FOTO

now browsing by category

 

SK KEPONG, KUALA TERENGGANU

  1. SK Kepong buat jemputan untuk MBC Terengganu pada 6 Jun 2018. Disebabkan hal yang tidak dapat dielakkan, saya dari MBC HQ hadir hari ini 30 Jun ke sekolah tersebut.
  2. Sebenarnya sudah lama saya sendiri tidak pergi ke sekolah buat jualan. Travel dari Kajang ke Terengganu sebelah petang, saya berhenti menginap di Raub. Meninggalkan buku untuk Agen yang buat jualan di Raub. Pagi-pagi lagi saya dan Faiz menuju ke Terengganu. Tiba sahaja sempat solat Jumaat.
  3. Sabtu pagi kami menemui MBC Terengganu untuk ambil semua baki buku. Ini adalah kerana MBC Terengganu ingin menamatkan khidmat dengan kami atas masalah-masalah tertentu. Kini kami mencari agen atau rakan niaga baru di terengganu.
  4. Selesai mengambil buku, kami mengira buku di Pantai Batu Burok. Selesai menhgira kami luch tepi pantai dan selepas itu chack-in di TH Hotel & Convention center.
  5. Sebelah malamnya ada jamuan makan malam ke-45 SESMA. Sekolah saya 45 tahun yang lalu. Turut hadir YAB Menteri Besar Terengganu yang juga bersekolah di situ.
  6. Pagi-pagi lagi kami telah tiba di SK Kepong. Tunggu di luar pagar sehingga dibenarkan masuk oleh pihak sekolah.
  7. Rombongan kami, saya dan maskit diiringi oleh pasukan kompang masuk ke dewan. Duduk di kerusi VIP diikuti nyanyian dan ucapan-ucapan serta beryukar-tukar cenderamata.
  8. Selesai perhimpunan, pelajar naik ke kelas dan kami set meja jualan. GPK dan GPM turut sama melayani kami. Mereka bersama kami seharian. Wah bertuah betul kami. Lepas itu dijamu keropok lekor dan nasi kerabu pula.
  9. Murid datang kelas demi kelas ke jualan kami dan setiap kelas pasti ada yang membeli. Bukan sedikit, tapi ramai dan banyak. Mereka bawa duit raya, cikgu kata. BAnyak buku yang kami bawa habis terjual dan bersepah di atas meja. Ia adalah fenomina biasa. Dari situ timbul idea untuk penggunaan bakul supaya buku tidak bersepah dan plastk alas buku supaya buku kebih kemas tersusun. Lain kali. Alhamdulillah, jualan sangat memberangsangkan.
  10. Ikuti foto-foto yang dirakam sendiri oleh GPK untuk tatapan semua …

TIM MBC 2018

Tim MBC 2018

BUKU PENGENALAN KEPADA HAIKU

MobileBookCafe telah menerbitkan sebuah buku yang telah lama ditunggu-tunggu. Ia adalah buku Pengenalan Kepada Haiku. Selain kaedah menulis haiku, ia juga memasukkan beberapa puisi Jepun yang lain seperti renka, syinru dan sebagainya. Paling penting, hasil karya pelajar sekolah semasa sesi bengkel di haiku ke sekolah-sekolah turut juga dimuatkan dalam buku ini.

2018 nanti, MBC akan mengadakan Bengkel Haiku dikemaskini. Setiap pelajar akan dapat buku ini yang berharga RM25.00 secara PERCUMA sahaja.

kandungan

MBC KEDAH DI DAERAH KUALA KETIL

MBC Kedah sedang berada di beberapa buah sekolah di daerah Kuala Ketil.

Selamat maju jaya.

 

Novel Untuk Dijual MURAH

Novel terpakai yang masih elok ini hanyar RM5.00 satu naskah:-

 

SK CONVENT KAJANG 15-16 JUN 2017

Terima Kasih SK Convent Kajang.

MBC DI HULU TERENGGANU

SUDAH lama sekolah-sekolah di Hulu Terengganu berminat untuk menjemput MBC. Walau bagaimanapun kerapkali tarikh yang mereka perlukan tidak bertepatan dengan masa MBC. Kini MBC Terengganu sudah ditubuhkan. Setakat ini MBC Terengganu sudah perli ke Dungun, Kuala Terengganu, Marang, Besut dan kini ke Hulu Terengganu pula.

Sebanyak tujuh (7) buah sekolah telah menerima kunjungan MBC:-

17 April: SK Binjai Kertas

18 April: SMK Matang

19 April: SK Tengkawan, Sk Teris & SMTAI

20 April : SK Padang Setebu & SK Kuala Jenderis

Kebanyakan sekolah ini mempunyai bilangan murid yang tidak ramai.  Namun MBC disambut hangat oleh warga sekolah dan beberapa aktiviti telah diadakan selain jualan buku.

PELANCARAN BUKU BARU DI SMK JALAN BUKIT

17.1.17

Buku Memoir Seorang Budak Kampung: Dari Bunut Susu ke Victoria Institution
Haji Wan Johari Wan Daud

Disempurnakan oleh Ybrs Puan PK1 SMK Jalan Bukit

SELAMAT TAHUN BARU 2017

BELI BUKU DAPAT TOYS

toys1 toys2 toys3 toys4 toys5 toys6 toys7 toys8 toys9 toys10 toys11 toys12 toys13 toys14 toys15 toys16