AKTIVITI
now browsing by category
CATATAN ESASTERA BERSAMA MBC
Sesi bersama pelajar, semasa promosi novel terlaris eSastera, “Meja 17” bersama penulis, Irwan Abu Bakar, di SMK Jugra, Banting, Selangor, hari ini. (Khamis, 24 Mac 2016. 11:30 a.m. – 1:00 p.m.)
CATATAN PUAN MAHAYA BERSAMA MBC
Titipan (135)
SALING MENYOKONG
MEWARNAI KEHIDUPAN
Alhamdulillah! Kita tidak pernah bersendirian.
Terima kasih segunung intan.
1. Tuan Muhamad Bin Ali (MBC), Puan Ainn dan Encik Hanis; di sini dan di beberapa tempat, kita turun padang serentak. Tuan/Puan memang hebat dan berbakat.
2. Pihak sekolah; sudi menerima sumbangan karya sebagai penggugah minda pelajar.
3. Anakanda/Cucunda pelajar; ceria intraktif dan menerima tunjuk ajar. Semoga istiqamah memacu ilmu hingga ke Jannah.
4. Yang paling berani nenerima cabaran; pelajar perempuan Tingkatan Satu ni sahaja yang tidak gentar setelah dicabar semasa ceramah. “Cikgu, tumpang tengok Sakura. Nak beli tak ada duit, tengok jadilah.”
Apabila saya serahkan buku comel, beliau kegirangan “Untuk saya?”.
Saya terharu amat.
Sejak sekian lama, banyak sungguh yang saya peroleh dan nikmati. Berapa benarlah yang saya beri…
*** Terima kasih semua. Meski sejenak di sini, kenangan semerbak mewangi. Segala sesuatu diinsafi.
Ya, Rabb. Dikau yang Maha Pemberi.
Rumah Rindu.
Selasa, 29.3.16
KEMAMAN TAHUN KEDUA
MBC berada di Kemaman selama 5 hari. 10 buah sekolah. Dua tim MBC. Seorang pelukis dan seorang motivator. Ini adalah tahun kedua kami ke Kemaman. Kenapa kami pergi jauh hingga Terengganu?. Jawapannya ialah kerana GPM di Kemaman sangat komited dan penuh muafakat. Tahun lepas cikgu Norhalimah Awang aturkan 15 buah sekolah. Tahun ini Cikgu Sabariah Jaffar (SMK Chukai) aturkan 10 sekolah. Sungguh mudah tugas kami kerana mereka sukarela melakukannya.
GPM daerah lain juga boleh!!!
MINI KARNIVAL BUKU (MKB)
Mini Karnival Buku (MKB) ialah program MBC dengan kerjasama sekolah. Ia bertujuan untuk membantu pihak sekolah mendapat dana melalui komisyen jualan buku. Caranya:-
- Pihak sekolah tentukan tarikh. Dicadangkan 3 hari dalam sebulan. Elok selepas dapat gaji.
- MBC hantar buku
- Sekolah jual buku
- MBC datang ambil wang hasil jualan dan buku yang tidak terjual
- Pihak sekolah diberikan komisyen lumayan.
- Lakukan setiap bulan…
Hubungi Cikgu Ainn (01306919528) untuk pertanyaan dan tempahan.
SMK SAUJANA IMPIAN : PERTEMUAN DUA MASCOT
Sekolah Menengah Saujana Impian, Kajang: Pada sebelah pagi MBC membawa motivator Dr. Sakinah Salleh. Mascot Gerenimo Stilton menterikan perasmian Nilam.
Sebelah petang, MBC membawa penceramah Emy dan Geronimo Stilton bergabung dengan Danny dari SuperSquad dalam perasmian NILAM sesi petang.
Mengapakah SMKSI terlalu istimewa?. Jika ada pertanyaan baharulah kita jawab.
CEO : Hari Pertama
1 Feb 2016: Hari pertama CEO kami bertugas secara rasmi. Hari ini agak sibuk apabila kami berpecah kepada 2 tim. CEO ke SK Batang Kali dan COO ke SMK Puchong Jaya.
SMK JALAN BUKIT: BANYAK YANG PERTAMA
Banyak perkara PERTAMA berlaku di SMK Jalan Bukit:-
- GPM pertama melawat ofis MBC
- Program pertama 2016
- Pengetua pertama menaiki MBC2.0
- Kombinasi pertama penceramah dari Universiti Beijing + Universiti Malaya.
- Perasmian NILAM pertama 2016 dengan mascot
- Kali pertama 2 MBC bergabung
- Kali pertama pertemuan/pergabungan COO + CEO baru
- Kali pertama wakil MBC Perak, Kedah, Johor datang di sebuah sekolah
- Sekolah paling hampir dengan ofis (setakat ini).
all-in a team
International xchange students
University Beijing + Universiti Malaya
Ana Balqis + Roziah Adama
Rakan MBC
Pelancaran NILAM
Awal pagi, sebelum bermula
Mascot dan Pengetua
Pengetua pertama dalam MBC2.0
Sumbangan buku dari penulis kpd pengetua
pengetua bersama mascot
Kami suka novel melaui…
Di kesubuhan hari depan ofis sebelum bertolak pergi.