MBC: Dulu dan Sekarang
- Ketika penubuhannya, MobileBookCAfe (MBC) menjual buku menggunakan BookTruck. Sasaran utama jualan ialah murid sekolah. Selain menjual buku, kami juga sediakan aktiviti di sekolah seperti bercerita, melukis, mewarna, berhaiku dan penggunaan maskot dalam pelbagai jenis perasmian.
2. Sejak Covid melanda dan PKP dilaksanakan, MBC tidak lagi mempunyai staf dan tanpa Truk Buku. Kami menjual buku sepenuhnya menggunakan Marketplace (Shopee & Lazada). Stok buku masih kami pegang.
3. Pada masa akan datang, kemungkinan besar MBC tidak akan memegang stok buku lagi. Kesemua urusan jual-beli akan menggunakan kaedah dropship.