September, 2014

now browsing by month

 

IPD AMPANG

 

Jumaat lepas (19 Sept) kami ke IPD Ampang atas jemputan dari PERKEP. Jemputan dari 10am hingga 5pm. Kami tiba seawal 9am, sekadar untuk meninjau lokasi. Guard yang menjada balai tidak tahu menahu akan adanya acara PERKEP. Walau bagaimanapun mereka menunjukkan arah ke Rumah PERKEP.

Kami pergi minum dahulu sementara menunggu masa. Setelah jam 10.15, kami bergerak ke Rumah PERKEP dan ke sebuah dewan yang semuanya kosong. Tempat parking kami juga tidak disediakan seperti mana lazimnya.

Di dewan terbuka ini, seorang ibu dan tiga orang anaknya sudah menunggu untuk menghadiri bengkel lukisan dan mewarna yang dianjurkan oleh kami bersama Uneh. Ibu ini juga telah ke rumah PERKEP dan pegawai di sana tidak tahu menahu mengenai jualan buku oleh MBC.

Demi untuk tidak menghampakan mereka, Uneh meneruskan sesi lukisan dengan mereka anak beranak.

IMG_5463 IMG_5465 IMG_5466 IMG_5467 IMG_5468

Nasib baik dekat, bolehlah kami balik sahaja jika begini keadaannya. Jika jauh dan di luar daerah, masak jadinya…

 

 

JADUAL SEPTEMBER

Screen Shot 2014-09-14 at 10.52.01 AM

Bagi bulan September ini, jadual kami telah hampir penuh (kecuali semasa cuti sekolahyang bermula sekarang).

19hb – IPD Ampang
22-23 hb kami akan ke SK Convent Teluk Intan.
– Aktiviti Haiku
– Aktiviti Penulisan (ada penulis mahu ikut?)
– Derma buku dari Alumni Purita’79 kepada SM Convent

25-26hb ke Politeknik Merlimau, Melaka

29/9 – 1/10: SK Sendayan, NS.
-Aktiviti Haiku
-Aktiviti Penulisan (Ada penulis mahu ikut?)

JEMPUTAN DI LUAR LEMBAH KLANG

MBC_Ayer_Kroh

Kami menerima banyak jemputan di luar Lembah Klang.

Bagi destinasi yang berhampiran, sekitar 100km kami boleh pergi sekiranya kami tidak ada program lain.

Penilaian lain yang kami ambil kira sebelum menerima atau menolak permohonan di luar Lembah Klang ialah:-

1. Kos pengangkutan/tol/penginapan tim kami

2. Bilangan peserta (bakal pembeli) di tempat yang dimaksudkan

 

Bagi maksud ini, bagi sekolah yang ingin menjemput MBC, sekiranya sebuah sekolah dengan bilangan pelajar melebihi 2,000 orang, terutamanya sekolah rendah, maka kami bolehlah mempertimbangkan untuk pergi. Bagi bilangan pelajar yang sedikit, katakan 500 orang, pihak sekolah boleh sahaja bergabung dengan sekolah lain yang berdekatan. Kami boleh pergi ke sebuah sekolah 1 hari dan hari berikutnya ke sekolah lain yang berhampiran.

 

p.s Kami ingin membangunkan tim jualan di luar Lembah Klang, jika boleh satu tim bagi setiap negeri. Jika berminat bolehlah hubungi kami di sini, di FB atau emel info@mobilebookcafe.com