August, 2014
now browsing by month
APA KATA MEREKA – AISHAH YAZID
AISHAH YAZID:
kami menyokong usaha kedai buku bergerak sebegini. Bersama individu hebat yang mengasaskan budaya membaca di jalanan. Jemput like dan sokongan page mobilebookcafe. “Never trust anyone who has not brought a book with them.” ― Lemony Snicket, Horseradish
JOM AMAL JARIAH BUKU
KAMI dari MBC telah pergi ke beberapa buah sekolah rendah di Lembah Kelang dan Seremban. Kami pergi membawa buku yang difikirkan sesuai sebagai bahan bacaan untuk pelajar. Buku cerita, buku umum dan buku komik yang kami bawa semuanya mempunyai tatabahasa dan ejaan BM yang betul dan baik. Ia tidak akan merosakkan bahasa pelajar, malahan insyaallah akan meningkatkan penguasaan BM mereka.
Dalam setiap sekolah yang kami pergi ada pelbagai peristiwa dan kisah yang berlaku.
1) Buku hilang. Bila balik ke ofis, kami kira stok buku berbanding dengan yang terjual, sah ada buku yang hilang. Kami kira sedekah sahajalah untyuk budak-budak. Tidak banyak mana pun.
2) Tidak Cukup Duit. Ada pelajar yang bawa duit tidak cukup. Misalnya duit dibawa RM10 untuk membeli buku RM12. Biasanya kami beri sahaja buku mengikut banyak mana duit yang mereka ada. Ada kalanya pelajar ini berkeras, tidak akan menerima walau 10 sen pun pemberian. Mungkin emak mereka sudah pesan begitu.
3) Minat Dengan Buku dan Tidak Ada Duit. Ada juga pelajar yang nampaknya sangat minat dengan buku, namun tidak bawa/tidak ada duit. Dari riak wajah mereka, kami dapat baca minat dan kedudukan mereka. Jika 3 hari kami di sekolah, 3 hari jugalah mereka datang melihat itu dan ini. Ada kalanya bertanya itu dan ini.
4) Tidak Minat Buku. Ada pelajar yang memang tidak minat buku walaupun mereka ada duit.
Ada pelajar yang mencari buku RM1 atau RM2. Itu sahaja duit yang mereka ada. Itu buat kami terharu sebab buku jenis itu tidak banyak. Kami takut untuk bawa buku yang tidak berkualiti.
Menyedari hakikat ini, seorang pembaca kami telah menyerahkan sejumlah wang dan berazam untuk membuat serahan tetap secara bulanan kepada kami. Tujuannya supaya kami beli buku dan cari pelajar yang tidak mampu. Berikan mereka hadiah buku. Mudah-mudahan mereka akan mendapat menafaat dan penderma akan mendapat kemenafaatan yang berterusan jua. Terima kasih Puan. Semoga Allah memberkati Puan.
Di sini kami ingin buka peluang kepada semua untuk bersama-sama kami membuat kerja amal.
1). Tuan/puan dermakan duit
2). Kami beli/bawa buku
3). Kami cari (melaluin pemerhatian/guru sekolah) murid yang tidak mampu
4). Kami serahkan buku kepada murid/melalui sekolah.
Semoga usaha kecil ini akan dapat dimenafaatkan sepenuhnya oleh pemberi dan penerima.
Bank: Maybank: 562414501375 (Tomodachi Sdn Bhd)
e-mel: sales@tomodachi.my
Terima kasih.
INGIN MENJEMPUT MOBILEBOOKCAFE (MBC) KE TEMPAT ANDA ?
MobileBookCafe
MBC boleh hadir ke tempat anda sekiranya diberikan kebenaran atau dijemput.
Q: Bagaimana menjemput MobileBookCafe?
A: Hantar emel kepada info@mobilebookcafe.com
MBC di Sekolah.
Q: Di manakah lokasi untuk MBC beroperasi?
A: Sekolah, universiti, tadika, pejabat kerajaan/swasta, taman perumahan, kawasan lapang dll.
Program Murid Bersama Penulis
Q: Bagi program di sekolah, adakah pihak kami dikenakan secarang caj?
A: Kehadiran kami ke sekolah adalah secara percuma. Malahan kami akan hadiahkan buku-buku untuk kegunaan sekolah/Pusat Sumber bernilai RM300 bagi setiap sekolah. Selain itu, kami juga akan membawa bersama kami penulis/editor/pelukis untuk memberi taklimat/ceramah/tandatangan buku bersama murid/pihak sekolah.
Penulis menandatangan Buku
MBC Best !!!