November, 2016

now browsing by month

 

BELI BUKU DAPAT TOYS

toys1 toys2 toys3 toys4 toys5 toys6 toys7 toys8 toys9 toys10 toys11 toys12 toys13 toys14 toys15 toys16

BENGKEL BUKU CERITA KANAK-KANAK

MBC dengan kerjasama MBBY dan Kota Buku akan menganjurkan bengkel Buku Cerita Bergambar Kanak-Kanak seperti berikut:-

Tarikh: 3-4 Disember (Sabtu-Ahad)

Masa: 9am – 5pm

Tempat: Perbadanan Kota Buku, Maju Junction, KL

Pembimbing: Basari Mat Yasir dan Nor Azhar Ishak

Yuran: RM350.

bengkel_melukis_basari

bengkel_hasil bengkel_sign bengkel_sijil


Bengkel Penulisan dan Ilustrasi Buku Bergambar Kanak-Kanak
Penganjur: Perbadanan Kota Buku – Mobile Book Café – MBBY
Tarikh: 3-4 Disember 2016
Tempat: Bilik Mesyuarat, Aras 24, Perbadanan Kota Buku
Tentatif Bengkel
Hari Pertama, 3 Disember 2016
8.30 – 9.00 pagi – Pendaftaran
Taklimat Perbadanan Kota Buku
Sesi Perkongsian Bestari Dato’ Ahmad Redza Ahmad Khairuddin, Presiden, Majlis Buku Kanak-kanak dan Remaja Malaysia (MBBY)
Pengenalan Buku Bergambar Kanak-kanak
Waktu rehat
Proses Cetus Idea
Reka Cerita
Rehat dan makan tengah hari
Penyediaan Storyboard
Waktu rehat
Penyediaan Buku Dummy dan Ilustrasi
5.00 petang – Sesi hari pertama tamat
Hari Kedua, 4 Disember 2016
8.30 – 9.00 pagi – Pendaftaran
Permurnian Buku Dummy
Waktu rehat
Teknik bercerita sebagai alat pemurnian cerita
Sesi Taklimat “Permohonan ISBN dan Dana Pembelian Terus Penulis”
Rehat dan makan tengah hari
“Penerbitan Buku dan Pemasaran” bersama Mobile Book Café
Sesi Perkongsian Bestari oleh penulis, illustrator dan editor jemputan
Penyampaian sijil, cenderahati dan penutup
Minum lewat petang
5.00 petang – Bengkel Tamat
*Tertakluk kepada perubahan

 

KEPUTUSAN ANUGERAH PSS KEBANGSAAN 2016

Kami mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua sekolah yang telah berjaya mendapat tempat-tempat terbaik dalam PSS 2016. Kepada yang tidak senarai,  anda juga telah berjaya.
Sk
1. SK(C) Anglo Chinese, Sabah
2. SK Bandar Teknologi Kajang, Selangor
3. SK Putrajaya Presint 8(1)
4. SK Kompleks Seberang Takir, Terengganu
5. SK Sultan Idris 11, Perak

SM
1. SMK Tengku Amalin A’ishah Puteri, Kelantan
2. SMK Shahbandaraya, Selangor
3. SMK Bandar Sg Petani, Kedah
4. SM Sains Sultan Mahmud
5. SM Rancha-Rancha

 

  • Kami bercadang untuk membuat lawatan kepada semua sekolah ini pada tahun hadapan jika mendapat jemputan.

8 Cara Kreatif Jual Buku Selain Kedai Buku dan Kempen Promosi Unik

Oleh Hasri Hasan (Perbadanan Kota Buku)

Petikan: https://myhasri.wordpress.com/2016/10/28/8-cara-kreatif-jual-buku-selain-kedai-buku-dan-kempen-promosi-unik/

Akhir-akhir ini banyak penerbit buku mengeluh. Jualan runcit buku tidak sepantas dulu. Kedai buku sekarangpun banyak jual alat tulis dan barang-barang bukan buku di kedai buku. Jadi bagaimana mahu pamerkan buku kepada bakal pembeli? Penerbit-penerbit jual buku-buku mereka di mana? Kenapa penerbit sekarang mengeluh sebab tidak boleh jual buku? Di sini ada beberapa idea kreatif untuk menjual buku terbitan anda.

cof

  1. Tubuhkan Kelab Buku

Menubuhkan kelab peminat buku anda sendiri salah satu cara yang baik. Jika anda penerbit buku kanak-kanak, edarkan borang dan kad ahli ke sekolah-sekolah atau taja minuman pada waktu sukan sekolah. Iklankan dalam majalah kanak-kanak atau di akhbar. Dengan ahli yang sedia ada, umpan mereka dengan hadiah-hadiah menarik atau peraduan di kulit belakang buku. Jika pengkalan data keahlian kelab peminat anda besar misalnya seramai 3,000 orang peminat setia, inilah jumlah buku yang boleh terjual sebaik saja ia tercetak. Banyak kelab boleh ditubuhkan, ada kelab peminat novel, kelab peminat kisah seram, kelab buku bisnes dan banyak kelab buku lagi.

  1. Multi-level-Marketing Buku

Tubuhkan satu skim piramid tapi bukan ski cepat kaya tapi piramid jual buku. Upline yang rekrut banyak penjual buku di bawahnya akan dapat komisen yang besar. Downline-downline yang ada jika mahu meningkatkan komisen dan bonus mesti akan rekrut ahli baru. Penerbit yang memulakan skim ini bolehlah beri pelbagai gelaran ‘diamond’, ‘Pendeta’ atau ‘Ayahanda’ ke, ikut peringkat mereka dalam struktur piramid mereka. Jika bagus, mungkin upline yang hebat boleh dapat motorsikal besar. Nampak tak? Tiada deposit haram di sini!

  1. Jadikan bahan dalam buku anda bahan viral media sosial

Pada zaman kini, sikit-sikit benda boleh viral. Kisah budak-budak hadiri kem motivasi kena ditakutkan dengan ular pun boleh jadi isu nasional. Anda tidak ada buku tentang motivasi ke? Jika anda ada buku yang potensi kontroversi, ambil beberapa petikan atau bahan dalam buku itu dan buat viral di laman-laman web yang suka memviralkan benda-benda sebegini. Kita memang nampak remeh-temeh tetapi kuasa viral itu jangan diperkecilkan. Apabila bahan itu sudah merebak, cepat-cepat promosikan bahawa buku ini ada di pasaran atau boleh beli secara online di laman tertentu.

  1. Kerjasama dengan penerbit-penerbit filem sebgai ‘product placement’

Hendak tahu mengapa buku-buku puisi Aan Mansur, ‘Tiada New York Hari Ini’ laris jualannya bukan sahaja di Indonesia tetapi juga di Malaysia dan Singapura? Ia kerana puisi-puisi beliau dalam buku itu dibaca oleh Dian Sastrowardoyo dan Nicolas Saputra dalam filem ‘Ada Apa Dengan Cinta 2’. Bayangkan jika Aaron Aziz atau Adi Putra dalam KL Gangster sedang lepak di rumah sambil baca sebuah buku A. Samad Said, pasti ramai orang akan pergi cari buku A. Samad Said itu. Product placement ini bukan benda baru, ada pengeluar kereta menaja James Bond untuk melanyak kereta keluaran mereka agar pelanggan dapat lihat kehebatan kereta tersebut. Jadi kita boleh buat banyak placement dalam filem dan drama. Bayangkan jika Abang Bomba dalam drama pegang buku tertentu, tentu buku itu akan popular.

  1. Katalog buku dari rumah ke rumah

Cara ini sebenarnya sudah dibuat di Amerika Syarikat sejak tahun 60-an lagi. Pengedar yang ada stok yang besar akan mencetak katalog senarai buku-buku menarik untuk ibu-ibu suri rumah tangga dan juga orang-orang tua dan pesara yang kesunyian. Mereka akan cetak katalog buku-buku yang berkaitan secara bulanan beserta dengan kupon-kupon diskaun. Jangan lupa sertakan nombor telefon hotline atau siapkan laman online shopping. Mereka kemudian akan mengupah budak-budak untuk edarkan katalog dari rumah ke rumah (sepertimana kad nama tukang paip yang sering diedar dari rumah-ke rumah sekarang). Banyak surirumah dan pesara suka lihat buku-buku yang sesuai dengan minat mereka.

  1. Jadikan penulis anda seorang yang popular

Buat gimik menarik atau penulis itu sendiri harus terpaksa untuk menonjolkan diri. Jadilah pakar apa saja pun. Penulis juga harus membina ‘tribe’ mereka sendiri. Dengan autoriti yang dibina akan menjadikan buku mereka itu mudah laku. Orang suka beli buku Ustaz Kazim Elias, Prof Muhaya atau buku Sheikh Muzafar. Mereka jadi popular kemudian baru terbit buku tetapi penulis prolifik seperti Tuan Abdul Latip Talib popular setelah menerbitkan banyak novel-novel sejarah di pasaran. Kita juga boleh lihat bagaimana Indonesia mempopularkan penulis-penulisnya secara sistematik. Nama-nama seperti Eka Kurniawan, Andrea Hirata, Habiburahman, Laksmi Pamuntjak, Tere Liye bukanlah kerana karya mereka sangat-sangat hebat tetapi ‘hype’ yang dicipta membuat orang mahu diasosiasikan dengan membaca buku mereka. Penerbit mereka tidak jemu menghantar buku-buku mereka ke pertandingan-pertandingan buku sedunia. Berapa orang yang boleh faham baca buku Haruki Murakami dan Franz Kafka? Namun mereka tetap beli buku Murakami sebab mereka mahu dilihat cool membawa buku yang hebat!

  1. Bergabung dengan Trend terkini

Cuba jual buku anda di lazada.com atau 11street.com. Kadangkala kita tak menyangka saluran-saluran ini mungkin boleh menjual beberapa naskhah buku anda atau kerjasama dengan mereka jika ada orang beli kasut, mereka boleh beli novel cinta pada harga istimewa RM5.00. Menarik? Apa kata jika ada orang makan di restoren tomyam, dengan pembelian RM50.00 dan ke atas, mereka boleh beli buku resepi masakan tom yam pada harga istimewa RM10.00. Bagi pengguna Grabcar pula, cuba bagi tawaran beli satu buku dalam kereta Grab percuma satu buku? Pemandu Grab tu mungkin boleh dapat komisen juga. Amacam? Apa kata jual buku travel, lifestyles atau sejarah tempat bersama-sama promosi laman Air Asia, Agoda, Booking.com atau Airbnb?

  1. Kerjasama dengan penjual alternatif

Selain kedai buku, buat satu pakatan untuk jual buku ikut saluran alternatif. Di Malaysia kita ada penjual buku bergerak seperti Mobilebook Café (MBC) yang bergerak melalui trak buku. Ada beberapa trak buku yang lain-lain tapi mereka penerbit-penerbit gergasi yang ada peruntukan kewangan dan hanya menjual buku-buku terbitan mereka sendiri. MBC lebih mesra penerbit kerana mereka bawa stok buku semua penerbit dan bergerak di banyak tempat sehingga ke daerah luar bandar. Jika promosi yang berkesan dilakukan dengan pengusaha trak sebegini, banyak buku yang boleh laku. Waktu itu kita bermain dengan ‘user experience’ yang berasa unik membeli dari trak buku.

  1. Tubuhkan sebuah tempat khas jual buku lambak atau flea market buku

Cari satu lorong di tengah-tengah kota, usaha pakat-pakat sesama penerbit jual buku setiap Sabtu secara lambak atau ‘flea market’. Tak kisahlah jika buku yang dijual itu buku baru atau buku terpakai atau buku antik. Jika istiqamah setiap Sabtu, pasti pecandu buku akan datang cari buku. Anda fikir orang-orang yang pergi Lorong Kulit di Georgetown atau Amcorp Mall, Petaling Jaya setiap hujung minggu itu pergi suka-suka? Mereka adalah kolektor dan juga pembeli barang-barang tertentu yang tegar. Lihat satu contoh di Saigon, Vietnam. Mereka ada Bookstreet. Persekitaran yang unik membuat orang akan buat ‘pembelian bawah sedar’ (compulsive buying) sepertimana Big Bad Wolf menjual buku 24 jam dalam lambakan buku yang banyak! Banyak pembeli Big Bad Wolf itu bukan pembaca tetapi ‘seronok’ beli buku RM3.00, RM5.00 dan RM10.00. Kota Buku cuba buat acara seperti @kotakata tetapi belanjanya besar. Kota Buku mulai idea, sambunglah selepas itu.

SMK BANGGOL

Mobile Book Cafe (MBC)

Tarikh : 18 Feb 2016
Masa 8.00 – 2.00 ptg
Tempat : Dewan Unggul
Aktiviti :
– Pameran buku
– Jualan buku
– Sesi bersama dengan artis (Uneh – Raja Pensel Warna)

Disediakan oleh : Nhazla Fikri

SK RANTAU PANJANG

Mobile Book Cafe ke SKRP

MBC telah berkunjung ke SKRP pada bulan April yang lalu.
Murid-murid begitu seronok dengan kedatangan MBC.
Ramai murid yang membeli buku-buku cerita yang dijual oleh pihak MBC.
Pihak MBC telah mengadakan pertandingan mewarna untuk murid-murid Tahap 1.

Pihak sekolah telah memberi cenderahati kepada pihak MBC.

Mobile Book Cafe – Cetus semangat membaca

Majalah Pendidik – September 2016


Mobile Book Cafe membantu menyuburkan minat membaca di sekolah-sekolah.Mobile Book Cafe membantu menyuburkan minat membaca di sekolah-sekolah.

ILHAM tercetus dari kedai buku bergerak milik Penguin Books, syarikat gergasi yang terkenal dalam industri buku di Amerika Syarikat.

Setelah mendapat ilham itu, Muhamad Ali bersama seorang rakannya, Muhammad Azam Nor Anwar cuba memperkenalkan konsep yang sama di negara ini pada penghujung 2013.

Lalu lahirlah Mobile Book Cafe, kedai buku bergerak pertama di Malaysia menggunakan van yang diubah suai dengan sedikit inovasi dan sentuhan kreatif.

Mobile Book Cafe (MBC) Ke SK Pulau Rusa

Tuesday, May 10, 2016
Hari ini 9 Mei 2016, Pihak sekolah kami telah menjemput Mobile Book Cafe dari Kajang Selangor datang ke sini bertemu warga SK Pulau Rusa. Program ini adalah anjuran Pusat Sumber Sekolah ( PSS ) yang diurus sepenuhnya oleh Cikgu Maimunah. Tahniah diucapkan. Program selama 2 jam itu banyak memberi manfaat kepada kami. Antara ilmu yang bernilai kami dapat ialah teknik mewarna dengan cantik. Saudara Uneh iaitu salah seorang staf MBC yang banyak berkongsi ilmu dengan kami. Raja pensil warna ini merupakan pelukis kebanyakan buku yang dijual oleh MBC. Mereka datang dengan mini bas yang  merupakan pusat jualan buku bergerak. Program ini menjadi lebih meriah dengan kemunculan maskot ‘Mr Mouse’ yang menjadi kesukaan murid.

Jom kita saksikan antara momen yang sempat kami rakamkan.

Mobile Book Cafe tiba di SKPR seawal 7.15 pagi

Saudara Uneh sedang menunjukkan teknik mewarna
ambil peluang bergambar bersama Mr Mouse
GB kita bersama maskot Mr Mouse
Keadaaan di dalam Mobile Book Cafe ( mini bas)
Cikgu Maimunah masuk duluuuu
cikgu-cikgu pun tak lepaskan peluang nak sertai jugak
Saudara Uneh mengajar teknik mewarna kepada murid
tengah kusyuk warna tuu
tadaa..ni dia hasil saudara Uneh, memang patut digelar Raja Pensil Warna
Ini pula hasil cikgu2 kita
murid tahun 1 dengan Mr Mouse
Saudara Uneh menyampaikan sijil penghargaan dan cenderamata untuk SKPR
Selepas sesi membeli buku, sesi sign autograf  pula..

Besttt tauu.. Oklah kepada sesiapa yang nak