JELAJAH UTARA II

 

KAMI berkira-kita untuk ke Utara pada bulan Syawal yang lepas selepas pertemuan dengan ITBM. Ia itu sempena Sidang Kemuncak Penulis Malaysia (SKPM) di Jitra. BAgi tujuan itu, kami carikan beberapa sekolah untuk kami lawati sebelum dan selepas SKPM.

Cadangan ini naik-turun dan turun-naik kerana tidak mendapat sekolah yang bersesuaian untuk kami lawati. Akhirmya setelah mendapat tawaran untuk hadir ke SKPM melalui telefon daripada ITBM, kami nekad untuk ke Utara lagi.

SMK Langgar

IMG_6882

IMG_6883

Hari Peladang & Penternak Negeri Kedah

IMG_6921

Pada hari cuti Deepavali, MBC ke Hari Peladang dan Penternak Negeri Kedah (HPPNK). Alhamdulillah urusan dipermudahkan. Terima kasih kepada pegawai UPEN Negeri Kedah yang memberi kebenaran kepada MBC untuk masuk dan berniaga di sebelah pentas utama tanpa bayaran. Syukur ke hadratNya kerana hasil jualan di sini melebihi kutipan selama dua hari di SMKL.

Penulis Tanpa Buku

IMG_6949

Pada hari Khamis, MBC sekali lagi berada di SMKL kerana “mengiringin” penulis Pitteriah Abdullah menemui pelajar. Di sini berlaku sedikit salah-urus di antara MNBC dengan penerbit. Tidak ada satu pun buku Pitteriah Abdullah yang diberikan kepada MBC. Apa nak buat?. Sudah tentu penulis, guru, murid dan MBC kecewa dengan apa yang terjadi.

Sidang Kemuncak Penulis Malaysia (SKPM)

IMG_7067

IMG_7068 IMG_7069

IMG_7074

IMG_7077

Di SKPM jualan buku tidaklah begitu laris. Kami cuba jual t-shirt “I’M A WRITER”. Ia juga tidak laris. Kami perlu lebih promosi… Walau bagaimanapun tujuan kami ke SKPM bukanlah untuk menjual, tetapi untuk membuat networking.

1. Ada penulis yang beli buku sendiri dari MBC kerana penerbit tidak memberikan naskah percuma.

2. Ada profesor tersohor datang bertanya khabar dan membeli novel yang beliau ulas.

3. Dari empat Sastrawan Negara (SN) yang hadir SKPM, SN Muhammad Hj. Salleh telah singgah di MBC, ambil foto seterusnya bersembang dengan kami. Beliau berikan beberapa idea untuk menceriakan lagi MBC. Insyaallah kami akan usahakan dalam masa yang terdekat ini.

4. MBC ditemuramah oleh Sabah Borneo. Jika sesiapa dari Sabah yang terbaca artikel/ceritanya, mohon snap dan hantar kepada kami ya…. (info@mobilebookcafe.com).

Sekolah Rendah Islam Nurul Hidayah (SRINH), Kulim

Pada hari Ahad, awal-awal pagi lagi kami meninggalkan Kelab DarulAman, Jitra menuju ke Kulim. Kami berjanji untuk tiba jam 9am di sekolah dan tepat 9am, Cikgu Nozie telah PM kami bertanyakan kalau-kalau kami tersesat jalan. Kami jawab “10 minit lagi kami sampai”. Rupa-rupanya jalan yang disyorkan oleh Waze untuk ke SRINH sangat mencabar. Jalannya sangat sempit, dalam kawasan kampung. Mustahil untuk dilalui jika bertembung dengan kereta lain di perjalanan. Kami redah juga dan akhirnya nampaklah bangunan yang tersergah indah SRINH. Bangunan yang paling besar, paling cantik, paling indah di sini kerana yang lainnya semua rumah-rumah kampung.

IMG_7125 IMG_7126 IMG_7128

Di pagar ratusan murid sudah menunggu kami. Mereka terpaksa disuraikan oleh guru bagi membolehkan kami masuk dan meletak MBC untuk beroperasi.

IMG_7138 IMG_7139 IMG_7140 IMG_7141 IMG_7144

IMG_7155

Apa yang budak dua beradik ini cari? ….. Running Man !

IMG_7157 IMG_7158

Kami sangat teruja dengan pelajar2 SRINH ini. Tidak pernah berlaku di sekolah lain di amna mereka meminta bisnes kad kami.

“Nak buat apa”?.

“Nanti senang nak telefon”.

“Kamu ada telefon ka?”.

“Tak ada, nanti dah kerja boleh telefon”.

“Nak beri emak, nak suruh mak telefon”

“Mak kerja apa?”
“Mak kerja biasa saja, makan gaji”

Sungguh mengujakan…… kami berikan sahaja apa yang terdaya. Mereka gembira, kami happy.

IMG_7161

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Norzie Abu Bakar dan seluruh guru dan warga SRINH atas layanan baik mereka selama kami di sana. Alhamdulillah.

 

p.s Kami mahu datang lagi ke SRINH dan sekolah di sekitar tahun hadapan jika dijemput.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.