MBC: KEDAI BUKU BERGERAK PERTAMA DI MALAYSIA

Buat pertama kalinya, sewaktu di dalam perjalanan ke pejabat pagi tadi, Farah terserempak dengan kedai buku bergerak yang diberikan nama Mobile Bookcafe ni… Ada sesiapa yang pernah terserempak, pernah membeli buku di Mobile Bookcafe??? Farah tak pernah…Jujur ni jujur… Tetapi sebenarnya Mobile Bookcafe bukanlah satu perkara baru di Malaysia… Sedari tahun 2014 lagi dah wujud sebenarnya… Itupun bila Farah menggali informasi daripada sumber di SINI.
 
Menurut sumber, Mobile Bookcafe ini adalah ibarat mini perpustakaan bergerak. Van bergerak ini mampu memuatkan sebanyak 1,000 naskhah di atas rak, sementara 1,500 naskhah lagi stok yang disimpan di dalam bahagian van pada satu-satu masa. Pelbagai genre buku turut dijual oleh Mobile Bookcafe, antaranya buku ilmiah, novel, masakan, karya sastera, komik mahupun buku agama. Ianya dimiliki oleh En. Muhammad Ali dan Muhammad Azam Nor Anwar. Dan Mobile Bookcafe ini adalah diinspirasikan daripada kedai buku bergerak milik Penguin Books di Amerika Syarikat.
Menurut En. Muhammad, pada asalnya beliau ingin membuka kedai buku, namun kerana kos menyewa bangunan yang terlalu tinggi menyebabkan dia terpaksa mengubah niat asalnya itu dan akhirnya mendapat idea untuk mewujudkan kedai buku bergerak seperti yang ada sekarang.
Sumber dari SINI : Pemilik Mobile Bookcafe
Berdasarkan artikel, berdasarkan “survey” yang dijalankan pihak Mobile Bookcafe memperoleh jualan yang memberangsangkan di kawasan seperti Puncak Alam, Selangor dan Kulim, Kedah. Lokasinya kebiasaannya adalah di kawasan pasar tani, tempat letak kereta, karnival mahupun berhampiran perpustakaan.
Mudah kan??? Bila ada kedai buku bergerak macam ni??? Haaa, tiada alasan lagi malas nak ke kedai buku, ataupun nak malas membaca, sehingga ke muka pintu pun tidak mustahil Mobile Bookcafe ini boleh beroperasi. Yang jadi Farah lebih-lebih teruja dan suka adalah kerana ianya diusahakan oleh bumiputera sendiri. Mestilah kita harus menyokong usaha-usaha yang positif sebegini kan???
Untuk pembacaan lanjut mengenai Mobile Bookcafe ini di dalam laman web yang lain boleh merujuk kepada SINIdan SINI. Dan boleh juga melawat ke Laman Facebook Rasmi Mobile Bookcafe untuk maklumat yang selanjutnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.