Mobile Book Café Tarikan Sejak 2014
Oleh: Theebba Tamilcheluan
Kajang, 29 Mei – Mobile Book Café (MBC) atau lebih dikenali sebagai kedai buku bergerak yang diusahakan oleh usahawan berjaya, Muhammad Ali dan Azam Nor telah genap 2 tahun pelaksanaannya.
Menurut Muhammad Ali, van bergerak ini mampu memuatkan buku sebanyak 1,000 naskah di atas rak, sementara 1,500 naskah lagi stok disimpan di bahagian dalam van pada satu-satu masa.
“Pelbagai jenis ataupun genre buku dijual oleh Mobilebookcafe. Antaranya ialah buku ilmiah, novel, karya sastera, komik serta buku agama”.
Penguin Books di Amerika Syarikat telah menjadi sumber inspirasi kepada Muhammad Ali dalam menubuhkan kedai buku bergerak versinya.
“Pelajar sekolah sering menjadi tumpuan utama sasaran utama kami semasa menjalankan jualan buku kerana mereka lebih menyukai novel-novel serta komik yang kami sediakan. Oleh itu, kami ada sediakan diskaun buat pelajar yang ingin menggunakan servis kami.”
Selain mengadakan aktiviti jualan buku, MBC juga menawarkan perkhidmatan perpustakaan mini bagi pengunjung malah menawarkan suasana membaca yang seakan-akan seperti berada di sebuah café lengkap dengan pekerja yang berpakaian apron.
“Walau bagaimanapun, kami tidak menyediakan perkhidmatan meminjam buku tetapi mengalakkan mereka membaca buku di tempat berkenaan. Hal tersebut dapat memupuk amalan membaca dalam kalangan masyarakat.
Biasanya kawasan tempat letak kereta, pasar tani, dan karnival akan sering dijadikan sebagai lokasi MBC,” katanya.