September, 2014
now browsing by month
SK PUTERI PANDAN 2
Sabtu, 27 September.
KAMI ke SK Puteri Pandan 2 kerana ada karnival sekolah. Cadangan dibuat oleh Uneh, rakan kami yang juga turut hadir untuk mengadakan bengkel lukisan. Memandangkan ia jatuh pada hari Sabtu, di mana kami tidak ada aktiviti lain di sekolah, maka kami cuba ke karnival begini pula.
Pembelian dibuat melalui kupon dan 10% hasil jualan mesti diberikan kepada pihak sekolah.
Penyertaan murid, guru dan ibu bapa tidak begitu memberangsangkan. Tidak ramai yang hadir.
Pengajaran: Sekiranya program umum (hari kantin, karnival sukan dll), ia tidak begitu menggalakkan. Apatah lagi bila pembelian dibuat melalui kupon.
Dirakam rakan FB dalam perjalanan pulang.
POLITEKNIK MERLIMAU, MELAKA
MBC menerima jemputan untuk hadir ke “Hari Jualan BUku” Politeknik Merlimau, Melaka (PMM) mulai 22/9 hingga 26/9. Memandangkan MBC mempunyai program lain 22-23/9, maka kami meminta untuk hanya datang 25-26 hb sahaja.
Apa yang terbayang dalam fikiran kami ialah suatu karnival yang gilang gemilang. Terdapat upacara perasmian yang meriah dan ribuan pelajar serta ibu bapa dan pensyarah menyerbu booth-booth pameran buku. Maklumlah kami dijanjikan 10,000 bakal pengunjung. 6,000 daripadanya ialah penuntut PMM. Rugi sungguh rasanya hanya dapat turut serta selama dua hari terakhir karnival sahaja.
Kami bertolak dari Kajang pada jam 7am dan tiba di PMM jam 9.30am di Perpustakaan PMM. Kami tidak menemui sebarang khemah atau gerai dari pempamer lain. Seorang staf datang menemui kami.
“Mana orang lain semuanya?”.
“Mereka sudah pulang. Kebetulan ada pesta buku Melaka bermula hari ini. Lagi pula tidak ada pembeli di sini. Datang berniaga pada 22hb. gaji belum masuk lagi, bagaimana mahu beki buku?”.
Kemudian pegawai perpustakaan tiba dan kami diajak meronda keseluruhan kampus PMM untuk memilih tempat untuk kami berniaga. Ini adalah kali pertama kami bertemu dengan situasi di mana pihak penganjur tidak menyediakan tempat khusus untuk kami berniaga. Akhirnya kami memilih untuk berniaga di hadapan perpustakaan dan di sebelah petangnya di hadapan asrama pelajar.
Hujan lebat di sebelah tengahari. Kami terpaksa tutup kedai sehingga hujan reda.
Di sebelah petang kami berpindah lokasi ke hadapan asrama. Ia menjadi tempat lalu lalang pelajar untuk ke kelas masing-masing. Memang ramai yang lalu, namun tidak ramai yang singgah. Apatah lagi membeli. Para pelajar “kelihatan takut” dengan buku.
Kemudian kami dikunjungi oleh sahabat FB yang sangat istimewa dan baik hati. Beliau merupakan penderma tetap kepada pelajar-pelajar miskin dalam projek kami. Beliau dan suami hadiahkan beberapa buah buku terpakai untuk kegunaan kami. Terima kasih Puan Siti Sara Abu Zarim dan suami.
Isteri saya tiba di PMM lewat petang dan kami bermalam di Tun Teja Suite.
Sebelah malamnya Coach Bahar datang menemui kami dan belanja makan malam.
Coach Bahar hadiahkan beberapa buah buku beliau untuk MBC.
Hari kedua (Jumaat) bermula agak perlahan sehinggalah pensyarah PMM, Puan Mazura Stapah tiba bersama murid-murid beliau. Beliau minta kami berikan taklimat kepada para pelajar mengenai MBC. Seterusnya para pelajar turut menyanyikan lagu “Hammpy Birthday Uncle MBA” untuk saya. Ulangtahun kelahiran ke-55 jatuh pada hari ini (26 September).
Cuaca agak panas.
Mazura Stapah bersama buku-buku yang dibeli
Pegawai Perpustakaan PMM dengan koleksi buku tulisan saya yang dihadiahkan kepada perpustakaan.
OK. Bye… Bye….
KARNIVAL 1PESARA @MAEPS
1. Jam 5pm (Isnin) kami dapat pengesahan bahawa MBC boleh menyertai Karnival setelah permohonan melalui emel dihantar di sebelah paginya;
2. Selasa (8am) kami telah tiba di MAEPS, tempat acara diadakan. Penyertaan melibatkan lebih 3,000 pesara dan bakal pesara. Ramai bertemu kawan-kawan lama yang bakal menjadi YB (Yang Bersara);
3.Tujuan MBC ke Karnival bukanlah untuk menjual buku semata-mata. Biasanya jualan di tempat-tempat begini tidak begitu memberangsangkan. Kami sedar, namun tetap datang kerana beberapa sebab lain. Ternyata ia adalah sangat positif.
4. Komuniti mobile yang mengambil bahagian dalam Karnival ini termasuklah Karavan tani, SSM, JPJ, NBOS, MoF, Kopi Satu dan banyak lagi. Namun rasanya MBC yang paling menyerlah dan satu-satunya milik sendiri dan bukannya dimodali oleh agensi kerajaan.
5. Kami daftar satu lagi perniagaan baharu atas nama “MOBILE BOOK CAFE”. Maklumlah van SSM hanya di depan van kami.
6. MoF mempelawa kami untuk menyertai mereka buat karnival lagi menjelajah Malaysia. Kami gembira. Kami juga pergi ke lain-lain agensi yang “membantu” usahawan seperti KPDNKK, MARA, PUNB, Franchise dan banyak lagi.
Kami daftarkan satu perniagaan lagi. Mudah. Cepat. Tidak perlu ke SSM.
Jumpa kawan lama yang sudah lebih 30 tahun tidak bertemu sejak keluar dari universiti dan kelas. Mereka juga akan bersara dalam masa terdekat.
Pegawai tinggi kerajaan yang sangat meminati buku. Beliau mempunyai perpustakaan sendiri di rumah dan berlambak buku di pejabat. Seronok berbual pasal buku dengan YBhg Datuk.
Kawan sepermainan yang baharu sahaja bersara turut berkunjung.
Ramai …
SK CONVENT TELUK INTAN
SEMALAM dan hari ini, jadual MBC ialah ke SK Convent Teluk Intan, Perak.
Walau bagaimanapun program ini kami tangguhkan. Sebabnya? UPSR belum selesai akibat ada soalan bocor.
Barangkali selepas UPSR (ulangan), sekolah pun sudah bercuti akhir tahun.
Kami gantikan program ke Teluk Intan dengan Program Karnival 1Pesara di MAEPS, Serdang. Oh ya, semalam kami di Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM.
Ikon MBC ialah Penguin Books
Kami tertarik dengan cara Penguin Books on Truck menyusun buku. Kami ingin belajar cara mereka yang kelihatannya lebih cool…
Buku-buku diatur di atas meja juga selain dari dalam truk. Malahan ada kerusi untuk membaca juga. Kami boleh tiru yang ini, malahan sudah buatpun, cuma tidak konsisten.
Pengui Book ada tag. Ini kami belum ada. Mesti buat…
Fiction, Non Fictiuon, Children …. Kami perlu segerakan yang ini.
Satu lagi yang MBC belum ada ialah papan tanda atau papan notis.
Kecil, tetapi kesannya besar.
KSN Ikon Membaca: Wajarkah?.
Tahniah diucapkan kepada YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara kerana dinobatkan sebagai Ikon Membaca Kebangsaan Yang Pertama di kalangan Penjawat Awam.
Beliau juga merasmikan program Take A Break @Putrajaya di Dataran Putra.
Memang tidak dinafikan YBhg KSN memang banyak membaca. Memang banyak. Tetapi berapa banyak? Berapa buah buku?. Berapa buah buku melebihi daripada orang yang kedua banyak?.
Soalan-soalan di atas sukar untuk dijawab.
Biasanya orang besar yang banyak membaca akan banyak bercakap dan membuat petikan dari buku yang dibacanya. Orang lain pula biasanya banyak menulis.
Wajarkah KSN dinobatkan sebagai ikon membaca penjawat awam?. Jawapan tidak diperlukan. Semoga selepas ini akan diadakan ikon menulis pula. Sebabnya orang yang menulis, baik tulisannya atau banyak bukunya dapat dinilai oleh ramai orang. Orang yang menulis sepuluh buku tentu lebih layak dijadikan ikon berbanding dengan yang hanya sebuah buku jika mutunya sama. Penulis buku yang menerima anugerah, tentu lebih layak dijadikan ikon berbanding dengan yang tulis buku biasa-biasa sahaja.
Kita tunggu tahun hadapan WRITE @Putrajaya pula …
READ! @Putrajaya
HARI ini, Ahad 22 Sept. kami akan ke Putajaya menghadiri acara Let’s Take A Break READ @PUTRAJAYA. Kami datang atas jemputan daripada Perpustakaan Negara Malaysia. Kami excited mahu ke Putrajaya. KAmi akan updates nanti ya….
Description
Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya, Perpustakaan Negara, PUSPANITA dan 1M4U akan menganjurkan Program Merakyatkan Budaya Ilmu Peringkat Zon Putrajaya yang dikenali “Take A Break…Read!@ Putrajaya; pada 21 September 2014 (Ahad) di Dataran Putra, Putrajaya bermula jam 7.30 pagi hingga 6.00 petang.
Program yang bertujuan untuk memupuk minat dan amalan membaca di kalangan masyarakat Malaysia supaya menjadi bangsa yang berpengetahuan, berinovatif serta kreatif akan dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara.
Dua acara utama yang diadakan diprogram tersebut ialah:
· Anugerah “Ikon Membaca…; Penjawat Awam
· Pelancaran “Library on Wheels…;
Disamping itu, pelbagai aktiviti dan acara menarik diadakan antaranya Senam Tari, Pameran Buku, Ejik The Magic, Upin Ipin, Pertandingan Mewarna, Rawatan Kesihatan Percuma dan pelbagai hadiah menarik disediakan. Orang ramai dijemput beramai-ramai ke program tersebut.
JOM KITA BERAMAI-RAMAI KE DATARAN PUTRA, PUTRAJAYA MENYERTAI “TAKE A BREAK…READ@PUTRAJAYA…;
– SUMBER: http://www.suriafm.com.my/events/take-a-break-readputrajaya157/#sthash.zxQZ47fB.dpuf