September, 2017

now browsing by month

 

Perpustakaan Kafe SMK Seri Pulai Perdana Menggondol Hadiah INOVASI Perpustakaan

Posted on September 19, 2017 by akmal ahmat

Oleh Sidang Pengarang Berita PPM

Pertandingan Inovasi Produk dan Perkhidmatan Perpustakaan (InDeLib) sempena Persidangan Perpustakaan Se-Malaysia 2017 anjuran Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM), Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi MARA Kampus Negeri Kedah yang diadakan dari 12 hingga 13 September 2017 di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) telah menobatkan SMK Seri Pulai Perdana, Kulai, Johor sebagai pemenang Gold Medal bagi Kategori Sekolah dan pememang Innovation Division Diamond bagi Perpustakaan Kafe.

Perpustakaan Kafe SMK Seri Pulai Perdana ini telah mula beroperasi pada 15 Ogos 2015 dan telah dirasmikan oleh Datin Che Normadiah Che Abas, Ketua Penolong Pengarah BTPN Johor pada 29 Ogos 2015. Idea untuk mewujudkan Perpustakaan Kafe ini telah diilhamkan oleh Cikgu Shah Ridha bin Abdul Jalil, seorang Guru Cemerlang Guru Perpustakaan dan Media (GPM).

Idea ini muncul apabila penggunaan perpustakaan kian menurun dan dengan itu beberapa inisiatif dan usaha baharu dibuat bagi menarik warga sekolah untuk datang dan menggunakan perpustakaan ini. Satu ruang khas dijadikan kafe ala santai dan dilengkapi dengan notebook, galeri dan televisyen. Hiasan dalaman perpustakaan diserikan lagi dengan langsir, pameran beg kertas membeli belah, rantai kunci dan hiasan lain bagi menarik minat dan perhatian pelajar untuk terus berada di perpustakaan. Dalam suasana sebegini, diharapkan warga sekolah dapat membaca dan mencari maklumat dengan lebih selesa. Perpustakaan Kafe juga telah berjaya menarik minat ibubapa untuk berkunjung ke sini. Secara tidak langsung, ini menambah dana perpustakaan yang memberi faedah kepada warga sekolah melalui aktiviti yang diadakan.

Diharapkan Perpustakaan Kafe ini akan menjadi contoh kepada sekolah-sekolah lain untuk bersama-sama meningkat dan memartabat Perpustakaan di sekolah masing-masing untuk dimanfaat oleh anak bangsa.

 

https://beritappm.files.wordpress.com/2017/09/smkpulaiperdana2.jpg

TIDUR DALAM KEDAI BUKU DI JEPUN

Uniknya Jepun, dalam kedai buku pun boleh tidur. Tapi pastikan anda tidur di kedai buku yang tepat, jika tidak perkara buruk bakal berlaku. Kedai buku yang kami maksudkan ini ialah hostel Book and Bed di Kyoto, Jepun. Hostel ini berkonsepkan kedai buku di mana anda boleh berehat sambil membaca buku.

Hostel ini pastinya akan menjadi buruan backpackers untuk mencubanya jika ke sana. Untuk bahan bacaan pula, terdapat lebih dari 5000 naskah buku untuk dibaca, tersedia dalam bahasa Inggeris dan bahasa Jepun. Oh ya, di sini juga terdapat buku-buku ‘rare’ yang dijual seperti novel dan komik yang hanya ada di Jepun.

Paling menarik tentang Book and Bed ini ialah tempat tidurnya, ia dibina di antara almari-almari buku. Jadi anda akan tidur di dalam almari buku, memang best!. Harga untuk satu malam menginap di sini adalah $39 Usd lebih kurang dalam RM175.00

Hostel Book and Bed di Kyoto, Jepun ini sudah dibuka sejak 2 Disember yang lepas. Merancang ke Kyoto, Jepun dan mahu cuba tidur di sini? Anda boleh menempah dan dapatkan maklumat lanjut di laman web www.bookandbedtokyo.com.

Buat yang suka tidur dalam kelas, sudah tiba masanya mencuba pengalaman yang lebih advance di Book and Bed! Dijamin lebih lena.