IDEA BERNAS GPM SK PANCHING

SK Panching di Pahang hanya mempunyai murid seramai 200 orang sahaja tidak termasuk pra-sekolah. GPM (Guru Perpustakaan dan Media) sekolah ini, Puan Sabariah Liman menghubungi kami meminta supaya MBC datang ke sekolahnya.

+: Dari segi bisnes, kami tidak boleh datang dari KL ke Pahang ke sekolah yang hanya ada 200 pelajar. Hasil jualannya tidak boleh bayar tol pun.

-: Tuan boleh datang ke sekolah yang ada berapa ramai pelajar? Saya ingin sangat tuan datang ke sekolah kami sebab ingin memberi pendedahan kepada murid-murid saya. Ini sekolah luar bandar tuan.

+: Jika ada 1,000 pelajar, kami boleh datang ke Pahang

-: Jika begitu, saya carikan sekolah-sekolah lain yang ada 1,000 pelajar dan tuan boleh datang ke sekolah meraka dan singgah di sekolah kami. Boleh?

+: Jika begitu, kami boleh pertimbangkan.

 

Puan Sabariah menghubungi GPM sekolah lain dan empat buah sekolah lagi bersetuju. Ini menjadikan lima buah sekolah semuanya. Ia mencukupi untuk kami datang bagi tempoh seminggu. Ia itu satu sekolah sehari. Berikut adalah sekolah asal yang dipersetujui:

23/3 -Methodist Girl School (MGS),Kuantan
24/3 –SK Sungai Talam,Kuantan
25/3 -SMK Sg Soi,Kuantan
26/3 – SK Panching
27/3 –SK Pelabuhan,Kuantan
Walau bagaimanapun, telah berlaku beberapa kali pertukaran hingga akhirnya kesemua sekolah ini telah bertukar dan hanya SK Panching sahaja yang masih kekal.
 IMG_2586
GPM: Cikgu Sabariah
IMG_2588
Bersama GPK
IMG_2582 IMG_2583
Murid Dalam Bengkel Haiku
IMG_2595
Pra …
Satu perkara lagi yang sangat menakjubkan MBC ialah tentang jualan buku.
Pada awalnya kami jangka jualan sekitar beberapa ratus ringgit sahaja. Namun jangkaan itu meleset. Sesungguhnya jualan di SK Panching adalah “melebihi” dari sekolah-sekolah lain. Kami dapat purata RM10 bagi setiap pelajar di sekolah ini. Di sekolah lain ada yang kami dapat RM3.50 hingga RM8.00 sahaja purata.
Apakah puncanya?.
Selain memaklumkan kepada murid dan guru akan jualan buku, Cikgu Sabariah juga menulis surat kepada ibu-bapa supaya datang ke sekolah sekiranya berminat untuk membeli buku.
Hasilnya, kami menjual buku kepada murid, guru dan juga ibu-bapa.
Semoga catatan ini dapat dijadikan panduan kepada GPM lain.

One Comment to IDEA BERNAS GPM SK PANCHING

  1. […] IDEA BERNAS GPM SK PANCHING […]

Leave a Reply to INSTAGRAM | Mobile Book Cafe Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.