC ke seluruh pelosok tanah air.
Apa lagi yang patut ditulis?
Apa yang anda ingin tahu?.
Terima kasih.