MBC DI HULU TERENGGANU
SUDAH lama sekolah-sekolah di Hulu Terengganu berminat untuk menjemput MBC. Walau bagaimanapun kerapkali tarikh yang mereka perlukan tidak bertepatan dengan masa MBC. Kini MBC Terengganu sudah ditubuhkan. Setakat ini MBC Terengganu sudah perli ke Dungun, Kuala Terengganu, Marang, Besut dan kini ke Hulu Terengganu pula.
Sebanyak tujuh (7) buah sekolah telah menerima kunjungan MBC:-
17 April: SK Binjai Kertas
18 April: SMK Matang
19 April: SK Tengkawan, Sk Teris & SMTAI
20 April : SK Padang Setebu & SK Kuala Jenderis
Kebanyakan sekolah ini mempunyai bilangan murid yang tidak ramai. Namun MBC disambut hangat oleh warga sekolah dan beberapa aktiviti telah diadakan selain jualan buku.