Blog
now browsing by category
JUALAN AKHIR TAHUN (BUKU) 2015
SEMALAM kami ke jualan akhir tahun (YES) di MAEPS.
- Saya memang berhasrat ingin membeli buku. Siap singgat di mesin ATM sebelum tiba di MAEPS.
- Pempamer buku (ahli MABOPA) memang banyak, namun mereka tidak bawa banyak buku. Hanya buku-buku terpilih sahaja.
- Ada penerbit yang berikan diskaun biasa-biasa sahaja. Sangat tidak menarik. Namun ada juga yang berikan hingga 70% diskaun.
- Iklan dalam talian memang gila-gila, namun bila tiba di sana, buku yang dijanjikan dalam iklan memang tidak ada.
- Kami pergi dengan kenderaan sendiri, jadi tidak ada masalahlah. Dengar cerita yang pergi menaiki kenderaan awam menghadapi maasalah sebab bas yang dijanjikan dari stesen LRT tidak kunjung tiba
- Keputusan saya ialah….. lebih baik pergi beli di kedai penerbit (secara borong) sahaja berbanding YES atau … beli sahaja ONLINE.
ANTARA KELEBIHAN MBC
MINGGU lepas kami ke sebuah sekolah selamama TIGA hari. Tempoh ini sangat berbaloi untuk kami jual buku. Kami buat satu aktiviti untuk murid sesi pagi dan satu aktiviti untuk murid sesi petang.
Seorang guru di sana memberitahu kami “dulu sudah 3 tahun berturut-turut sekolah ini dihadiri oleh syarikat XXXX. Programnya bagus, bukunya juga bagus. Murid-murid suka”.
“Tapi kini sejak pengetuan baharu, mereka tidak dibenarkan datang lagi. Tidak boleh buat apa-apa jualan atas meja”. “MBC adalah company pertama dibenarkan datang sebab MBC tidak jual atas meja. Encik jual buku dari dalamvan”.
Itu adalah salah satu kelebihan MBC. Sungguhpun begitu ia tidak semestinya dan selalunya benar. Lain padang lain belalang. Lain pengetua, lain kaedahnya.
Alhamdulillah.
Abam Botang MBC dari Jepun…
MBC bersama murid dan guru. Hiasan sahaja.
BERKELAH BACA BUKU
“Alhamdulilah,about a dozen readers turned up for this first event Berkelah Baca Buku at Putrajaya.Let me thank the host/organiser Dato Seri Dr. Zaini Ujang, Ministry of Education Malaysia,Tuan Muhamad Bin Ali-Owner of Mobile Book Cafe, Perbadanan Putrajaya and everyone who attended the gathering.With your continous support and participation,we will do this event on monthly basis.InsyaAllah” – From Adib Noh FB.
SMK SERI GARING
6-7 Mei 2015:
SMK Seri Garing, Rawang akan menerima dua orang penulis. Selasa 2.30pm Puan Asmah Hashim (Cerita Kehidupan) dan Rabu 11am Sandra Loh (Pedalling Around The Penisula).
Penulis lain bila mahu ke sekolah lain pula?.
KEMBARA MBC
MBC sudah hampir setahun beroperasi. Di Semenanjung, hanya Perlis dan Kelantan sahaja yang kami belum sampai.
Kini kami sedang menyiapkan sebuah buku “Kembara Buku” (tajuk sementara) bagi menceritakan perjalanan MBC ke seluruh pelosok tanah air.
Apa lagi yang patut ditulis?
Apa yang anda ingin tahu?.
Terima kasih.
SK TAMAN DESA: SETAHUN SUDAH BERLALU
SK Taman Desa, Kuala Lumpur ialah sekolah pertama yang kami hadir. Sekolah dengan murid seramai 500 orang ini diberikan oleh Blink kepada kami. Semua urusan seperti buku dan aktiviti diuruskan oleh mereka.
Kini selepas setahun, kami datang lagi ke SK Taman Desa. Ia berdekatan dengan Desa Waterpark.
Kali ini kami membawakan penulis buku Variasi Seni Asas Jahitan Beg, ia itu Norwahidah Shariff. Beliau akan tunjukkan cara-cara membuat beg kepada murid dan guru sekolah.
IDEA BERNAS GPM SK PANCHING
SK Panching di Pahang hanya mempunyai murid seramai 200 orang sahaja tidak termasuk pra-sekolah. GPM (Guru Perpustakaan dan Media) sekolah ini, Puan Sabariah Liman menghubungi kami meminta supaya MBC datang ke sekolahnya.
+: Dari segi bisnes, kami tidak boleh datang dari KL ke Pahang ke sekolah yang hanya ada 200 pelajar. Hasil jualannya tidak boleh bayar tol pun.
-: Tuan boleh datang ke sekolah yang ada berapa ramai pelajar? Saya ingin sangat tuan datang ke sekolah kami sebab ingin memberi pendedahan kepada murid-murid saya. Ini sekolah luar bandar tuan.
+: Jika ada 1,000 pelajar, kami boleh datang ke Pahang
-: Jika begitu, saya carikan sekolah-sekolah lain yang ada 1,000 pelajar dan tuan boleh datang ke sekolah meraka dan singgah di sekolah kami. Boleh?
+: Jika begitu, kami boleh pertimbangkan.
Puan Sabariah menghubungi GPM sekolah lain dan empat buah sekolah lagi bersetuju. Ini menjadikan lima buah sekolah semuanya. Ia mencukupi untuk kami datang bagi tempoh seminggu. Ia itu satu sekolah sehari. Berikut adalah sekolah asal yang dipersetujui:
CIKGU KAMIL
SEMALAM berlangsung sesi mitivasi 5A untuk pelajar tahun 6 bersama ibu-bapa SK SG. Rokam, Ipoh. Ia disampaikan oleh Cikgu Kamil, seorang motivator dan penulis buku “anag genius” dan “kek online”.
MobileBookCafe menyertai Cikgu Kamil bagi menjual buku-buku beliau di samping buku-buku lain. Sambutan amat menggalakkan.
Bunting Cikgu Kamil yg disediakan oleh Penerbit, Karangkraf.
Cikgu Kamil sedang autograf buku
Suasana dalam dewan. MOtivasi sedang dijalankan
Cikgu Kamil in action
Ibu bapa juga turut hadir bersama anak mereka
Pastikan kamu dapat 5A ya…
Salah seorang PIBG sekolah bersama famili.
Cikgu Kamil belanja kami makan di SG. Rokam.