RAKAN-NIAGA
Kami mencari rakan niaga bagi setiap negeri di Semenanjung. Anda berminat?.
Antara Syarat Untuk Menjalankan bisnes sebagai Rakan-Niaga MBC:-
1. Minat buku
2. Ingin berniaga
3. Ada syarikat berdaftar. Jika belum, bolehlah mendaftar sebuah Enterprise, PLT atau Sdn Bhd. Kemudian buka akaun bank.
3. Jika sudah ada kenderaan yang sesuai (Van, Truck, lori dll), ia boleh diubahsuai menjadi MBC. Jika belum ada kenderaan, boleh BELI atau SEWA/PAJAK.
a). BELI: Perlu RM10k sebagai downpayment dan bayar sekitar RM1,7k+ ansuran bulanan.
b). SEWA: Bayaran pajakan bulanan ialah RM3k selama lima tahun.
c). SEWA BELI: Bayar sewa RM3k sebulan selama 6 hingga 12 bulan. Bila akaun bank sudah cantyik, boleh mohon pinjaman untuk beli dan sambung ansuran sekitar RM1.7k+ sebulan.
4. Deposit buku sebanyak RM10k diperlukan
5. MBC akan bekalkan buku (dengan diskaun minima 30%). MBC juga akan sediakan kursus/latihan/SOP dan membantu mencari sekolah serta aktiviti.
* Sasaran jualan ialah RM30k sebulan.
AGEN
Adakah anda berminat untuk menyertai MBC dan berniaga buku dengan modal yang sangat kecil?.
*Berapakah modal untuk membuka sebuah gerai atau kiosk buku di luar bandar?
-Minima RM50,000. Jika bergabung dengan MBC, ada RM2,000 sudah boleh jadi usahawan buku.
Begini caranya:-
RAKAN KONGSI MOBILEBOOKCAFE (MBC)
A. Rakan Kongsi Membeli Kenderaan
- Kondisi Kenderaan: Baru atau terpakai.
- Jenis Kenderaan: Van, Pick-up 4X4, lori kecil. Kini MBC ada Isuzu DMax, Ford Ranger, Ford Transit, Boon Koon dan Tata Xenon. Jika mahu guna bas atau truk besarpun boleh.
- Pendaftaran: Kenderaan hendaklah didaftarkan atas naka syarikat (enterprise atau PLT atau Sdn Bhd) dan bukan individu.
- Lesen Pemandu: Lesen D + GDL. Bagi bas dan loro besar, Lesen E + GDL
- Harga Kenderaan: Harga asas kenderaan + RM50,000 ubahsuai menjadi kedai buku bergerak. Paling murah ialah Boon Koon, RM70,000 lengkap dan siap ubahsuai.
B. Rakan Kongsi Memajak Kenderaan
- Kenderaan Boon Koon: RM3,000 sebulan selama 5 tahun
- Akhir tempoh sewaan, kenderaan menjadi milik penyewa
- Segala urusan penyenggaraan, alat ganti, road tax, insuran dan puspakom adalah tanggungan penyewa
C. Agen
- Memiliki sebuah kenderaan (kereta, van dll) untuk mengangkut buku
- Jualan buku menggunakan meja
- Modal awalan: RM2,000
Komitmen MBC
- Menyediakan buku untuk jualan secara consignment
- Memberi latihan, SOP, pakaian seragam, mascot
- Mencari lokasi perniagaan (sekolah dll)
JV DENGAN MBC
- Kenderaan milik pengusaha
- Sebuah syarikat PLT baru ditubuhkan. Pengusaha (49%) dan MBC (51%)
- Buku dan kelengkapan jualan disediakan oleh MBC
- Kenderaan pengusaha akan disewa oleh syarikat yang ditubuhkan dengan kadar yang dipersetujui
- Gaji staf akan ditanggung oleh syarikat yang ditubuhkan
- Pembahagian keuntungan adalah mengikut % pegangan dalam syarikat setelah menolak kos
MBC
Berminat? Sila PM MobileBookCafe atau emel: info@mobilebookcafe.com
salam, saya berminat dan ada dijohor.
Salam,
Saya berminat untuk menjadi rakan niaga, saya berada di Subang Jaya.
Terima kasih.
Salam;
Terima kasih. Kami akan emel syarat dan keperluannya
Terima kasih.
saya berminat, kota damansara
Mohon nyatakan dengan lebih terperinci minat dan perancangan yg ingin dilakukan. Terima kasih
saya juga berminat ingin berniaga buku bergerak
Salam;
Boleh kita sama2 usahakannya.
Salam. Tuan, saya berminat. Mohon info syarat dan pelaksanaanya. Terima kasih.
Salaam…saya berminat untuk jadi Raman kongsi dan saya berada d kelantan
Salam;
Kami sudah utus emel.
Mohon teliti.
Terima kasih.
*Rakan
salam. mohon kirim syarat dan terma rakan niaga. saya di johor dan usahakan travel cafe dlm bas.
terima kaseh
sam.amar
Mohon berikan emel untuk kami hantar
salam. mohon htr detail ke wenchtool@gmail.com atau aerad.sales@gmail.com
buat masa ini saya ada buat bus cafe.
Tuan boleh lihat di FB: FoodLicious Bus Stop
Terima kaseh
Menanti balasan emel tuan selanjutnya.
sam.amar
Maaf;
Kami tidak dapat menemui FB tuan.
maaf ..cuba cari foodlicious bus cafe.
kami akan berada di fiesta food truck Mutiara Rini JB pada 29 n 30 mei. Kalu ada kesempatan boleh buat promosi kerana crowd dijangka .
Walaubagaimana pon sya mmg minat dgn konsep mobile book krn pernah terlibat program bercerita PNM dulu dulu…
terima kaseh.
Assalamualaikum tn.. Mohon email. Pada saya..
Salam kembali. tn perlukan info berkaitan apa yea?
Salam MBC,
Mohon emelkan syarat dan keperluan ke email hilmi1585@gmail.com.
Terima kasih.
salam tuan,
masih tiada maklum balas ttg terma dan syarat??
Bila boleh hantar???
sam.amar
terima kaseh
Assalamualaikum, saya sekarang mengusahakan kedai buku berhadapan sebuah sekolah di Nilai. Berminat untuk mengetahui syarat untuk dipertimbangkan sebagai rakan niaga Tuan melalui Mobile Book Cafe. Mohon hantar maklumat. Terbaca article mengenai MBC did mstar online. TK
Waalaikumsalam;
Saya akan emel syarat2nya.
Terima kasih.
OK, program rakan-niaga kami seperti berikut:-
A. PELESENAN
– Tuan beli kenderaan dan kami lesenkan penggunaan MBC dengan kos pelesenan selagi mana kontrak berjalan.
– Tuan perlu keluarkan RM10,000 sebagai downpayment kenderaan dan seterusnya membuat bayaran bulanan. Kos Kenderaan, siap dengan ubahsuai ialah RM75k (BoonKoon) hingga RM120k (Isuzu).
– RM10k diperlukan sebagai deposit buku. Kami akan bekalkan buku2 secara consigment berdasarkan deposit.
-RM500 sebulan atau RM5,000 setahun sebulan yuran pelesenan. Yuran ini membolehkan pihak puan menggunaka pakai jenama MBC, SOP, Latihan dan kami akan membantu puan untuk mendapatkan sekolah dan penulis bagi membuat aktiviti di sekolah.
–> Kos permulaan RM10k + RM10k + RM5k = RM25k + ansuran bulanan (sekitar RM1k)
–> Perniagaan menjadi hak tuan 100%
B. PERKONGSIAN
– Kita berkongsi menjalankan bisnes ini. Tuan 49% dan kami 51%
– Tuan beli kenderaan (downpayment RM10k dan sama seperti di atas).
– Kita akan menyewa kenderaan tuan, ia itu membayar ansuran bulanan.
– Kami berikan buku, SOP, Latihan, sekolah, penulis dll.
-TIADA yuran pelesenan.
–> Kos permulaan : RM10k
–> Ansuran bulanan dibayar oleh syarikat
–> Keuntungan tuan 49%. Kami 51%
C. PENYEWAAN
-Tuan menyewa kenderaan kami bagi tempoh minima 5 tahun. Buat masa ini harga sewaan/pajakan sedang dirunding. Harga sewaan termasuk yuran pelesenan.
– RM10k untuk deposit buku.
– Selebihnya sama seperti di atas.
–> Kos permulaan RM10k (deposit buku) + RM5k (sewa bulan pertama & deposit) = RM15k + sewaan bulanan
–> Perniagaan tuan 100%
Begitulah secara ringkas pilihan rakan-kongsi kami.
Aslwb. saya berminat untuk menawarkan konsep ini di sebelah utara. boleh tuan berikan maklumat detail untuk saya hubungi. tk
shahruddin shafri
shahruddin@ukm.edu.my
salam tuan,
bagaimana dgn saya yang sudah ada kenderaan utk promosi? berapa pulaK KOSNYA.
HARAP DAPAT PERJELASAN KRN SAYA BERADA DIjOHOR.
Salam;
Boleh maklumkan kepada kami jenis dan spesifikasi kenderaan?.
Terima kasih.
Assalamualaikum tuan, saya menjalankan perniagaan kedai buku di Pulau Pinang dan amat berminat untuk menjadi rakan kongsi tuan…mohon emailkan detail term & condition..terima kasih