KIRA-KIRA DAN BERKIRA

SETAKAT ini MBC hanya ambil/beli buku dari TIGA buah penerbit sahaja. Penerbit keempat mungkin tidak jadi ambil disebabkan beberapa faktor.

MBC sedang berkira-kira untuk hanya mengambil buku dari SATU penerbit sahaja. Ya, sedang berkira-kira. Berikut adalah sifir kira-kiranya:-

Penerbit Pertama: Consigment dengan 3x%. Untuk dapatkan buku SANGAT sukar. Perlu hantar emel. Disusuli dengan whatsapp dan telefon. Pergi tunggu di stor. Ada kalanya dapat buku. Ada kalanya dapat buku yang tidak ditempah. Di kala lain pula kita tempah sikit, diberinya banyak.

Penerbit sediakan flyers dan bunting. Mereka juga sediakan penulis sebagai penceramah.

Penerbit Kedua: Belian 4x%. Boleh tukar buku. Untuk beli buku, pergi ke kedai buku. PIlih buku dan bayar mengikut diskaun yang telah ditetapkan. Jika hantar emel pun mereka terima juga. Pergi kedai ambil sahaja buku. Jika tidak mahu datang kedai, mereka boleh pos buku (perlu bayar harga pos). Pendek kata tiap-tiap hari kerja pun boleh ambil buku. Buku mereka laku pula.

Penerbit Ketiga: Consigment 4x%. Tunai 4y%. Buku penulis 5x%. Mahu beli/ambil buku, tulis emel. Bila siap mereka beritahu dan pergi ambil di stor. Penerbit ini sudah janji untuk sediakan flyers.

 

Berdasarkan kira-kira ini, kami masih belum boleh buat keputusan lagi. Bagaimana ya?.

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.