MISI MERDEKA MBC
MISI MERDEKA bersama MobileBookCafe sepanjang Ogos dan September 2018. Cikgu jemput, kami datang. Kawasan sasaran ialah Lembah Kelang, N.9, Melaka,Perak, Kedah. Negeri lain boleh dipertimbangkan jika permintaan mencukupi.
Kami sedialan aktiviti Treasure hunt merdeka, Kraf Merdeka, Sesi bercerita Merdeka, Mewarna Merdeka, Bengkel Buku Merdeka, Merdeka Fashion Show.
Kedatangan MBC bersama maskot dan dengan truk buku dan tanpa truk buku. Sila whatsapp no tertera. Terima kasih
SK KEPONG, KUALA TERENGGANU
- SK Kepong buat jemputan untuk MBC Terengganu pada 6 Jun 2018. Disebabkan hal yang tidak dapat dielakkan, saya dari MBC HQ hadir hari ini 30 Jun ke sekolah tersebut.
- Sebenarnya sudah lama saya sendiri tidak pergi ke sekolah buat jualan. Travel dari Kajang ke Terengganu sebelah petang, saya berhenti menginap di Raub. Meninggalkan buku untuk Agen yang buat jualan di Raub. Pagi-pagi lagi saya dan Faiz menuju ke Terengganu. Tiba sahaja sempat solat Jumaat.
- Sabtu pagi kami menemui MBC Terengganu untuk ambil semua baki buku. Ini adalah kerana MBC Terengganu ingin menamatkan khidmat dengan kami atas masalah-masalah tertentu. Kini kami mencari agen atau rakan niaga baru di terengganu.
- Selesai mengambil buku, kami mengira buku di Pantai Batu Burok. Selesai menhgira kami luch tepi pantai dan selepas itu chack-in di TH Hotel & Convention center.
- Sebelah malamnya ada jamuan makan malam ke-45 SESMA. Sekolah saya 45 tahun yang lalu. Turut hadir YAB Menteri Besar Terengganu yang juga bersekolah di situ.
- Pagi-pagi lagi kami telah tiba di SK Kepong. Tunggu di luar pagar sehingga dibenarkan masuk oleh pihak sekolah.
- Rombongan kami, saya dan maskit diiringi oleh pasukan kompang masuk ke dewan. Duduk di kerusi VIP diikuti nyanyian dan ucapan-ucapan serta beryukar-tukar cenderamata.
- Selesai perhimpunan, pelajar naik ke kelas dan kami set meja jualan. GPK dan GPM turut sama melayani kami. Mereka bersama kami seharian. Wah bertuah betul kami. Lepas itu dijamu keropok lekor dan nasi kerabu pula.
- Murid datang kelas demi kelas ke jualan kami dan setiap kelas pasti ada yang membeli. Bukan sedikit, tapi ramai dan banyak. Mereka bawa duit raya, cikgu kata. BAnyak buku yang kami bawa habis terjual dan bersepah di atas meja. Ia adalah fenomina biasa. Dari situ timbul idea untuk penggunaan bakul supaya buku tidak bersepah dan plastk alas buku supaya buku kebih kemas tersusun. Lain kali. Alhamdulillah, jualan sangat memberangsangkan.
- Ikuti foto-foto yang dirakam sendiri oleh GPK untuk tatapan semua …
PENDPATAN KEDAI BUKU MEROSOT
[Disalin Dari FB Tuan Hasri Hassan – Kota Buku]
Bacaan pagi minggu.
Pendapatan kedai buku Barnes & Noble di Amerika Syarikat merosot 11 tahun berturut-turut. Sebenarnya trend ini bukan datang tiba-tiba. Sahamnya juga telah jatuh 8% dan hilang nilai saham kira-kira 1 billion dolar. Apakah 600 cawangan B&N akan lenyap?
Kini setiap 2 buku yang terjual di Amerika Syarikat, 1 buku dibeli melalui amazon. Namun begitu kedai buku online bukan semata-mata solusinya. Amazon juga bukan kedai buku online semata-mata.
Pembaca dan pelanggan gaya hidup sudah bercampur gaul. Kedai buku bakal bertukar menjadi kedai gaya hidup dengan sudut mainan serta kedai kopi hipster dan jangkaan saya personal shopper semakin meningkat serta kelab-kelab buku yang mengkhusus akan wujud.
https://www.theguardian.com/books/2018/may/12/barnes-noble-bookstores-retail-amazon
SEBUTHARGA BUKU DBP MURAH !!!
Disertakan sebutharga NOvel-novel DBP. Ia sesuai untuk SMK. HArga istimewa cuma RM120 sahaja untuk 20 naskah termasuk belanja pos di Semenanjung dan RM100.00 tidak termasuk pos di Sabah/Sarawak. Bayaran gunakan LO boleh diterima.
|
|
|||||
TOMODACHI SDN. BHD. (980465-K) | ||||||
B21-3A, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral, 43000 Kajang, Selangor. | ||||||
Tel/Fax: 03-87417610. H/p: 019-3887659. E-Mel: sales@tomodachi.my | ||||||
TO: | QUOTATION | |||||
Ref. Quotation No | 20180504-1 | |||||
Date | ||||||
Payment Method : | ||||||
Cash | ||||||
Cheque | ||||||
Online Transfer | ||||||
ITEM | PARTICULARS | KUANTITI | HARGA ASAL(RM) | HARGA DISKAUN (RM) |
ASAL | ||||
1 | APABILA ALAM BERBICARA | 1 | 20.00 | 8.00 |
2 | CINTA ALHAMBRA | 1 | 17.00 | 8.00 |
3 | DAYANG TALUS | 1 | 10.80 | 8.00 |
4 | GADIS VOKASIONAL | 1 | 17.80 | 8.00 |
5 | GELANGGANG TUK WALI | 1 | 16.00 | 8.00 |
6 | JERIJI KASIH | 1 | 20.00 | 8.00 |
7 | KABUS DI PERBUKITAN | 1 | 20.00 | 8.00 |
8 | KEMBARA DISTONIA | 1 | 19.80 | 8.00 |
9 | KOCAK AIR DI PENGKALAN | 1 | 20.00 | 8.00 |
10 | KUSEBUT NAMAMU SELALU | 1 | 25.00 | 8.00 |
11 | MAWAR BERDURI HARUM KASTURI | 1 | 30.00 | 8.00 |
12 | MEMORI ANAK KAMPUNG | 1 | 12.00 | 8.00 |
13 | MENGGAPAI PUNCAK | 1 | 20.00 | 8.00 |
14 | MURNI | 1 | 8.00 | 8.00 |
15 | NERAKA PULAU HANTU | 1 | 11.80 | 8.00 |
16 | OK OK | 1 | 15.00 | 8.00 |
17 | PANTAI KEBENARAN | 1 | 8.00 | 8.00 |
18 | RAHSIA MALAM MERDEKA | 1 | 25.00 | 8.00 |
19 | SEHELAI DAUN YANG GUGUR | 1 | 18.00 | 8.00 |
20 | TIADA PENYESALAN DI SINI | 1 | 12.00 | 8.00 |
TOTAL | 346.20 | 160.00 | ||
JUMLAH BAYARAN : RM160.00 | ||||
RINGGIT MALAYSIA SATU RATUS ENAM PULUH SAHAJA. | ||||
Payment to TOMODACHI SDN. BHD. Maybank Account No. 5624-1450-1375 | ||||
GST Registration No. 001725583360 | ||||
Goods Sold Are Not Returnable. Thank you for your business! | ||||
LADAP GURU-GURU SELANGOR KE OSAKA, JEPUN
- Cikgu Mazlina minta saya buatkan pakej ke Jepun dengan perbelanjaan keseluruhan tidak melebihi RM3,500. Saya cuba buat pengiraan, lihat sebutharga, pergi MATTA. Umumnya pakej ke Jepun adalah antara RM5k ke RM6k.
- Semasa Cikgu Mazlina menunaikan fardhu Haji di Mekah, saya iklankan keperluan tersebut dalam Facebook. Hasilnya saya memperolehi beberapa sebutharga. Saya pilih satu dan cuba pergi bersama mereka pada bulan Februari 2018. Menarik, berpengetahuan luas, peka dan berkeyakinan. Saya pilih operator ini untuk grup Cikgu Mazlina.
- Berikut adalah itinerari bagi 42 orang guru ini
- Kami hidangkan foto – Biarlah gambar berbicara:-
ITINERARI LADAP KE OSAKA-KOBE-KYOTO UNTUK GURU SELANGOR
HARI PERTAMA (Jumaat – 27 April 2018)
– Tiba di Kansai International Airport, Osaka (15:25 pm)
– Airport transfer ke hotel penginapan (17:00 pm)
– Daftar masuk penginapan – Rehat
HARI KEDUA (Sabtu – 28 April 2017)
– Lawatan ke Osaka Castle (08:00 am)
– Lawatan ke Tempozan (makan & menaiki Giant Ferris Wheel & Santa Maria Cruz)
– Lawatan ke Umeda Sky Building (Solat di JR Osaka Station)
– Kembali ke hotel penginapan & rehat
HARI KETIGA (Ahad – 29 April 2017)
– Lawatan ke Disaster Reduction and Human Renovation Institution, Kobe (08:00 am)
– Kembali ke Namba, Osaka (makan dan solat)
– Lawatan ke Namba, Dotonbori & Shinsaibashi
– Kembali ke hotel penginapan & rehat
HARI KEEMPAT (Isnin – 30 April 2018)
– Lawatan ke Gion, Kyoto (08:00 am)
– Lawatan ke Arashiyama Togetsukyo Bridge, Kyoto
– Lawatan ke Arashiyama Hutan Buluh, Kyoto
– Kembali ke hotel penginapan & rehat
HARI KELIMA (Selasa – 01 Mei 2018)
– Daftar keluar penginapan (07.30 am)
– Letak bagasi di hotel penginapan
– Bertolak ke Maishima Sludge Center (08:00 am)
– Lawatan ke Maishima Sludge Center (13:00 pm)
– Airport transfer ke Kansai International Airport, Osaka (18:00 pm)
– Berlepas ke Kuala Lumpur (22:00 pm)
*RM1990 ground utk Japanese Hotel
*RM2990 ground untuk Western Hotel