February, 2015
now browsing by month
PEMBICARA atau PENGULAS BUKU
Selama ini MBC membawa penulis Ke Sekolah untuk berbicara mengenai buku mereka kepada murid Sekolah.
Tadi kami dapat idea baharu. Katanya Di USA pembicara buku buka nya penulis sendiri, tetapi mereka yang mengkhususkan dalam bidangnya.
Idea tersebut memang bagus. Sebabnya penulis biasanya sibuk, mempunyai Kerjaya ataupun kurang petah Berbicara.
Ada sesiapa yang berminat?
KIRA-KIRA DAN BERKIRA
SETAKAT ini MBC hanya ambil/beli buku dari TIGA buah penerbit sahaja. Penerbit keempat mungkin tidak jadi ambil disebabkan beberapa faktor.
MBC sedang berkira-kira untuk hanya mengambil buku dari SATU penerbit sahaja. Ya, sedang berkira-kira. Berikut adalah sifir kira-kiranya:-
Penerbit Pertama: Consigment dengan 3x%. Untuk dapatkan buku SANGAT sukar. Perlu hantar emel. Disusuli dengan whatsapp dan telefon. Pergi tunggu di stor. Ada kalanya dapat buku. Ada kalanya dapat buku yang tidak ditempah. Di kala lain pula kita tempah sikit, diberinya banyak.
Penerbit sediakan flyers dan bunting. Mereka juga sediakan penulis sebagai penceramah.
Penerbit Kedua: Belian 4x%. Boleh tukar buku. Untuk beli buku, pergi ke kedai buku. PIlih buku dan bayar mengikut diskaun yang telah ditetapkan. Jika hantar emel pun mereka terima juga. Pergi kedai ambil sahaja buku. Jika tidak mahu datang kedai, mereka boleh pos buku (perlu bayar harga pos). Pendek kata tiap-tiap hari kerja pun boleh ambil buku. Buku mereka laku pula.
Penerbit Ketiga: Consigment 4x%. Tunai 4y%. Buku penulis 5x%. Mahu beli/ambil buku, tulis emel. Bila siap mereka beritahu dan pergi ambil di stor. Penerbit ini sudah janji untuk sediakan flyers.
Berdasarkan kira-kira ini, kami masih belum boleh buat keputusan lagi. Bagaimana ya?.
CORETAN MBC
1. MobileBookCafe (MBC) ialah sebuah Kedai Buku Bergerak dan bukan Perpustakaan Bergerak.
2. Mengapa BookCafe?. Mana Cafenya?:
Kami mengusahakan kafe-buku. Dalam kafe kami ada buku.
Walau bagaimanapun sesekali kami sediakan KOPI juga…
3. Mengapa MBC tidak datang apabila kami jemput?
Kami tidak boleh datang ke semua tempat. Kami perlu pilihan. Biasanya kami akan datang ke tempat yang kami boleh buat aktiviti mengenai buku. Pengalaman menunjukkan kami tidak boleh datang sekadar menompang aktiviti pihak lain.
JADUAL BULAN MAC 2015
MAC 2015
1. Buku & Bazaar
2-3. SK Bandar Seri Putra
4.
5-6, SK Setia Alam
9-13. SMK TTDI Jaya
15-21: CUTI SEKOLAH
22.
23. Methodist Girl School
24. SK Kg Belukar
25. SMK SG. Soi
26.SK Wira
27.SK Panching
30. SMK Sunway
31. SK Taman Kepong