SK SERI BINTANG SELATAN BERSAMA PENULIS

MBC ke SK Seri Bintang Selatan, KL selama tiga hari. Hari pertama kami bawa maskot sebagai gimik untuk perasmian NILAM mereka. Ia diikuti dengan penambilan Puan Nor Azimah (Kak Dee) penulis MBC bersama kanak-kanak bercerita mengenai buku-bukunya.

Sesi Bercerita Hari ini bersama Norazimah Abu Bakar.
1. Kisah Si Anak Rusa
2. Buku Puisi Nenda

Hari kedua, murid-murid tahap dua diserikan dengan kehadiran Ana Balqis, juga penulis MBC yang bercerita mengenai novel Janji Juma.

Hari ketiga hanya jualan.

Kesemuanya PERCUMA tanpa satu sen pun duit dibelanjakan oleh pihak sekolah. Kami gembira, sekolah selesa dan murid-murid suka.

 

*Berbanyak-banyak terima kasih Kak Dee & Ana Balqis.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *