PROMOSI

now browsing by category

 

Kedai Buku Bergerak Pertama Di Malaysia : BERNAMA

Kedai Buku Bergerak Pertama Di Malaysia

 


Muhamad Ali berdiri di hadapan kedai buku bergeraknya. Foto Bernama
Oleh Kurniawati Kamarudin

KUALA LUMPUR (Bernama) — Kelibat van yang ditunggu- tunggu akhirnya tiba. Dari jauh jelas kelihatan padanan warna-warni terang hijau, oren dan kuning dengan tertera tulisan “Mobile Book Cafe” dan gambar buku menghiasi luar van.

Sebaik bahagian pintu belakang van dibuka, kelihatan tersusun cantik himpunan buku di atas ruang pameran yang diubahsuai. Semuanya untuk dijual kepada orang ramai terutama peminat buku.

Seorang pejalan kaki melihat buku yang ditawarkan Foto Bernama

Konsep kedai buku bergerak ini adalah yang pertama di Malaysia diusahakan oleh dua sahabat, Muhamad Ali, 50-an, dan Muhammad Azam Nor Anwar, 30-an.

TERCETUS IDEA

Beroperasi sepenuhnya sejak tiga bulan lepas, kedai buku bergerak yang dirancang sejak setahun lepas mengambil inspirasi daripada kedai buku bergerak milik Penguin Books di Amerika Syarikat.

Bercerita lanjut mengenai idea kedai buku bergerak itu, Muhammad Azam berkata sebaik mendapat idea itu, beliau terus menyuarakannya kepada Muhamad yang kebetulan mempunyai minat yang sama.

Mereka berkenalan sejak enam tahun lepas ketika Muhamad masih bertugas sebagai pegawai kerajaan di bahagian teknologi maklumat manakala Muhammad Azam bekerja di bahagian pembekalan teknologi maklumat di sebuah syarikat swasta.

“Saya memang berhasrat untuk berhenti kerja dan memulakan perniagaan yang berkonsepkan perniagaan bergerak. Macam-macam yang difikirkan, akhirnya saya memilih buku kerana buku tidak pernah basi selain minat kami berdua dalam bidang penulisan”, katanya kepada Bernama.

Muhamad, yang juga penulis buku, turut mengambil keputusan bersara setelah berkhidmat 30 tahun.

Mengambil masa lapan bulan untuk proses kelulusan dan pengubahsuaian, Muhammad Azam berkata pada peringkat awal beliau harus mencari van yang sesuai yang boleh digunakan bagi tujuan itu.

“Ada yang mencadangkan mengambil lori dan bas tapi kami mahukan kenderaan yang tidak terlalu besar kerana kami mengambil kira masalah logistik terutama tempat letak kenderaan”, katanya.

Setelah itu, baru mereka pergi ke pejabat Puspakom dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk kelulusan bagi pengubahsuaian dijadikan kedai bergerak.

Proses itu mengambil masa agak lama sekitar empat bulan, kerana menurut JPJ, pihaknya tidak mempunyai rekod meluluskan kedai buku bergerak sebelum ini.

“Jadi kalau mengikut rekod JPJ, kedai kami ini adalah kedai buku bergerak yang pertama diluluskan JPJ di Malaysia”, katanya.

PROSES UBAHSUAI

Tidak mahu dikatakan seperti perpustakaan bergerak, Muhammad Azam berkata mereka cuba untuk lari daripada bayangan itu dengan mereka bentuk sendiri ruang van berkonsepkan praktikal dan pelbagai guna.

Apabila hanya menggunakan van sebagai kedai, cabarannya ialah ruang yang terhad dan perlu digunakan semaksimum mungkin, katanya.

Selama sebulan dihantar untuk pengubahsuaian, van itu direalisasi mengikut apa yang diimpikan mereka selama ini.

Sebanyak 1,200 buah judul buku dapat diisi di ruang pameran selain 5,000 buah buku lagi boleh dimuatkan dalam van berkenaan.

“Kami belanjakan RM150,000 bagi keseluruhan kos kedai buku bergerak ini dengan separuh modal diperoleh melalui pinjaman bank”, katanya.

Buku-buku yang dibawa kebanyakannya diperoleh secara konsignasi dari syarikat penerbitan yang memberi kepercayaan selain ada yang dibeli sendiri.

“Kelebihan kami adalah Muhamad seorang penulis dan menghasilkan lima buah buku. Jadi beliau kenal syarikat-syarikat penerbitan. Ia memudahkan kami untuk mendapat konsignasi buku-buku terbitan mereka”, katanya, yang mengutamakan buku-buku keluaran penulis tempatan.

Buku-buku yang dijual juga ditapis dan mengutamakan buku-buku yang membina serta mematuhi syariat selain buku yang menggunakan bahasa yang standard.

“Bahan-bahan yang dijual mengguna tatabahasa yang betul termasuk komik-komik yang dijual. Ini secara tidak langsung bagi membantu meningkatkan tatabahasa terutama dalam kalangan pelajar sekolah”, katanya.

KHIDMAT SOSIAL MELALUI JUALAN BUKU

Mempunyai sasaran pasaran sendiri, kedai buku bergerak milik mereka memberi keutamaan untuk jualan di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi selain menyertai karnival jualan di sekitar Lembah Kelang.

Bukan itu sahaja, kadangkala kedai buku bergerak mereka akan berhenti di pasar-pasar tani yang menjadi tumpuan ramai.

“Kadangkala orang kita ni suka membaca tetapi malas hendak pergi ke kedai buku, jadi untuk galakkan budaya membaca itu, kami sendiri datang menemui mereka di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan ramai.

“Maklum balas yang kami terima setakat ini sangat baik terutama konsep yang kami bawa”, katanya.

Ujar beliau, mereka yang datang tidak semestinya membeli buku, sebaliknya ada yang hanya singgah untuk membaca buku-buku yang dipamerkan serta menikmati kopi panas yang disediakan.

Ini sebagai khidmat sosial mereka bagi memberi galakan kepada masyarakat untuk menjadikan membaca sebagai sebahagian budaya dalam kehidupan seharian.

Bagi mendekati pelajar-pelajar di sekolah dan institusi pengajian tinggi mereka bukan sekadar datang untuk menjual buku sebaliknya turut menyediakan bengkel-bengkel secara percuma.

“Program yang kami jalankan bergantung kepada pelajar-pelajar yang ada. Jika di sekolah rendah, biasanya kami bawa bengkel melukis dan menulis, sementara sekolah menengah kami bawa bengkel penulisan, bengkel puisi dan sajak bergantung kepada minat sekolah itu”, katanya.

Bukan sekadar tangkap muat, mereka bawakan pakar dalam bidang-bidang berkenaan bagi mengendalikan bengkel.

“Kami juga menyumbang buku kepada perpustakaan di sekolah yang kami lawati, sebagai menghargai dan tanda terima kasih menerima kehadiran kami”, katanya yang turut menjelajah ke beberapa buah sekolah dan insitusi pengajian tinggi negeri-negeri di selatan dan utara.

CABARAN DAN HARAPAN

Menjual buku secara bergerak mempunyai cabarannya sendiri terutama ketika berhadapan dengan cuaca hujan kerana buku sangat sensitif dengan air.

Muhammad Azam berkata setiap kali cuaca mendung, mereka akan bersiap sedia untuk menutup kedai dan menunggu di dalam van sehingga cerah kembali.

Namun cabaran yang paling utama ialah mendapatkan program-program terutama di sekolah-sekolah.

“Kerana itu kami harus kreatif untuk merencanakan program-program yang sesuai setiap kali turun membuat jualan. Jika van tidak bergerak bermakna tiada jualan boleh dibuat”, katanya yang berhasrat untuk memperluaskan lagi kedai bergerak mereka.

Mereka juga merancang membina rakan niaga di beberapa buah negeri dengan konsep dan nama yang sama terutama di bahagian selatan, utara Sabah dan Sarawak.

“Matlamat kami adalah membantu masyarakat menjadikan buku sebagai teman setia. Kita harus mencontohi budaya membaca di negara-negara maju seperti Jepun kerana dengan buku kita boleh menimba ilmu”, katanya.

— BERNAMA

 

Kedai Buku Bergerak: Utusan Malaysia 17/10/2014

 

Kedai buku bergerak

Konsep kedai buku bergerak yang diusahakan oleh dua sahabat, Muhamad Ali dan Muhammad Azam Nor Anwar yang beroperasi sepenuhnya sejak tiga bulan lepas.

Kelibat van yang ditunggu- tunggu akhirnya tiba. Dari jauh jelas kelihatan padanan warna-warni terang hijau, oren dan kuning dengan tertera tulisan “Mobile Book Cafe” dan gambar buku menghiasi luar van.

Sebaik bahagian pintu belakang van dibuka, kelihatan tersusun cantik himpunan buku di atas ruang pameran yang diubahsuai. Semuanya untuk dijual kepada orang ramai terutama peminat buku.

Konsep kedai buku bergerak ini adalah yang pertama di Malaysia diusahakan oleh dua sahabat, Muhamad Ali, 50-an, dan Muhammad Azam Nor Anwar, 30-an.

Beroperasi sepenuhnya sejak tiga bulan lepas, kedai buku bergerak yang dirancang sejak setahun lepas mengambil inspirasi daripada kedai buku bergerak milik Penguin Books di Amerika Syarikat.

Bercerita mengenai idea kedai buku bergerak itu, Muhammad Azam berkata sebaik mendapat idea itu, beliau terus menyuarakannya kepada Muhamad yang kebetulan mempunyai minat yang sama.

Mereka berkenalan sejak enam tahun lepas ketika Muhamad masih bertugas sebagai pegawai kerajaan di bahagian teknologi maklumat manakala Muhammad Azam bekerja di bahagian pembekalan teknologi maklumat di sebuah syarikat swasta.

“Saya memang berhasrat untuk berhenti kerja dan memulakan perniagaan yang berkonsepkan perniagaan bergerak. Macam-macam yang difikirkan, akhirnya saya memilih buku kerana buku tidak pernah basi selain minat kami berdua dalam bidang penulisan,” katanya kepada Bernama.

Muhamad, yang juga penulis buku, turut mengambil keputusan bersara setelah berkhidmat 30 tahun.

Mengambil masa lapan bulan untuk proses kelulusan dan pengubahsuaian, Muhammad Azam berkata pada peringkat awal beliau harus mencari van yang sesuai yang boleh digunakan bagi tujuan itu.

“Ada yang mencadangkan mengambil lori dan bas tapi kami mahukan kenderaan yang tidak terlalu besar kerana kami mengambil kira masalah logistik terutama tempat letak kenderaan,” katanya.

Setelah itu, baru mereka pergi ke pejabat Puspakom dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk kelulusan bagi pengubahsuaian dijadikan kedai bergerak.

Proses itu mengambil masa agak lama sekitar empat bulan, kerana menurut JPJ, mereka tidak mempunyai rekod meluluskan kedai buku bergerak sebelum ini.

“Jadi kalau mengikut rekod JPJ, kedai kami ini adalah kedai buku bergerak yang pertama diluluskan JPJ di Malaysia,” katanya.

Tidak mahu dikatakan seperti perpustakaan bergerak, Muhammad Azam berkata, mereka cuba lari daripada bayangan itu dengan mereka bentuk sendiri ruang van berkonsepkan praktikal dan pelbagai guna.

Apabila hanya menggunakan van sebagai kedai, cabarannya ialah ruang yang terhad dan perlu digunakan semaksimum mungkin, katanya.

Selama sebulan dihantar untuk pengubahsuaian, van itu direalisasi mengikut apa yang diimpikan mereka selama ini.

Sebanyak 1,200 buah judul buku dapat diisi di ruang pameran selain 5,000 buah buku lagi boleh dimuatkan dalam van berkenaan.

“Kami belanjakan RM150,000 bagi keseluruhan kos kedai buku bergerak ini dengan separuh modal diperoleh melalui pinjaman bank,” katanya.

Buku-buku yang dibawa kebanyakannya diperoleh secara dari syarikat penerbitan yang memberi kepercayaan selain ada yang dibeli sendiri.

“Kelebihan kami adalah Muhamad seorang penulis dan menghasilkan lima buah buku. Jadi beliau kenal syarikat-syarikat penerbitan. Ia memudahkan kami untuk mendapat buku-buku terbitan mereka,” katanya yang mengutamakan buku-buku keluaran penulis tempatan.

Buku-buku yang dijual juga ditapis dan mengutamakan buku-buku yang membina serta mematuhi syariat selain buku yang menggunakan bahasa yang standard.

khidmat sosial

Mempunyai sasaran pasaran sendiri, kedai buku bergerak milik mereka memberi keutamaan untuk jualan di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi selain menyertai karnival jualan di sekitar Lembah Kelang.

Bukan itu sahaja, kadangkala kedai buku bergerak mereka akan berhenti di pasar-pasar tani yang menjadi tumpuan ramai.

“Kadangkala orang kita suka membaca tetapi malas hendak pergi ke kedai buku, jadi untuk galakkan budaya membaca itu, kami sendiri datang menemui mereka di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan ramai.

“Maklum balas yang kami terima setakat ini sangat baik terutama konsep yang kami bawa,” katanya.

Ujar beliau, mereka yang datang tidak semestinya membeli buku, sebaliknya ada yang hanya singgah untuk membaca buku-buku yang dipamerkan serta menikmati kopi panas yang disediakan.

Ini sebagai khidmat sosial mereka bagi memberi galakan kepada masyarakat untuk menjadikan membaca sebagai sebahagian budaya dalam kehidupan seharian.

Bagi mendekati pelajar-pelajar di sekolah dan institusi pengajian tinggi mereka bukan sekadar datang untuk menjual buku sebaliknya turut menyediakan bengkel-bengkel secara percuma.

“Kami juga menyumbang buku kepada perpustakaan di sekolah yang kami lawati, sebagai menghargai dan tanda terima kasih menerima kehadiran kami,” katanya yang turut menjelajah ke beberapa buah sekolah dan insitusi pengajian tinggi negeri-negeri di selatan dan utara. – BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sastera/20141017/sa_01/Kedai-buku-bergerak#ixzz3GOxNfApy
© Utusan Melayu (M) Bhd

NOVEL BILA HATI BERBICARA DI TV3

[sumber]

http://infotaip.blogspot.com/2014/08/drama-bila-hati-berbicara-tv3.html

Dapatkan novelnya dari MobileBookCafe

Temui penulisnya di UIA, Kuantan pada 14 Oktober 2014

Tonton dramanya di TV3 mulai 28 Oktober 2014

 

Bila-Hati-Berbicara

Novel Bila Hati Berbicara

Atikah Suhaime Bila Hati Berbicara (2) (1) Bila Hati Berbicara (2) Bila Hati Berbicara drama Bila Hati Berbicara

 

ANTASYA BALQIS

14-15 Oktober MBC akan berada di UIA Kuantan. Novelis Antasya Balqis akan turut hadir berbicara pasal buku pada 14 Oktober.

Antasya Balkis

Berikut adalah novel-novel Antasya Balqis

1) Cinta Cinta (2007),

2) Bila Hati Berbicara (2007),

3) Rembulan Pujaan (2007),

4) September Yang Pertama (2011),

5) Memang Dah Jodoh (2012).

cinta-cinta AB_bilahatiberbicara AB_memang-dah-jodoh AB_rembulan pujaan AB_Septemberyangpertama

Bila Hati Berbicara (2007) telah diadaptasi ke drama TV dan bakal ditayangkan di slot Akasia di TV3 bermula 28 Oktober 2014.

Jom temui kami di UIA, Kuantan 14 Oktober ini.

 

JEMPUTAN DI LUAR LEMBAH KLANG

MBC_Ayer_Kroh

Kami menerima banyak jemputan di luar Lembah Klang.

Bagi destinasi yang berhampiran, sekitar 100km kami boleh pergi sekiranya kami tidak ada program lain.

Penilaian lain yang kami ambil kira sebelum menerima atau menolak permohonan di luar Lembah Klang ialah:-

1. Kos pengangkutan/tol/penginapan tim kami

2. Bilangan peserta (bakal pembeli) di tempat yang dimaksudkan

 

Bagi maksud ini, bagi sekolah yang ingin menjemput MBC, sekiranya sebuah sekolah dengan bilangan pelajar melebihi 2,000 orang, terutamanya sekolah rendah, maka kami bolehlah mempertimbangkan untuk pergi. Bagi bilangan pelajar yang sedikit, katakan 500 orang, pihak sekolah boleh sahaja bergabung dengan sekolah lain yang berdekatan. Kami boleh pergi ke sebuah sekolah 1 hari dan hari berikutnya ke sekolah lain yang berhampiran.

 

p.s Kami ingin membangunkan tim jualan di luar Lembah Klang, jika boleh satu tim bagi setiap negeri. Jika berminat bolehlah hubungi kami di sini, di FB atau emel info@mobilebookcafe.com

 

 

JOM AMAL JARIAH BUKU

 

KAMI dari MBC telah pergi ke beberapa buah sekolah rendah di Lembah Kelang dan Seremban. Kami pergi membawa buku yang difikirkan sesuai sebagai bahan bacaan untuk pelajar. Buku cerita, buku umum dan buku komik yang kami bawa semuanya mempunyai tatabahasa dan ejaan BM yang betul dan baik. Ia tidak akan merosakkan bahasa pelajar, malahan insyaallah akan meningkatkan penguasaan BM mereka.

Dalam setiap sekolah yang kami pergi ada pelbagai peristiwa dan kisah yang berlaku.

 

IMG_3812

1) Buku hilang. Bila balik ke ofis, kami kira stok buku berbanding dengan yang terjual, sah ada buku yang hilang. Kami kira sedekah sahajalah untyuk budak-budak. Tidak banyak mana pun.

 

2) Tidak Cukup Duit. Ada pelajar yang bawa duit tidak cukup. Misalnya duit dibawa RM10 untuk membeli buku RM12. Biasanya kami beri sahaja buku mengikut banyak mana duit yang mereka ada. Ada kalanya pelajar ini berkeras, tidak akan menerima walau 10 sen pun pemberian. Mungkin emak mereka sudah pesan begitu.

3) Minat Dengan Buku dan Tidak Ada Duit. Ada juga pelajar yang nampaknya sangat minat dengan buku, namun tidak bawa/tidak ada duit. Dari riak wajah mereka, kami dapat baca minat dan kedudukan mereka. Jika 3 hari kami di sekolah, 3 hari jugalah mereka datang melihat itu dan ini. Ada kalanya bertanya itu dan ini.

4) Tidak Minat Buku. Ada pelajar yang memang tidak minat buku walaupun mereka ada duit.

IMG_3818

Ada pelajar yang mencari buku RM1 atau RM2. Itu sahaja duit yang mereka ada. Itu buat kami terharu sebab buku jenis itu tidak banyak. Kami takut untuk bawa buku yang tidak berkualiti.

IMG_3970

Menyedari hakikat ini, seorang pembaca kami telah menyerahkan sejumlah wang dan berazam untuk membuat serahan tetap secara bulanan kepada kami. Tujuannya supaya kami beli buku dan cari pelajar yang tidak mampu. Berikan mereka hadiah buku. Mudah-mudahan mereka akan mendapat menafaat dan penderma akan mendapat kemenafaatan yang berterusan jua. Terima kasih Puan. Semoga Allah memberkati Puan.

IMG_3962

Di sini kami ingin buka peluang kepada semua untuk bersama-sama kami membuat kerja amal.

1). Tuan/puan dermakan duit

2). Kami beli/bawa buku

3). Kami cari (melaluin pemerhatian/guru sekolah) murid yang tidak mampu

4). Kami serahkan buku kepada murid/melalui sekolah.

 

Semoga usaha kecil ini akan dapat dimenafaatkan sepenuhnya oleh pemberi dan penerima.

 

Bank: Maybank: 562414501375 (Tomodachi Sdn Bhd)

e-mel: sales@tomodachi.my

Terima kasih.

 

 

 

 

 

INGIN MENJEMPUT MOBILEBOOKCAFE (MBC) KE TEMPAT ANDA ?

IMG_3788

MobileBookCafe

MBC boleh hadir ke tempat anda sekiranya diberikan kebenaran atau dijemput.

Q: Bagaimana menjemput MobileBookCafe?

A: Hantar emel kepada info@mobilebookcafe.com

IMG_3812

MBC di Sekolah.

Q: Di manakah lokasi untuk MBC beroperasi?

A: Sekolah, universiti, tadika, pejabat kerajaan/swasta, taman perumahan, kawasan lapang dll.

IMG_3802

Program Murid Bersama Penulis

Q: Bagi program di sekolah, adakah pihak kami dikenakan secarang caj?

A: Kehadiran kami ke sekolah adalah secara percuma. Malahan kami akan hadiahkan buku-buku untuk kegunaan sekolah/Pusat Sumber bernilai RM300 bagi setiap sekolah.  Selain itu, kami juga akan membawa bersama kami penulis/editor/pelukis untuk memberi taklimat/ceramah/tandatangan buku bersama murid/pihak sekolah.

IMG_3815

Penulis menandatangan Buku

IMG_3818

MBC Best !!!