IPD AMPANG
Jumaat lepas (19 Sept) kami ke IPD Ampang atas jemputan dari PERKEP. Jemputan dari 10am hingga 5pm. Kami tiba seawal 9am, sekadar untuk meninjau lokasi. Guard yang menjada balai tidak tahu menahu akan adanya acara PERKEP. Walau bagaimanapun mereka menunjukkan arah ke Rumah PERKEP.
Kami pergi minum dahulu sementara menunggu masa. Setelah jam 10.15, kami bergerak ke Rumah PERKEP dan ke sebuah dewan yang semuanya kosong. Tempat parking kami juga tidak disediakan seperti mana lazimnya.
Di dewan terbuka ini, seorang ibu dan tiga orang anaknya sudah menunggu untuk menghadiri bengkel lukisan dan mewarna yang dianjurkan oleh kami bersama Uneh. Ibu ini juga telah ke rumah PERKEP dan pegawai di sana tidak tahu menahu mengenai jualan buku oleh MBC.
Demi untuk tidak menghampakan mereka, Uneh meneruskan sesi lukisan dengan mereka anak beranak.
Nasib baik dekat, bolehlah kami balik sahaja jika begini keadaannya. Jika jauh dan di luar daerah, masak jadinya…