KISAH
now browsing by category
CIKGU KAMIL
SEMALAM berlangsung sesi mitivasi 5A untuk pelajar tahun 6 bersama ibu-bapa SK SG. Rokam, Ipoh. Ia disampaikan oleh Cikgu Kamil, seorang motivator dan penulis buku “anag genius” dan “kek online”.
MobileBookCafe menyertai Cikgu Kamil bagi menjual buku-buku beliau di samping buku-buku lain. Sambutan amat menggalakkan.
Bunting Cikgu Kamil yg disediakan oleh Penerbit, Karangkraf.
Cikgu Kamil sedang autograf buku
Suasana dalam dewan. MOtivasi sedang dijalankan
Cikgu Kamil in action
Ibu bapa juga turut hadir bersama anak mereka
Pastikan kamu dapat 5A ya…
Salah seorang PIBG sekolah bersama famili.
Cikgu Kamil belanja kami makan di SG. Rokam.
4 CONVENT
MBC ke 4 buah sekolah convent secara berturutan.
1. SK Convent 1 Kelang
2. SK Convent 2 Kelang
3.SMK Convent Btu Pahat
4. SK Convent Teluk Intan
Sekolah Convent tidak ramai pelajarnya. Walau bagaimanapun kuasa beli mereka adalah tinggi.
1. SK Convent 1 Kelang
– Majlis diserikan oleh Novelis Sri Diah dan tim Karangkraf. Tuan Latfy (Dr Bubbles) juga turut hadir. Mascot SuperSquad hadir memeriahkan majlis.
2. SK Convent 2 Kelang
-Sesi menjual sahaja tanpa aktiviti
–> Dari segi jualan, SK1 dan SK2 adalah SAMA sahaja.
3. SMK Convent Batu Pahat
-Majlis diserikan dengan kehadiran 3 orang penulis (Dr.Noor Hayati Yasmin – Mudahnya Tulis Buku), Cik Norsa’adah (Kewangan Islam) dan Ayu Darlu (Apa Cer).
4. SK Convent Teluk Intan
-Kehadiran motivator Cikgu Kamil (Anag Genious) dan MbA San (Haiku).
SK BANGSAR
PROGRAM di SK Bangsar berlangsung selama dua hari, ia itu pada 4 dan 5 November (Selasa & Rabu). Berkebetulan pula pada kedua-dua hari tersebut merupakan Hari Sukan Sekolah. Murid-murid tidak masuk ke kelas dan mana-mana murid yang melintasi kawasan MBC, itu sahajalah yang singgah.
Lokasi hari pertama. Agak jauh dari kawasan murid.
Ramai kembar di sekolah ini. Kembar ini selalu datang melihat buku dan ajak kami bersembang. Maklumlah mereka tidak bersukan.
Dia suka buku ini, tapi tidak bawa duit.
Murid pra-sekolah diperkenalkan dengan buku
Mengerumuni MBC
Kerumun lagi.
Hari pertama aktivitinya ialah melukis bersama Uneh. Hari kedua bercerita mengenai buku Dr Bubbles oleh pelukis sirinya En Latfy
Pertama kali MBC terima cenderamata begini dai pihak sekolah.
Hari kedua kami berubah lokasi.
Memang POWER punya kerumun….
Terima SK Bangsar.
SK TAMAN SRI ANDALAS
HARI ini MobileBookCafe ke SK Taman SRi Andalas, Kelang. Ia sempena program Amalthon PIBG.
Biasanya kami tidak akan pergi ke “hari kantin”, “hari sukan”, “hari PIBG” atau yang bersamaan dengannya. Ini adalah kerana program tidak fokus kepada buku. Seboleh-bolehnya kami ingin buat aktiviti sendiri, ia itu yang berkaitan dengan buku dan bukan turut serta sebagai “artis” jemputan dalam program yang dianjurkan oleh pihak lain.
Walau bagaimanapun SKT Sri Andalas adalah berbeza sama sekali … Kami bukan hanya datang dengan buku, malahan kami bawa mascot SuperSquad juga … Ternyata program Amalthon SKTSA sangat meriah …. ada penyanyi, ada artis, clown, mascot dan banyak lagi …
Senamrobik.
Mascot mempromosi Novel Meja 17
Suasana
Clown juga ada.
Mascot atas pentas
Cikgu Aidilfitri yang berjaya menjemput kami hadir nampaknya gembira dengan mascot dan MBC.
Kanak2 tidak lepaskan peluang bergambar dengan mascot …
JELAJAH UTARA II
KAMI berkira-kita untuk ke Utara pada bulan Syawal yang lepas selepas pertemuan dengan ITBM. Ia itu sempena Sidang Kemuncak Penulis Malaysia (SKPM) di Jitra. BAgi tujuan itu, kami carikan beberapa sekolah untuk kami lawati sebelum dan selepas SKPM.
Cadangan ini naik-turun dan turun-naik kerana tidak mendapat sekolah yang bersesuaian untuk kami lawati. Akhirmya setelah mendapat tawaran untuk hadir ke SKPM melalui telefon daripada ITBM, kami nekad untuk ke Utara lagi.
SMK Langgar
Hari Peladang & Penternak Negeri Kedah
Pada hari cuti Deepavali, MBC ke Hari Peladang dan Penternak Negeri Kedah (HPPNK). Alhamdulillah urusan dipermudahkan. Terima kasih kepada pegawai UPEN Negeri Kedah yang memberi kebenaran kepada MBC untuk masuk dan berniaga di sebelah pentas utama tanpa bayaran. Syukur ke hadratNya kerana hasil jualan di sini melebihi kutipan selama dua hari di SMKL.
Penulis Tanpa Buku
Pada hari Khamis, MBC sekali lagi berada di SMKL kerana “mengiringin” penulis Pitteriah Abdullah menemui pelajar. Di sini berlaku sedikit salah-urus di antara MNBC dengan penerbit. Tidak ada satu pun buku Pitteriah Abdullah yang diberikan kepada MBC. Apa nak buat?. Sudah tentu penulis, guru, murid dan MBC kecewa dengan apa yang terjadi.
Sidang Kemuncak Penulis Malaysia (SKPM)
Di SKPM jualan buku tidaklah begitu laris. Kami cuba jual t-shirt “I’M A WRITER”. Ia juga tidak laris. Kami perlu lebih promosi… Walau bagaimanapun tujuan kami ke SKPM bukanlah untuk menjual, tetapi untuk membuat networking.
1. Ada penulis yang beli buku sendiri dari MBC kerana penerbit tidak memberikan naskah percuma.
2. Ada profesor tersohor datang bertanya khabar dan membeli novel yang beliau ulas.
3. Dari empat Sastrawan Negara (SN) yang hadir SKPM, SN Muhammad Hj. Salleh telah singgah di MBC, ambil foto seterusnya bersembang dengan kami. Beliau berikan beberapa idea untuk menceriakan lagi MBC. Insyaallah kami akan usahakan dalam masa yang terdekat ini.
4. MBC ditemuramah oleh Sabah Borneo. Jika sesiapa dari Sabah yang terbaca artikel/ceritanya, mohon snap dan hantar kepada kami ya…. (info@mobilebookcafe.com).
Sekolah Rendah Islam Nurul Hidayah (SRINH), Kulim
Pada hari Ahad, awal-awal pagi lagi kami meninggalkan Kelab DarulAman, Jitra menuju ke Kulim. Kami berjanji untuk tiba jam 9am di sekolah dan tepat 9am, Cikgu Nozie telah PM kami bertanyakan kalau-kalau kami tersesat jalan. Kami jawab “10 minit lagi kami sampai”. Rupa-rupanya jalan yang disyorkan oleh Waze untuk ke SRINH sangat mencabar. Jalannya sangat sempit, dalam kawasan kampung. Mustahil untuk dilalui jika bertembung dengan kereta lain di perjalanan. Kami redah juga dan akhirnya nampaklah bangunan yang tersergah indah SRINH. Bangunan yang paling besar, paling cantik, paling indah di sini kerana yang lainnya semua rumah-rumah kampung.
Di pagar ratusan murid sudah menunggu kami. Mereka terpaksa disuraikan oleh guru bagi membolehkan kami masuk dan meletak MBC untuk beroperasi.
Apa yang budak dua beradik ini cari? ….. Running Man !
Kami sangat teruja dengan pelajar2 SRINH ini. Tidak pernah berlaku di sekolah lain di amna mereka meminta bisnes kad kami.
“Nak buat apa”?.
“Nanti senang nak telefon”.
“Kamu ada telefon ka?”.
“Tak ada, nanti dah kerja boleh telefon”.
“Nak beri emak, nak suruh mak telefon”
“Mak kerja apa?”
“Mak kerja biasa saja, makan gaji”
Sungguh mengujakan…… kami berikan sahaja apa yang terdaya. Mereka gembira, kami happy.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Norzie Abu Bakar dan seluruh guru dan warga SRINH atas layanan baik mereka selama kami di sana. Alhamdulillah.
p.s Kami mahu datang lagi ke SRINH dan sekolah di sekitar tahun hadapan jika dijemput.
PROGRAM PERKHIDMATAN BERGERAK PROGRAM MOBILE COMMUNITY TRANSFORMATION CENTRE (MOBILE CTC) SEMPENA PROGRAM MESRA RAKYAT PERINGKAT DAERAH KULIM.
PERTAMA kali kami memohon untuk hadir menjual buku di karnival 1Pesara di MAEPS. Jualan tidak begitu bagus, tetapi sesi networking memang cantik… Di antaranya ialah saya berjumpa dengan rakan-rakan seuniversiti (yang akan bersara) buat pertama kalinya semenjak keluar universiti. Kami juga menerima kunjungan dari pelakon dan peramugari dalam aktiviti kami berikutnya hasil networking di MAEPS. Lebih bagusnya ialah apabila MoF menjemput kami ke acara di Kulim.
Progra CTC dalam mesra rakyat ini merupakan buat julung-julung kalinya pihak persendirian dijemput hadir. Kamilah itu…. Pihak lain semuanya agensi kerajaan. Tentu istimewa kan!.
Terasa suasana kampungnya…
Staf Perbadanan Menteri Besar.
MB mana? …
Memberi lebih baik…
Menompang glamor belon van lain …
Tidak begitu meriah, tetapi bolehlah…
DUTA MBC
JIKA Cikgu Lim adalah cukgu PSS terbaik (setakat ini), maka Cikgu Rozette Rozana Mat Jana pula boleh dianggap sebagai duta MBC.
Kami ke SK Tunas Jaya, Kulim Kedah pada 12 Okt 2014. Tarikh tersebut dipilih kerana ia adalah sehari selepas kami hadiri program PERKHIDMAT
Sama seperti Cikgu Lim ( http://mobilebookcafe.com/blog/?p=285 ), cikgu Rozzana melakukan perkara tambahan seperti berikut:
1. Pertemuan (dan breakfast) dengan Guru Besar
2. Sediakan e-poster sebelum hari kejadian
3. Keluar berita dalam akhbar tempatan selepas hari kejadian
4. Murid-murid sangat teratur …
ORANG BESAR YANG SINGGAH DI MBC
MBC telah hadir ke majlis Ketua Setiausaha Negara (KSN), Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Ketua Setiausaha (KSU), Ketua Pengarah (KP) d)an Naib Canselor (VC). Kami dijemput hadir dalam aktiviti yang mereka rasmikan.
Bila tiba masa mereka mengunjungi booth, kami bersedia, namun mereka tidak singgah di booth kami. Dari jauh kami pandang kami. Agaknya mereka nampak unik dan teringin mahu pergi. Walau bagaimanapun mereka terikat dengan tatacara dan aturcara. Saya pernah terdengar yang pihak penganjur tidak benarkan mereka ke booth kami, secara lembut dan penuh diplomasi mereka memberitahu “Tan Sri, lepas ini sini, lepas ini sini dulu…. “.
Setakat ini MBC mengucapkan jutaan terima kasih kepada KSU Kementerian Pertanian dan Asas Tani, Datuk Ariff. Beliau bukan sahaja datang ke booth kami, malahan bertanya khabar, bertanya itu ini, membuat syor dan beliau beli buku yang kami jual!. Seterusnya kepada KPKR (Ketua Pengarah Kerja Raya) dan selepas itu Naib Canselor Universiti Malaya (UM). Beliau banyak sekali memberi kata-kata semangat dan motivasi kepada usaha kami menjaja buku kepada pembaca/pembeli.
Esok kami ke karnival yang akan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar pula. Beliau memang suka buku dan minat membaca. Kita lihat bagaimana …
NOVEL TERPAKAI
KERAPKALI bila kami ke luar kota, ramai yang bertanya tentang buku MURAH atau buku TERPAKAI. Pada asalnya kami tidak berminat untuk membawa buku terpakai. Malahan buku yang kami bawa adalah yang TERBAHARU, ia itu terbitan 2014 atau akhir 2013 sahaja.
Walau bagaimanapun, menyedari hakikat bahawa bukan semua peminat buku mempunyai wang yang banyak, maka kami akur. Kami akan mula MEMBELI dan MENJUAL buku terpakai.
Hari Raya Haji ke-3, kami dapat lagi 350 nasakh novel terpakai:-