Perpustakaan Kafe SMK Seri Pulai Perdana Menggondol Hadiah INOVASI Perpustakaan

Posted on September 19, 2017 by akmal ahmat

Oleh Sidang Pengarang Berita PPM

Pertandingan Inovasi Produk dan Perkhidmatan Perpustakaan (InDeLib) sempena Persidangan Perpustakaan Se-Malaysia 2017 anjuran Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM), Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi MARA Kampus Negeri Kedah yang diadakan dari 12 hingga 13 September 2017 di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) telah menobatkan SMK Seri Pulai Perdana, Kulai, Johor sebagai pemenang Gold Medal bagi Kategori Sekolah dan pememang Innovation Division Diamond bagi Perpustakaan Kafe.

Perpustakaan Kafe SMK Seri Pulai Perdana ini telah mula beroperasi pada 15 Ogos 2015 dan telah dirasmikan oleh Datin Che Normadiah Che Abas, Ketua Penolong Pengarah BTPN Johor pada 29 Ogos 2015. Idea untuk mewujudkan Perpustakaan Kafe ini telah diilhamkan oleh Cikgu Shah Ridha bin Abdul Jalil, seorang Guru Cemerlang Guru Perpustakaan dan Media (GPM).

Idea ini muncul apabila penggunaan perpustakaan kian menurun dan dengan itu beberapa inisiatif dan usaha baharu dibuat bagi menarik warga sekolah untuk datang dan menggunakan perpustakaan ini. Satu ruang khas dijadikan kafe ala santai dan dilengkapi dengan notebook, galeri dan televisyen. Hiasan dalaman perpustakaan diserikan lagi dengan langsir, pameran beg kertas membeli belah, rantai kunci dan hiasan lain bagi menarik minat dan perhatian pelajar untuk terus berada di perpustakaan. Dalam suasana sebegini, diharapkan warga sekolah dapat membaca dan mencari maklumat dengan lebih selesa. Perpustakaan Kafe juga telah berjaya menarik minat ibubapa untuk berkunjung ke sini. Secara tidak langsung, ini menambah dana perpustakaan yang memberi faedah kepada warga sekolah melalui aktiviti yang diadakan.

Diharapkan Perpustakaan Kafe ini akan menjadi contoh kepada sekolah-sekolah lain untuk bersama-sama meningkat dan memartabat Perpustakaan di sekolah masing-masing untuk dimanfaat oleh anak bangsa.

 

https://beritappm.files.wordpress.com/2017/09/smkpulaiperdana2.jpg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.