INFO

now browsing by category

 

PERPUSTAKAAN VAN

Sebelum ini, kita melawat Perpustakaan Teksi kepunyaan pasangan suami isteri Mehdi dan Sarvenaz Yazdany di Tehran, Iran; kali ini kita melawat pula perpustakaan van yang beroperasi di Lisbon, Portugal.

Perpustakaan van yang dikenali dengan nama Tell A Story ini beroperasi sepanjang tahun di kota Lisbon sejak bulan Jun 2013. Ia dipandu oleh Francisco Antolin yang mewujudkan perpustakaan van ini hasil cetusan idea rakan beliau iaitu Domingos Cruz dan Joao Correia. Koleksi-koleksi buku yang terdapat didalam perpustakaan van ini adalah koleksi buku sastera klasik Portugis yang telah diterjemah kedalam pelbagai bahasa seperti bahasa Inggeris dan Itali.

Namun begitu jika anda tidak berpeluang untuk ke Lisbon, anda boleh juga mengunjungi lori milik Muhammad Azam Nor Anwar yang ditukar menjadi sebuah kedai buku bergerak yang dikenali dengan nama Mobile Book Cafe.

Walaupun ia berfungsi sebagai sebuah kedai buku bergerak, para pengunjungnya juga boleh membaca buku-buku yang terdapat di kedai buku bergerak ini dengan percuma sambil duduk berehat meminum kopi organik yang turut disediakan secara percuma.

Setakat ini, kedai buku bergerak ini boleh dijumpai di acara-acara buku yang diadakan disekitar Lembah Kelang. Untuk maklumat lanjut mengenai Mobile Book Cafe, anda klik di pautan INI .

***

Sumber: Ozy / Mobile Book Cafe
Sumber gambar: Flippies / Inhabitat / Mobile Book Cafe

MBC: KEDAI BUKU BERGERAK PERTAMA DI MALAYSIA

Buat pertama kalinya, sewaktu di dalam perjalanan ke pejabat pagi tadi, Farah terserempak dengan kedai buku bergerak yang diberikan nama Mobile Bookcafe ni… Ada sesiapa yang pernah terserempak, pernah membeli buku di Mobile Bookcafe??? Farah tak pernah…Jujur ni jujur… Tetapi sebenarnya Mobile Bookcafe bukanlah satu perkara baru di Malaysia… Sedari tahun 2014 lagi dah wujud sebenarnya… Itupun bila Farah menggali informasi daripada sumber di SINI.
 
Menurut sumber, Mobile Bookcafe ini adalah ibarat mini perpustakaan bergerak. Van bergerak ini mampu memuatkan sebanyak 1,000 naskhah di atas rak, sementara 1,500 naskhah lagi stok yang disimpan di dalam bahagian van pada satu-satu masa. Pelbagai genre buku turut dijual oleh Mobile Bookcafe, antaranya buku ilmiah, novel, masakan, karya sastera, komik mahupun buku agama. Ianya dimiliki oleh En. Muhammad Ali dan Muhammad Azam Nor Anwar. Dan Mobile Bookcafe ini adalah diinspirasikan daripada kedai buku bergerak milik Penguin Books di Amerika Syarikat.
Menurut En. Muhammad, pada asalnya beliau ingin membuka kedai buku, namun kerana kos menyewa bangunan yang terlalu tinggi menyebabkan dia terpaksa mengubah niat asalnya itu dan akhirnya mendapat idea untuk mewujudkan kedai buku bergerak seperti yang ada sekarang.
Sumber dari SINI : Pemilik Mobile Bookcafe
Berdasarkan artikel, berdasarkan “survey” yang dijalankan pihak Mobile Bookcafe memperoleh jualan yang memberangsangkan di kawasan seperti Puncak Alam, Selangor dan Kulim, Kedah. Lokasinya kebiasaannya adalah di kawasan pasar tani, tempat letak kereta, karnival mahupun berhampiran perpustakaan.
Mudah kan??? Bila ada kedai buku bergerak macam ni??? Haaa, tiada alasan lagi malas nak ke kedai buku, ataupun nak malas membaca, sehingga ke muka pintu pun tidak mustahil Mobile Bookcafe ini boleh beroperasi. Yang jadi Farah lebih-lebih teruja dan suka adalah kerana ianya diusahakan oleh bumiputera sendiri. Mestilah kita harus menyokong usaha-usaha yang positif sebegini kan???
Untuk pembacaan lanjut mengenai Mobile Bookcafe ini di dalam laman web yang lain boleh merujuk kepada SINIdan SINI. Dan boleh juga melawat ke Laman Facebook Rasmi Mobile Bookcafe untuk maklumat yang selanjutnya.

PERPUSTAKAAN BERGERAK

Perpustakaan Bergerak (PB) boleh dikatakan terdapat di setiap negeri. Malahan di daerah dan juga di peringkat majli bandaran juga terdapat perpustakaan bergerak.

Pokoknya, bagaimana boleh kita tingkatkan minat membaca?. Bolehkan Kedai Buku Bergerak (KBB) menjadi rakan kepada PB untuk meningkatkan minat membaca?.

perpustakaan-penang perpustakaan-kemaman3 perpustakaan-kemaman4 perpustakaan-kemaman1 perpustakaan-kemaman2

perpustakaan-sabah2 perpustakaan-perlis perpustakaan-penang2 perpustakaan-melaka perpustakaan-selangor

perpustakaan-sarawak2 perpustakaan-internetDBKL perpustakaan-sarawak perpustakaan-sabah perpustakaan-perak2 perpustakaan-kedah perpustakaan-kedah2

 

WAKAF BUKU

mba-mbc-meeting

IDEA atau ilham boleh datang dalam pelbagai bentuk dan melalui pelbagai arah. Idea tidak boleh dituntut sebagai hakcipta atau paten selagi ia tidak tulis atau dibuat. Idea tinggal idea.

Kita biasa dengar dan lihat aktiviti wakaf al-Quran kan?. Kerap kali saya lihat di pasaraya atau pasar tani sebagai biasa sahaja. Ia tidak mendatangkan apa-apa idea kepada saya. Namun semalam, dalam mesyuarat Pengusaha MBC, perkara ini diusulkan. Ya, ia memang masuk akal. Ia serampang banyak mata. Maka selepas ini MBC akan laksanakan skim atau aktiviti wakaf alQuran ini.

Wakaf Buku

Buku juga boleh diwakafkan. Ia tidak bermaksud berikan buku terpakai atau yang tidak diperlukan kepada pihak lain. Paling elok untuk dihadiah atau diwakafkan ialah apa-apa yang kita sayangi, bukan yang ingin kita buang. OK … bila MBC pergi ke sekolah-sekolah, kerapkali murid minat kepada buku-buku mahal yang tidak mampu bilik. Kerap kali juga perpustakaan sekolahpun tidak mempunyai bajet yang mencukupi untuk membeli buku jenis ini. Jadi…. MBC akan menggerakkan jentera “Wakaf Buku” untuk sekolah dan pihak-pihak yang memerlukan. Bermula dengan 10 sen, ia boleh diwakafkan. Menarik bukan?.

Alumni

Jika kami mempunyai masa yang panjang, sebelum ke sekolah, kami akan war-warkan kepada orang ramai, khususnya alumni sekolah tersebut. Jika ada yang berminat untuk wakaf buku, dengan cara mengirimkan duit kepada MBC untuk dibelikan buku dan dihadiahkan kepada sekolahnya. Ini projek Wakaf Alumni kami.

Screen Shot 2016-05-01 at 3.53.35 PM

MBC yang ke-8.

Sekian.

 

UNEH MELUKIS

https://www.youtube.com/watch?v=9w-CgRICzC4

SHOOPKEEPER STORIES

BUSINESS MODEL

 

“The book trade has suffered from old business models where you take things on consignment and the distributor gives you about 30% of the net profit. You don’t have to pay anything till you sell something. This has always been the model as there is little risk: you don’t have to come up with the money first. However, a small bookshop like ours will never get the traffic and sales volume as bigger bookshops, so we decided to buy the books, but asked the supplier for 40% instead of 30% per book.

Once we buy the books, not everything will sell—there are hits and misses—but it puts you in the mode of selling. We are very pressurized to sell because it is ours and we can’t return it, so it forces you to be committed to the titles, display them, and use promotions. We try not to shelve all the books: we have them facing outwards for a more visual experience.

We are always looking for titles that are meaningful and worthwhile, and then hope everything sells; after all, we can’t return them, no way.”

[SOURCE]: https://shopkeeperstories.com/2015/12/16/books-actually/

 

MBC: DUA TAHUN SUDAH BERLALU

KAMI bermula awal 2014 dan dapat beroperasi sekitar Julai. Pada tahun pertama operasi, saya bersama Azam pergi ke semua sekolah. Pada 2015 kami dapat seorang pembantu dan saya sudah jarang ke sekolah. Tugas saya ialah mendapatkan sekolah. Dua tahun beroperasi dengan sebuah kenderaan dan pada pertengahan 2015 kami mempunyai sebuah pejabat.

KINI 2016. Dari hanya sebuah kenderaan, kini kami bergerak dengan LIMA (5) buah. Tambahan setiap satu di Selangor/WP, Kedah, Perak dan Johor.  Setiap cawangan ini dikendalikan oleh dua orang staf. Hari ini kami dapat seorang lagi pembantu yang mempunyai GDL.

Ini bermakna, pada 2016 ini saya terpaksa bekerja 5X GANDA. Mampukah saya bekerja 5X ganda dari tahun lepas?. Rasa-rasanya tidak mungkin …. oleh itu saya perlu mencari pegawai yang boleh bekerja bagi pihak saya, atau seperti saya jika tidak lebih baik. Siapakah yang saya mahu cari?. Individu yang boleh bekerja dan bertidak seperti seorang CEO. Jika tidak pun seperti COO. Ganjarannya? ….. Boleh minta seberapa banyak yang anda mahu.

Tidak mahu? …

IMG_3169

 

MEMBACA MEMPERKASAKAN MINDA

MULA-MULA saya rasa sangsi dengan ungkapan “Membaca Memperkasakan Minda” ini. Entah ia betul, entah tidak. Jika salah, malulah…. apatah lagi jika ditegur oleh DBP.  Namun setelah saya google ungkapan ini, terdapat puluhan keputusan mengenainya. Pelbagai foto dan cerita mengenai ungkapan ini. Rupa-rupanya ungkapan “membaca memperkasakan minda” atau “membaca memberdayakan pikiran” dalam bahasa Indonesia ini adalah merupakan tema bulan membaca beberapa tahun yang lampau.

Kami kongsikan petikan instagram mengenai tema ini untuk semua.

 

Screen Shot 2016-01-01 at 6.48.17 AM Screen Shot 2016-01-01 at 6.47.52 AM Screen Shot 2016-01-01 at 6.47.33 AM Screen Shot 2016-01-01 at 6.47.17 AM Screen Shot 2016-01-01 at 6.46.48 AM Screen Shot 2016-01-01 at 6.46.21 AM Screen Shot 2016-01-01 at 6.45.51 AM Screen Shot 2016-01-01 at 6.45.27 AM Screen Shot 2016-01-01 at 6.45.00 AM Screen Shot 2016-01-01 at 6.44.14 AM Screen Shot 2016-01-01 at 6.43.37 AM Screen Shot 2016-01-01 at 6.43.03 AM Screen Shot 2016-01-01 at 6.42.35 AM Screen Shot 2016-01-01 at 6.42.11 AM

 

MBC BUAT JUALAN BUKU DI HOTEL

Screen Shot 2015-12-09 at 8.25.37 PM

Map Life is beautiful

Jumaat (11hb) hingga Ahad (12hb) ini MBC akan berada di The Place, One City, Jalan USJ 25/1, 47650 Subang Jaya. dari 11 hingga 13 Disember 2015 (Jumaat-Ahad).11am-10pm.

Kami menyertai BOOK FAIR anjuran hotel tersebut. Jom jumpa di sana.

PRESTASI MBC SEBELUM DAN SELEPAS

Screen Shot 2015-12-08 at 9.51.01 PMSEBELUM

Screen Shot 2015-12-08 at 9.51.44 PMSELEPAS

SELEPAS fail-fail grafik dikecilkan, nampaknya prestasi MBC bertambah baik.