Archives

now browsing by author

 

Mobile Book Cafe (MBC) Ke SK Pulau Rusa

Tuesday, May 10, 2016
Hari ini 9 Mei 2016, Pihak sekolah kami telah menjemput Mobile Book Cafe dari Kajang Selangor datang ke sini bertemu warga SK Pulau Rusa. Program ini adalah anjuran Pusat Sumber Sekolah ( PSS ) yang diurus sepenuhnya oleh Cikgu Maimunah. Tahniah diucapkan. Program selama 2 jam itu banyak memberi manfaat kepada kami. Antara ilmu yang bernilai kami dapat ialah teknik mewarna dengan cantik. Saudara Uneh iaitu salah seorang staf MBC yang banyak berkongsi ilmu dengan kami. Raja pensil warna ini merupakan pelukis kebanyakan buku yang dijual oleh MBC. Mereka datang dengan mini bas yang  merupakan pusat jualan buku bergerak. Program ini menjadi lebih meriah dengan kemunculan maskot ‘Mr Mouse’ yang menjadi kesukaan murid.

Jom kita saksikan antara momen yang sempat kami rakamkan.

Mobile Book Cafe tiba di SKPR seawal 7.15 pagi

Saudara Uneh sedang menunjukkan teknik mewarna
ambil peluang bergambar bersama Mr Mouse
GB kita bersama maskot Mr Mouse
Keadaaan di dalam Mobile Book Cafe ( mini bas)
Cikgu Maimunah masuk duluuuu
cikgu-cikgu pun tak lepaskan peluang nak sertai jugak
Saudara Uneh mengajar teknik mewarna kepada murid
tengah kusyuk warna tuu
tadaa..ni dia hasil saudara Uneh, memang patut digelar Raja Pensil Warna
Ini pula hasil cikgu2 kita
murid tahun 1 dengan Mr Mouse
Saudara Uneh menyampaikan sijil penghargaan dan cenderamata untuk SKPR
Selepas sesi membeli buku, sesi sign autograf  pula..

Besttt tauu.. Oklah kepada sesiapa yang nak

SK GEMAS

!7-18 Oktober 2016 (Isnin-Selasa)

Ini adalah merupakan lawatan tahun kedua MBC ke SK Gemas.

mbc_skgemas1

Jadual dan aturcara SK Gemas yang boleh dicontohi.

 

mbc_skgemas

SK Gemas

mbc_skgemas2

Murid-murid berbaris ke MBC

mbc_skgemas3

Rancak dan ramai pembelinya

mbc_skgemas4

Hari kedua, saya datang beri ceramah kerjaya/menulis

mbc_skgemas5

Menulis Pengalaman – Pengalaman Menulis

mbc_skgemas6

MBC N.9

mbc_skgemas7

mbc_skgemas8

mbc_skgemas9

mbc_skgemas10

mbc_skgemas11

mbc_skgemas12

Kelas Haiku oleh En. Halim.

mbc_skgemas13

MBC ROAD TOUR KE TAMPIN

mbc_tampin1

26 September: SMK Taman Indah,

Sekolah pertama dalam siri MBC Roadtour di Tampin. Terima kasih kepada PPD dan PKG Tampin, dan semua sekolah yang terlibat.

Di sekolah inilah saya Halim (MBC) buat pertama kalinya mengadakan bengkel mini Haiku untuk pelajar. Saya mohon ribuan maaf kerana banyak kekurangan dari saya dan pelajar tidak dapat memahami dengan baik. Pengalaman pertama.

screen-shot-2016-10-11-at-11-17-20-pm

27 September: SK Tunku Syed Syaaban

Sekolah kedua dalam siri MBC Roadtour Tampin. Aktiviti utama kat sini mewarna dan sesi bersama mascot selain lawatan ke van buku.

Terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberi kebenaran kepada MBC parking sehari lebih awal (selepas selesai di sekolah pertama).

Sebenarnya kami MBC (Halim dan Mahadi) balik ke Kajang setiap hari dengan kereta.

screen-shot-2016-10-11-at-11-13-59-pm

screen-shot-2016-10-11-at-11-15-23-pm

28 September: SMK Tunku Syed Idrus

Hari ni MBC @ SMK Tunku Syed Idrus, Tampin, Negeri Sembilan. Meriah sessi bersama penulis novel seram Sdr Naim Tamdjis. Saya Halim MBC pula yang terlebih kempen buku. Tq

Walaupun pihak sekolah agak sibuk dengan pelbagai aktiviti, namun ramai pelajar dan guru sempat mengunjungi kami termasuk guru pelawat.

Sekolah ketiga dalam edisi MBC Roadtour Tampin dan sekolah menengah pertama. Terima kasih cikgu kerana memberi kebenaran parking sehari lebih awal.

screen-shot-2016-10-11-at-11-11-49-pm

 

 

29 September: SK Keru

Hari ni Mobilebookcafe MBC berada di Sekolah Kebangsaan Keru, Tampin. Sekolah keempat dari siri MBC Roadtour Tampin.

Pendek sahaja nama sekolah dan senang diingati namun bangunannya indah dan persekitarannya nyaman sesuai untuk Haiku alam sekitar.

Terima kasih cikgu di atas kebenaran parking sehari lebih awal. Juga di atas jemputan untuk berucap semasa perhimpunan pagi. Terharu dengan sambutan pihak sekolah termasuk brosur MBC yang menarik dan jamuan pagi yang berat masakan nogori bersama Guru Besar.

Meriah dengan peraduan mewarna, sessi bersama mascot dan lawat ke van buku. Bengkel Haiku juga berjalan dengan lancar sesuai dengan alam sekitar di belakang sekolah.

screen-shot-2016-10-11-at-11-10-11-pm

30 September: SK Tunku Besar Tampin

Sekolah kelima dalam siri MBC jelajah Tampin. Inilah sekolah yang paling ramai pelajar setakat ni.

Terima kasih kepada pihak sekolah di atas kebenaran parking sehari lebih awal.
Padat dengan pelbagai aktiviti. Peraduan mewarna (kertas mewarna pihak sekolah sendiri), lawatan ke van buku, sessi bersama penulis (jemputan pihak sekolah sendiri), bengkel Haiku juga berjalan lancar. Majlis penutupan juga meriah dengan pembahagian hadiah kepada pemenang mewarna. Mascot dipakai sepenuhnya oleh pelajar sendiri.

Di hari hari yang lain kami kerapkali park kereta atau van MBC sekejap di luar sekolah untuk menjamu selera di Restoren Nasi Ayam Gemas, kami selalu ditegur pelajar dan pengawal keselamatan bertanyakan buku.

screen-shot-2016-10-11-at-11-05-16-pm

4 Oktober: SMA Repah

Hari ini MBC berada di SMA Repah, Tampin bersama novelis Naim Tamdjis.

Minggu kedua MBC di Tampin. Sekolah keenam dalam siri MBC Road Tour Tampin. Satu satunya sekolah agama.

Terima kasih cikgu kerana menjamu kami di ‘kantin’ luar sekolah. Kantin sekolah yang baru sedang dalam pembinaan. Depan sekolah ni adalah laluan Tampin – Gemas yang agak sibuk. Kami dah banyak kali lalu depan sekolah ni dalam misi Road Tour Tampin akhirnya singgah juga.

Terima kasih tak terhingga kepada novelis Naim Tamdjis, dah dua kali bersama kempen kami di Tampin. Alhamdulillah dapat menaikkan jualan novel Melayu kat sini samada seram atau tak seram. Kat sini pelajar tinggal di asrama, mungkin sebab tu yang kurang seram lebih diminati.

Terima kasih juga kepada pihak sekolah di atas kebenaran parking van buku selepas tamat aktiviti kat sekolah (biasanya parking awal, kali ni parking sebelum ke sekolah seterusnya). Jumpa lagi. Tak lupa juga terima kasih cikgu ambil buku LO untuk perpustakaan sekolah.

screen-shot-2016-10-11-at-11-02-47-pm

5 Oktober: SJKT Ladang Repah

Sekolah ketujuh dalam siri MBC Road Tour Tampin. Sebelum ini MBC Sentral pernah melawat sebuah sekolah Tamil di Lembah Klang.

Jumlah pelajar di sekolah ni cuma 60 orang lebih. Majoriti pelajar membawa bekalan makanan dan minuman masing masing jadi hampir tiada keperluan membawa wang ke sekolah. Majoriti yang membeli adalah cikgu termasuk untuk anak murid. Tq

Sungguh nyaman alam sekitar di sekolah ni dan bengkel Haiku berjalan dengan lancar. Pelajar terbaik Haiku mengarang sehingga 3 buah Haiku yang baik.

Jika tidak bersams MBC, mungkin kami tidak berpeluang datang ke SJKT.

screen-shot-2016-10-11-at-11-01-15-pm

6 Oktober: SJKC Chung Hua, Tampin

Sekolah Cina
Mobilebookcafe datang
Pelajar suka

Sekolah kelapan dalam siri MBC Road Tour Tampin. Ini merupakan pengalaman pertama MBC di SJKC. Saya sendiri (Halim MBC) sebelum ni cuma pergi ke sekolah Cina di Puchong untuk mengundi semasa PRU.

Ramai juga pelajar Melayu dan India di sekolah ini. Jadi bolehlah juga jual buku kanak kanak versi BM dan BI. MBC tidak ada sangat buku dalam bahasa ibunda Cina kecuali sedikit yang terpakai ( dulu memang ada banyak buku Cina namun tak pernah terfikir akan datang ke sekolah Cina, jadi kebanyakannya saya dah ‘letgo’ murah).

Bengkel Haiku juga berjalan lancar ditambah dengan terjemahan dari guru. Pelajar terbaik Haiku akhirnya juga adalah pelajar yang membeli buku terbanyak. Terima kasih.

Sehari sebelum datang ke sekolah ni kami mohon kebenaran PKG Tampin untuk parkir van MBC di dalam kawasan sekolah SK Tengku Zainun memandangkan tak sesuai parkir awal di SJKC Chung Hwa, Tampin.

screen-shot-2016-10-11-at-10-59-31-pm

7 Oktober: SJKC Kampung Baru, Tampin.

Sekolah kesembilan dalam siri MBC Road Tour Tampin. Pengalaman kedua MBC di SJKC.

Sekolah ini sangat indah dengan bangunan yang cantik dan pelbagai flora fauna yang nyaman. Memang sesuai untuk bengkel Haiku yang berjalan lancar.

Terletak di kawasan perumahan. Pengawal keselamatannya sangat peramah dan dikenali oleh hampir semua guru, pelajar dan ibubapa sebagai ‘Abang Hansem’ (boleh jadi tajuk novel yang menarik ni).

Ramai ibubapa berminat nak beli buku terutamanya ibu pelajar Melayu, namun MBC kena tutup awal sikit untuk solat Jumaat.

Selepas tutup jualan di sekolah ni, kami parkir van MBC sekali lagi di SK Tengku Zainun termasuk hari minggu. Terima kasih sekali lagi kepada SK Tengku Zainun dan pejabat PKG. Jasa anda dikenang.

screen-shot-2016-10-11-at-10-56-42-pm

10 Oktober: SK Dr. Sulaiman

Pagi Yang Panas
Berlatih Haiku Spontan
Semuanya Bagus

Sekolah kesepuluh dalam siri MBC Road Tour Tampin. Dah masuk minggu ketiga dan terakhir.

Hari ini agak panas dari pagi. Aktiviti peraduan mewarna diadakan untuk tahap 1. Pemenang dipilih dan hadiah buku diberikan oleh Tuan Guru Besar bersama mascot. Bengkel Haiku juga diadakan untuk tahap 2. Majoriti pelajar membuat Haiku secara spontan tanpa kertas dan kebanyakannya adalah Haiku yang diterima.

Terima kasih juga kepada pihak sekolah atas kebenaran untuk parkir van MBC sebelum ke sekolah seterusnya keesokan hari.

screen-shot-2016-10-11-at-10-55-09-pm

11 oktober: SJK(T) Tampin

screen-shot-2016-10-11-at-10-48-59-pm

Haiku:
Sekolah Tamil
Mobilebookcafe Datang
Pelajar Suka

Sekolah kesebelas dalam siri MBC Road Tour Tampin.

Mohon maaf rupanya nombor telepon cikgu PSS SJKT Tampin tidak ada dalam ‘Whatsapp Group’ MBC Road Tour. Jadi saya Halim terlepas pandang jika ada sebarang pertanyaan awal dari pihak sekolah.

Namun begitu lawatan MBC ke SJKT Tampin berjalan lancar walaupun tak sempat mengadakan bengkel Haiku contohnya. Ternyata pelajar suka membaca dan juga pandai tawar menawar.

Mengikut Guru Besar, sekolah memang ada aktiviti membaca setiap hari Sabtu. Mohon maaf juga kami tidak ada sebarang buku Tamil. Saya terharu juga tengok pelajar India membeli novel Melayu termasuk novel seram, novel Ramli Awang Murshid selain dari novel Inggeris. Tahniah juga kepada para guru yang membeli buku untuk pelajar. Terima kasih.

12 Oktober : SK Tunku Zainun

screen-shot-2016-10-13-at-10-10-53-pm

Hari ini dan Insyaallah esok juga MBC berada di SK Tengku Zainun (SKTZ), Tampin. Terima kasih Cikgu kerana menjemput MBC buat kali kedua ( kali pertama masa bulan puasa tahun ni juga). Tq

Sepatutnya sekolah terakhir MBC Road Tour Tampin adalah SMK Tunku Besar pada 12/Okt. Tapi dah ditunda ke masa lain kerana ada peperiksaan PT3.

Namun MBC mendapat jemputan dari SKTZ selama dua hari 12 dan 13/Okt. SKTZ tidak termasuk dalam senarai MBC Road Tour Tampin kerana SKTZ lah sekolah di Tampin yang mula mula sekali menjemput MBC semasa bulan puasa tahun ni. Tanpa SKTZ dan pejabat PKG Tampin (dalam kawasan sama) mungkin belum timbullah MBC Road Tour Tampin. MBC mengucapkan berbanyak terima kasih kepada SKTZ kerana terus menjemput MBC (tak lupa juga Pn Rosalina PKG Tampin) dan di sini juga tumpang parkir paling lama ( termasuk sebelum MBC nak ke Gemas mulai 17/Okt).

JADUAL MBC OKTOBER 2016

Kekosongan ada beberapa slot sahaja lagi.

screen-shot-2016-10-01-at-5-47-51-pm

MBC DI RUMAH GAPENA

28 September, MBC berpeluang handir dan berkongsi pengalaman serta sedikit pengetahuan dengan peserta Bengkel Penulisan Buku Cerita Bergambar Kanak-Kanak di Rumah GAPENA, Kuala Lumpur.

 

mbc-gapena1

mbc-gapena3

mbc-gapena5

mbc-gapena6

mbc-gapena2

HAIKU DI SK BUKIT RAYA, HULU LANGAT

22 September 2016

120 pelajar

 

mbc-haiku-skbukitraya1

mbc-haiku-skbukitraya5

mbc-haiku-skbukitraya4

mbc-haiku-skbukitraya3

mbc-haiku-skbukitraya2

BAGAIMANA MENINGKATKAN JUALAN PRODUK TERTENTU

Screen Shot 2016-08-30 at 6.33.57 PM

Sekiranya anda adalah pembeli, pembaca atau peminat buku, buku-buku keluaran penerbit manakah yang menjadi kegemaran anda?.

MBC menjual buku-buku ke sekolah. Maka buku-buku terbitan PTS merupakan buku yang paling laris. Ia berlaku pada setiap bulan.

Walau bagaimanapun buku-buku Indie, seperti Fixi dan duBook telah memasuki carta buku laris di MBC pada bulan Ogos. Selepas ini kami fikir buku Lejen pula. Sebabnya penerbit sudah menghubungi kami untuk berbincang…

Buku-buku lain yang popular ialah Edukids, ITBM dan DBP. Nampaknya sepanjang bulan Ogos, buku-buku Karangkraf (Alaf 21) paling sedikit terjual. Apa sebabnya?.

Berikut adalah beberapa strategi untuk meningkatkan jualan:-

  1. Sediakan katalog/senarai buku untuk diberikan kepada murid/ibu bapa
  2. Berikan bunting kepada kami untuk memperkenalkan buku yang ingin dipromosi
  3. Sediakan penulis untuk hadir ke sekolah bersama MBC
  4. Paling penting, diskaun kepada MBC mesti menarik
  5. Proses belian mesti mudah dan senang dilakukan.
  6. lain-lain (sila nyatakan).

Bulan September pasti berubah.

 

6 Cara Bagaimana Membaca Lebih Banyak Buku

#1: Bawa Buku Ke Mana Sahaja Anda Pergi

12802875_1537880543178576_3420342028640716074_nJadikan kebiasaan untuk membawa buku bacaan anda ke mana sahaja anda keluar, samada keluar bersantai, bertemu kawan, ke shopping complex, ke taman dan lain lain. Ini kerana, anda pasti akan mempunyai masa senggang untuk anda selitkan masa membaca buku yang di bawa. Waktu menunggu kawan, ketika menunggu makanan tiba, di dalam kenderaan awam, sambil minum santai di kopitiam dan sedang beratur. Tanpa sedar, waktu terkumpul boleh mencecah 30 minit!

Kami tertarik dengan gambar iklan beg tangan jenama mizzue yang agak kerap menggandingkan buku atau majalah dan beg tangan yang elegan. Tanpa sedar, ia seolah olah memberi galakkan agar wanita sentiasa membawa buku dalam beg tangan masing-masing. Kredit gambar: www.mizzue.com.my

#2: Sediakan Buku Yang Akan Di Baca Seterusnya

credit: http://wordrevel.com/

Ini adalah antara sebab mengapa para ulat buku perlu selalu membeli lebih dari satu buah buku. Ketika anda sedang membaca sesebuah buku, pastikan anda sudah ada 2-3 pilihan buku lain yang menanti untuk di baca seterusnya. Ini dapat menjimatkan masa anda, tidak perlu tunggu lama untuk membaca buku seterusnya. Yang lebih baik ialah jika anda telah pun meletakkan plan tajuk & bilangan buku yang ingin anda baca setiap bulan dan dalam setahun. Pastikan anda telah membeli buku-buku yang ingin di baca pada setiap awal bulan. Jika anda ada masalah untuk menghabiskan bacaan buku-buku yang telah diberi, langkah mudah ini dapat membantu anda.  Kredit gambar: http://wordrevel.com/

#3: Blok 30 Minit Minimum Sehari Untuk Membaca Buku

google-calendar_month-viewMungkin terma “Date With My Book”adalah paling sesuai untuk menggambarkan langkah ini. Setkan tempoh 30 minit minimum dalam sehari dengan menggunakan kalendar di smart phone anda. Tidak perlu letakkan perubahan yang terlaulu drastik. Cuba selitkan masa ini ketika anda dalam kenderaan awam, selepas solat subuh, sebelum atau selepas makan tengahari atau sebelum tidur. Pastikan perubahan minimal dalam jadual harian anda agar ia tidak menjadi beban ketara yang menyebabkan anda sukar konsisten. Kredit gambar: www.googlecalendar.com

#4: Berhenti Membaca Buku Yang Tidak Menarik Minat Anda

credit: http://www-tc.pbs.org/

Adakalanya, kita membaca sesebuah buku kerana minat pada genre, ingin mencuba genre baru, atau kerana sikap ingin tahu tentang sesuatu fakta (kebiasannya jika anda membaca genre bukan fiksyen) ataupun ingin menikmati kisah fiksyen melalui novel. Jika anda gagal mengekalkan minat untuk meneruskan pembacaan anda, jangan teragak-agak untuk berhenti membaca buku tersebut dan berpindah membaca buku seterusnya.  Membaca buku seharusnya satu proses yang menyeronokkan dan menambah nilai kepada diri. Kredit gambar: credit: http://www-tc.pbs.org/

A Year of Books#5: Kongsikan Log Bacaan & Reviu Buku Bacaan Anda

Anda pasti akan terkejut dengan feedback yang anda terima dari kenalan anda apabila anda kerap berkongsi log bacaan anda, contohnya di media sosial. Biasakan diri anda berkongsi bacaan semasa anda (popular dengan #currentlyreading), atau senarai bacaan bulanan anda (popular dengan #booksofthemonth) dan seterusnya menulis riviu ringkas  tentang buku yang telah di baca. Paling tidak, anda telah memberi inspirasi kepada kenalan anda untuk menjadikan membaca buku satu hobi. Mark Zuckerberg juga telah lakukan aktiviti perkongsian ini melalui A Year of Books. Ia sangat memberi impact positif, hingga menaikkan jualan buku buku yang dipilih beliau!

#6: Gunakan Tools

Credit: https://www.saclibrary.org/

Pecinta buku zaman sekarang amat beruntung sekali kerana banyak platform boleh digunakan untuk saling menginspirasi, saling bertukar pendapat dan idea berkenaan buku. Antara laman media sosial yang paling popular dikalangan pecinta buku ialah Goodreads. Goodreads boleh di akses melalui dekstop atau applikasi di smartphone anda. Platform Goodreads mempunyai serba serbi kemudahan yang diperlukan, bermula dari kemudahan mengurus senarai bacaan anda, menulis serta membaca reviu buku, mengikut perkembangan penulis kegemaran, mendapatkan rekomendasi buku, perbincangan dalam kelab buku dan mendapat idea bacaan kenalan lain. Kredit gambar: https://www.saclibrary.org/

Written by warungbooku
sumber:   http://warungbooku.com/6-cara-baca-lebih-banyak-buku/

MBC, KEDAI BUKU BERGERAK PERTAMA DI MALAYSIA MBC, KEDAI BUKU BERGERAK PERTAMA DI MALAYSIA

Sunday, December 21, 2014

Oleh ABD.NADDIN HJ SHAIDDIN

 

SALAH satu perkara yang menarik perhatian kami ketika menghadiri Sidang Kemuncak Penulis Malaysia (SKPM) di Jitra kira-kira dua bulan lalu, ialah pertemuan dengan Muhamad bin Ali.

Muhamad Ali bukan seorang peninju. Hanya kebetulan namanya sama dengan nama legenda tinju dunia itu.

Muhamad Ali seorang penulis yang setakat ini sudah menghasilkan lima buah buku. Jadi apa yang istimewa dengan beliau? Muhamad Ali adalah seorang mantan pegawai kerajaan yang sudah berkhidmat selama 30 tahun tetapi mengambil keputusan untuk bersara semata-mata untuk berniaga buku.

Beliau memperkenalkan konsep berniaga buku yang baru. Kedai Buku Bergerak adalah satu-satunya di Malaysia. Muhammad bersama rakannya, Muhammad Azam Nor Anwar mengambil inisiatif mengadakan Mobile Book Cafe, sebuah kedai buku bergerak menggunakan van.

Sebenarnya, menurut Muhamad Ali mendapat inspirasi untuk mengadakan Kedai Buku Bergerak itu daripada kedai buku bergerak milik Penguin Books di Amerika Syarikat. Selepas itu, bersama rakannya yang kebetulan mempunyai minat yang besar terhadap buku, mereka memulakan perniagaan menggunakan sebuah van yang diubahsuai untuk menempatkan himpunan buku yang disusun dalam satu ruang pameran yang ditata dengan cantik. Van yang digunakan pun dicat dengan padanan warna terang seperti warna hijau, oren dan kuning, dan gambar-gambar buku untuk memenuhi selera peminat-peminat buku di negara ini.

Sebanyak 1,200 buah judil buku diisi di ruang pameran manakala selebihnya dimuatkan dalam van berkenaan. Mereka membelanjakan kira-kira RM150,000 bagi menampung keseluruhan kos untuk membuat kedai buku bergerak itu.

Pada mulanya mereka menghadapi kesukaran untuk mendapatkan kelulusan daripada Puspakom dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk pengubahsuaian van itu bagi tujuan menjual buku. Katanya, proses itu mengambil masa empat bulan kerana menurut JPJ, pihaknya tidak mempunyai rekod meluluskan kedai buku bergerak sebelum itu. “Kami adalah yang pertama memperkenalkan kedai buku bergerak ini di Malaysia,” katanya kepada kami.

Turut berkunjung ke kedai buku bergerak itu ialah Ketua Satu Ikatan Penulis Sabah (IPS) Sukor Haji Usin. Menurut Muhamad, pelbagai judul buku dijual melalui kedai buku bergerak itu terutamanya buku-buku tempatan. Oleh sebab, antara sasaran kedai buku bergerak itu adalah kalangan pelajar sekolah, bahan-bahan yang dijual dipastikan agar menggunakan tata bahasa yang betul.

Beliau berkata, kedai buku bergerak itu memberi keutamaan untuk mengadakan jualan di sekolah-sekolah dan institut pengajian tinggi dan karnival juala di sekitar Lembah Klang. Bagaimanapun, pihaknya kurang menyertai karnival hiburan kerana biasanya pengunjung kurang menghargai buku kerana mereka datang untuk melihat penyannyi dan sebagainya. Jadi Kedai Buku Bergerak itu mempunyai sasaran pasarannya sendiri.

Menurut beliau, sambutan yang diberikan oleh orang ramai agak menggalakkan juga. Menurut pemerhatian beliau, orang Malaysia memang suka membaca cuma mereka jarang ke kedai buku. Melalui kedai buku bergerak itu, mereka boleh singgah untuk membaca buku sambil menikmati kopi panas yang disediakan. “Mereka tidak semestinya membeli buku. Sekadar membaca pun tidak apa kerana kita mahu menggalakkan masyarakat kita menjadikan membaca sebagai sebahagian daripada budaya hidup mereka.

Selain itu, salah satu kaedah yang dilakukan oleh Mobile Book Cafe itu adalah menganjurkan bengkel penulisan, bengkel puisi untuk sekolah menengah dan bengkel menulis dan melukis untuk pelajar sekolah rendah. Beliau berkata, sambutan yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar amatlah membanggakan. Biasanya mereka akan berada di sesebuah sekolah selama tiga hari. Tempoh masa yang diberikan itu adalah memadai untuk memberi peluang kepada pelajar untuk membeli buku.

Bengkel-bengkel penulisan diadakan secara percuma dan mereka sedia membawa tokoh-tokoh atau pakar dalam bidang penulisan untuk mengendalikan bengkel yang diadakan itu. Sejauh ini, konsep kedai buku bergerak itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai. Cuma kadang-kadang faktor cuaca seperti hujan yang menyebabkan mereka terpaksa menunggu hingga hujan berhenti sebelum dapat meneruskan jualan.

Muhamad juga berhasrat untuk membina rakan niaga di seluruh negara, tidak terkecuali di Sabah. Matlamat kami adalah untuk membantu masyarakat menjadikan buku sebagai teman setia mereka. Kita haruslah mencontohi budaya membaca di negara maju supaya kita dapat menimba ilmu,”katanya.

Ketika ditanya, sambutan pengunjung ketika Sidang Kemuncak Penulis Malaysia itu berlangsung, Muhamad berkata, kedai buku bergerak itu berjaya menarik perhatian penulis yang hadir. “Ada penulis yang beli buku sendiri di MBC,” katanya. Beliau juga berkata, Mobile Book Cafe itu itu akan terus membudayakan budaya membaca di kalangan masyarakat melalui konsep kedai buku bergerak pertama di Malaysia.

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ

KEDAI BUKU BERGERAK ITBM