SUMBANGAN FLYERS KEPADA MBC

 

flyers school lastik MBC 2015

MBC hanya menjual buku-buku PTS, ITBM dan Karangkraf yang terpilih sahaja. Ke mana-mana kami pergi, buku-buku PTS memang laku. Memandangkan diskaun yang bagus dan buku yang laris, sebenarnya MBC boleh menjual buku-buku PTS sahaja. Ini suatu pertimbangan bisnes yang perlu ditimbangkan dengan serius.

 

KARANGKRAF

Buku-buku Karangkraf pula kurang laris di sekolah. Murid sekolah tidak kenal buku-buku Karangkraf. Mereka tidak tahu siapa penulis dari Karangkraf. Karangkraf juga tidak mepunyai duta atau ikon untuk diperkenal dan dipopularkan di sekolah.

Akhirnya pihak pengurusan Karangkraf bersetuju dengan cadangan supaya flyers disediakan dan dibekalkan kepada guru dan murid di sekolah-sekolah yang bakal kami lawati. Perubahan drastik berlaku. Buku-buku Karangkraf menjadi sangat laris. Namun pertimbangan serius perlu dibuat supaya stok buku yang tercatat dalam flyers adalah mencukupi.

 

ITBM

Buku ITBM memang tersangat perlahan jualannya di sekolah. Pada pengamatan kami, ia disebabkan oleh harganya agak mahal bagi pasaran sekolah. Setelah ujikaji pertama berjaya, kami menguji dengan ITBM pula. Kami buatkan 10,000 flyers dan bawa buku yang mencukupi. Ternyata ia sangat laris.

catalog buku SR ITBM1 catalog buku SR ITBM2

Kini kami telah mengenalpasti bagaimana ingin melariskan jualan di sekolah.

– Menjual hanya di sekolah yang ramai pelajarnya (sekitar 1,000 pelajar)

– Jangan menjual hanya sehari.

– Flyers perlu diedarkan sebelum hari kejadian

– Jangan kedekut untuk menderma atau memberi hadiah

– (ada beberapa lagi yang sedang diuji).

 

 

Sehingga kini kami belum mengeluarkan flyers PTS, namun bukunya tetap laku. Ini tengtu ada faktor lain yang masih tersembunyi …

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.