JOM AMAL JARIAH BUKU

 

KAMI dari MBC telah pergi ke beberapa buah sekolah rendah di Lembah Kelang dan Seremban. Kami pergi membawa buku yang difikirkan sesuai sebagai bahan bacaan untuk pelajar. Buku cerita, buku umum dan buku komik yang kami bawa semuanya mempunyai tatabahasa dan ejaan BM yang betul dan baik. Ia tidak akan merosakkan bahasa pelajar, malahan insyaallah akan meningkatkan penguasaan BM mereka.

Dalam setiap sekolah yang kami pergi ada pelbagai peristiwa dan kisah yang berlaku.

 

IMG_3812

1) Buku hilang. Bila balik ke ofis, kami kira stok buku berbanding dengan yang terjual, sah ada buku yang hilang. Kami kira sedekah sahajalah untyuk budak-budak. Tidak banyak mana pun.

 

2) Tidak Cukup Duit. Ada pelajar yang bawa duit tidak cukup. Misalnya duit dibawa RM10 untuk membeli buku RM12. Biasanya kami beri sahaja buku mengikut banyak mana duit yang mereka ada. Ada kalanya pelajar ini berkeras, tidak akan menerima walau 10 sen pun pemberian. Mungkin emak mereka sudah pesan begitu.

3) Minat Dengan Buku dan Tidak Ada Duit. Ada juga pelajar yang nampaknya sangat minat dengan buku, namun tidak bawa/tidak ada duit. Dari riak wajah mereka, kami dapat baca minat dan kedudukan mereka. Jika 3 hari kami di sekolah, 3 hari jugalah mereka datang melihat itu dan ini. Ada kalanya bertanya itu dan ini.

4) Tidak Minat Buku. Ada pelajar yang memang tidak minat buku walaupun mereka ada duit.

IMG_3818

Ada pelajar yang mencari buku RM1 atau RM2. Itu sahaja duit yang mereka ada. Itu buat kami terharu sebab buku jenis itu tidak banyak. Kami takut untuk bawa buku yang tidak berkualiti.

IMG_3970

Menyedari hakikat ini, seorang pembaca kami telah menyerahkan sejumlah wang dan berazam untuk membuat serahan tetap secara bulanan kepada kami. Tujuannya supaya kami beli buku dan cari pelajar yang tidak mampu. Berikan mereka hadiah buku. Mudah-mudahan mereka akan mendapat menafaat dan penderma akan mendapat kemenafaatan yang berterusan jua. Terima kasih Puan. Semoga Allah memberkati Puan.

IMG_3962

Di sini kami ingin buka peluang kepada semua untuk bersama-sama kami membuat kerja amal.

1). Tuan/puan dermakan duit

2). Kami beli/bawa buku

3). Kami cari (melaluin pemerhatian/guru sekolah) murid yang tidak mampu

4). Kami serahkan buku kepada murid/melalui sekolah.

 

Semoga usaha kecil ini akan dapat dimenafaatkan sepenuhnya oleh pemberi dan penerima.

 

Bank: Maybank: 562414501375 (Tomodachi Sdn Bhd)

e-mel: sales@tomodachi.my

Terima kasih.

 

 

 

 

 

4 Comments to JOM AMAL JARIAH BUKU

  1. rozana binti mat jana says:

    boleh saya tau adakah mobilebookcafe turut datang ke sekolah di negeri kedah?

    • mbc-admin says:

      YA jika permintaan ada 3 atau lebih sekolah yang berdekatan.
      Kami boleh pergi seminggu untuk 3 sekolah ini.
      Ia menjimatkan kos kami.

      terima kasih.’

  2. rozana binti mat jana says:

    boleh saya tau adakah mobilebookcafe turut ke sekolah negeri kedah?

    • mbc-admin says:

      YA jika permintaan ada 3 atau lebih sekolah yang berdekatan.
      Kami boleh pergi seminggu untuk 3 sekolah ini.
      Ia menjimatkan kos kami.

      terima kasih.’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.