NAIK TURUN MBC
MobileBookCafe (MBC) seboleh mungkin tidak mahu menyusahkan pelanggan. Maksudnya kami tidak perlukan permohonan melalui surat dan sebagainya. Memadailah hanya dengan emel, SMS atau WhatsApp sahaja. Walau bagaimanapun kadang-kala perkara begini disalahertikan oleh pelanggan kami. Berikut kami senaraikan beberapa peristiwa yang menimpa kami:-
1. Surat rasmi dikemukakan oleh pelanggan kami memohon untuk menjemput MBC hadir ke tempat mereka. Kami setuju dan menjawab surat tersebut (melalui emel). Apabila tiba harinya, kami tiba di tempat yang telah dipersetujui. Tidak ada seorangpun pegawai di sana mengetahui akan aktiviti yang bakal dijalankan pada hari tersebut. Pegawai yang menandatangani surat buat kerja luar dan tidak meninggalkan sebarang pesanan kepada pegawai lain. Setelah kami buat panggilan, dikatakan MBC tidak membuat pengesahan kehadiran. Kami serik dengan pelanggan begini.
2. Kami terima surat jemputan untuk hadir selama empat (4) hari di tempat mereka. Memandangkan kami ada program lain, kami bersetuju untuk hadir dua (2) hari terakhir sahaja. Mereka bersetuju. Sehari sebelum tarikhnya, mereka menghantar “peringatan mesra”. Ini menunjukkan keperihatinan mereka. Bila kami tiba di tempat kejadian, tidak ada mana-mana pihak sedang menjual buku (sepatutnya ia adalah hari ke-3). Bila kami bertanya, seorang pegawai memberitahu bahawa yang lain semuanya sudah pulang. Ini suatu petanda bahawa penjualan tidak bagus atau yang seerti dengannya.
Memang ternyata jualan tidak bagus kerana pihak yang menjemput tidak memaklumkan kepada pelajar akan kehadiran kami.
3. Pihak sekolah menjemput kami dengan menghantar surat rasmi. KAmi bersetuju untuk hadir walaupun bilangan pelajar tidak seberapa dan sekolahnya beratus KM dari tempat kami. Setelah berlaku kebocoran jertas peperiksaan UPSR, maka peperikaan ulangan UPSR perlu dilakukan. Tarikh UPSR adalah tarikh kami sepatutnya ke sana. Kami hubungi cikgu bertanyakan perkara ini. Tiada jawapan. Akhirnya kami memutuskan unytuk tidak hadir kerana memang tidak munasabah untuk menjual buku semasa UPSR. Pihak sekolah tidak memberi sebarang maklumbalas hingga kini.
4. Akibat UPSR juga, tarikh kami ke sebebuah sekolah di utara terpaksa ditangguhkan. Hingga kini tiada berita. Ada kemungkinan kami tidak lagi ke situ.
5. Hari ini kami terima lagi pembatalan acara yang sepatutnya berlangsung esok. Mengapa perkara begini boleh terjadi?. Pihak sekolah harus ingat, persediaan di pihak kami bukan sedikit. Ia melibatkan banyak pihak lain. Penerbit dan Penulis yang telah kami tempah perlu kami hubungi semula dan memohon maaf. B-E-R-A-P-A B-A-N-Y-A-K P-U-N-Y-A M-A-A-F DAA….
KESIMPULAN
MBC perlu lebih profesional. Lebih memilih. Lebih berhati-hati.