Archives

now browsing by author

 

Inspirasi kedai buku di AS : Kosmo

Kosmo, 17 Oktober 2014

Inspirasi kedai buku di AS

 


 

KELIBAT van yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Dari jauh jelas kelihatan padanan warna-warna terang seperti hijau, oren dan kuning dengan tertera tulisan Mobile Book Cafe dan gambar buku menghiasi luar van.

Sebaik pintu belakang van dibuka, kelihatan himpunan buku tersusun cantik di atas ruang pameran yang diubah suai. Semuanya untuk dijual kepada orang ramai terutama peminat buku.

Konsep kedai buku bergerak ini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia. Iadiusahakan oleh dua sahabat, Muhamad Ali, 50-an, dan Muhammad Azam Nor Anwar, 30-an.

Beroperasi sepenuhnya sejak tiga bulan lalu, kedai buku bergerak yang dirancang sejak setahun lalu itu mengambil inspirasi daripada kedai buku bergerak milik Penguin Books di Amerika Syarikat.

Bercerita lanjut mengenai idea kedai buku bergerak itu, Muhammad Azam berkata sebaik mendapat idea tersebut, beliau menyuarakan hasrat kepada Muhamad yang kebetulan mempunyai minat yang sama.

Kedua-dua sahabat iniberkenalan sejak enam tahun lalu ketika Muhamad bertugas sebagai pegawai kerajaan di bahagian teknologi maklumat manakala Muhammad Azam bekerja di bahagian pembekalan teknologi maklumat di sebuah syarikat swasta.

“Saya memang berhasrat untuk berhenti kerja dan memulakan perniagaan yang berkonsepkan perniagaan bergerak. Macam-macam yang datang dalam fikiran, akhirnya saya memilih buku kerana buku tidak pernah basi selain minat kami berdua dalam bidang penulisan,” katanya.

Muhamad yang juga penulis buku, turut mengambil keputusan bersara selepas berkhidmat 30 tahun.

Mengambil masa lapan bulan untuk proses kelulusan dan pengubahsuaian, Muhammad Azam berkata, pada peringkat awal beliau perlu mencari van yang sesuai yang boleh digunakan bagi tujuan itu.

“Ada yang mencadangkan kepada kamimenggunakan lori dan bas tapi kami mahukan kenderaan yang tidak terlalu besar kerana kami mengambil kira masalah logistik terutama tempat letak kenderaan,” katanya.

Selepas mendapat kenderaan yang sesuai,mereka pergi ke pejabat Puspakom dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mendapat kelulusan bagi pengubahsuaian bagi tujuan tersebut.

Proses itu mengambil masa agak lama sekitar empat bulan.Menurut JPJ, pihaknya tidak mempunyai rekod meluluskan kedai buku bergerak sebelum ini.

“Jadi kalau mengikut rekod JPJ, kami adalah yang pertama memperkenalkan kedai buku bergerak yangdiluluskan JPJ,” katanya.

Proses ubah suai

Enggan dilabel sebagai perpustakaan bergerak, Muhammad Azam menjelaskan, mereka cuba lari daripada bayangan tersebut dengan mereka bentuk sendiri ruang van berkonsepkan praktikal dan pelbagai guna.

Menggunakan van sebagai kedai, cabarannya ialah ruang yang terhad dan perlu digunakan semaksimum mungkin.

Selepas sebulan proses pengubahsuaian, van itu direalisasi mengikut apa yang diimpikan. Sebanyak 1,200 buah judul buku dapat diisi di ruang pameran selain 5,000 buah buku lagi boleh dimuatkan dalam van berkenaan.

KEDAI buku bergerak ini beroperasi sejak tiga bulan lalu.

 

“Kami belanjakan sekitar RM150,000 bagi keseluruhan kos kedai buku bergerak ini dengan separuh modal diperoleh melalui pinjaman bank,” katanya ketika ditemui.

Buku-buku yang dibawa kebanyakannya diperoleh secara konsignasi daripada syarikat penerbitan yang memberi kepercayaan selain ada yang dibeli sendiri.

“Kelebihan kamiialahMuhamad seorang penulis dan menghasilkan lima buah buku. Jadi beliau kenal syarikat-syarikat penerbitan. Ia memudahkan kami untuk mendapat konsignasi buku-buku terbitan mereka,” katanya yang mengutamakan buku-buku keluaran penulis tempatan.

Buku-buku yang dijual juga ditapis dan mengutamakan buku-buku yang membina serta mematuhi syariat selain menggunakan bahasa yang standard.

“Bahan-bahan yang dijual mengguna tata bahasa yang betul termasuklah komik. Ini secara tidak langsung dapatmembantu meningkatkan tata bahasa terutama dalam kalangan pelajar sekolah,”katanya.

Mempunyai sasaran pasaran sendiri, kedai buku bergerak inimemberi keutamaan untuk jualan di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi selain menyertai karnival jualan di sekitar Lembah Klang.

Khidmat sosial

Adakalanyakedai buku bergerak iniakan berhenti di pasar-pasar tani yang menjadi tumpuan ramai.

“Orangkita ni suka membaca cuma mereka malas hendak pergi ke kedai buku, jadi untuk menggalakkan budaya membaca,kami sendiri datang menemui mereka di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan ramai.

“Maklum balas yang kami terima setakat ini sangat baik terutama berhubung konsep yang kami bawa,” katanya.

Ujar beliau, mereka yang datang tidak semestinya membeli buku, sebaliknya ada yang hanya singgah untuk membaca buku-buku yang dipamerkan sambil menikmati kopi panas yang disediakan.

Usaha ini merupakan sebahagian daripadakhidmat sosial mereka bagi menggalakkan masyarakat untuk menjadikan membaca sebagai sebahagian budaya dalam kehidupan seharian.

Bagi mendekati pelajar-pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi, mereka bukan sekadar datang untuk menjual buku sebaliknya turut menyediakan bengkel-bengkel secara percuma.

“Program yang kami jalankan bergantung kepada pelajar-pelajar yang ada. Jika di sekolah rendah, biasanya kami bawa bengkel melukis dan menulis, sementara sekolah menengah kami bawa bengkel penulisan, bengkel puisi dan sajak bergantung kepada minat sekolah itu,” katanya.

Bagi merealisasikan programdan mereka benar-benar serius dengan usaha tersebut,mereka membawa pakar dalam bidang-bidang berkenaan untuk mengendalikan bengkel.

“Kami juga menyumbang buku kepada perpustakaan di sekolah yang kami lawati, sebagai menghargai dan tanda terima kasih menerima kehadiran kami,”katanya yang turut menjelajah ke beberapa buah sekolah dan institusi pengajian tinggi negeri-negeri di selatan dan utara tanah air.

Menjual buku secara bergerak mempunyai cabarannya sendiri terutama ketika berhadapan dengan faktor cuaca.Setiap kali cuaca mendung, mereka akan bersiap sedia untuk menutup kedai dan menunggu di dalam van sehingga cuaca kembali normal.

MUHAMAD merupakan seorang penulis buku dan sudah menghasilkan lima buah buku.

 

Namun cabaran yang paling utama ialah mendapatkan program-programdi sekolah-sekolah.

“Sebab itulah kami harus kreatif untuk merencanakan program-program yang sesuai setiap kali turun membuat jualan. Jika van tidak bergerak bermakna tiada jualan boleh dibuat,”katanya yang berhasrat untuk memperluaskan lagi kedai bergerak mereka.

Kedua-dua sahabat ini juga merancang membina rakan niaga di beberapa buah negeri dengan konsep dan nama yang sama terutama di selatan, utara Sabah dan Sarawak.

“Matlamat kami adalah membantu masyarakat menjadikan buku sebagai teman setia. Kita harus mencontohi budaya membaca di negara-negara maju seperti Jepun kerana dengan buku kita boleh menimba ilmu,” katanya.

Sementara itu, sebagai satu inisiatif untuk merakyatkan budaya membaca dalam kalangan penjawat awam, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya, Perpustakaan Negara, Puspanita dan 1M4U telah melancarkan program Take a Break…Read@Putrajaya baru-baru ini.

Program yang julung-julung kalinya diadakan di Putrajaya itu telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa. Beliau sebelum inidinobatkan sebagai Ikon Membaca Kebangsaan Yang Pertama dalam kalangan penjawat awam.

Beliau menekankan bahawa budaya membaca seharusnya menjadi semua amalan penjawat awam, termasuk dalam kalangan ahli keluarga mereka kerana budaya membaca adalah elemen penting dalam membentuk masyarakat berilmu.

Beliau turut mengutarakan cadangan untuk menjadikan Putrajaya sebagai hab ilmu bersempena pelancaran Library on Wheels. Bagi merea­lisasikan program tersebut, bas-bas Nadi Putra akan menjadi perpustakaan bergerak, hasil sumbangan buku-buku dari Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita).

Hab ilmu

“Kedudukan geografi Putrajaya di tengah-tengah antara Kuala Lumpur, Cyberjaya, Bangi dan Dengkil seharusnya digunakan sepenuhnya sebagai pusat tumpuan untuk ilmu yang akan menjadi satu lagi tarikan untuk penduduk luar datang ke Putrajaya,” jelas beliau.

Beliau menekankan bahawa budaya membaca seharusnya menjadi semua amalan penjawat awam, termasuk dalam kalangan ahli keluarga mereka kerana ia adalah elemen penting dalam membentuk masyarakat berilmu.

Beliau turut mengutarakan cadangan untuk menjadikan Putrajaya sebagai hab ilmu sempena pelancaran Library on Wheels. Bagi merealisasikan program tersebut, bas-bas Nadi Putra akan menjadi perpustakaan bergerak, hasil sumbangan buku-buku daripada Puspanita. – Bernama

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1014&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz3GP4rqXYr
Hakcipta terpelihara

Kedai buku bergerak pertama di Malaysia : Astro Awani

Kedai buku bergerak pertama di Malaysia

Kedai buku bergerak pertama di Malaysia

Konsep kedai buku bergerak yang diusahakan oleh dua sahabat, Muhamad Ali dan Muhammad Azam Nor Anwar yang beroperasi sepenuhnya sejak tiga bulan lepas.–fotoBERNAMA
Kelibat van yang ditunggu- tunggu akhirnya tiba. Dari jauh jelas kelihatan padanan warna-warni terang hijau, oren dan kuning dengan tertera tulisan “Mobile Book Cafe” dan gambar buku menghiasi luar van.

Sebaik bahagian pintu belakang van dibuka, kelihatan tersusun cantik himpunan buku di atas ruang pameran yang diubahsuai. Semuanya untuk dijual kepada orang ramai terutama peminat buku.

Konsep kedai buku bergerak ini adalah yang pertama di Malaysia diusahakan oleh dua sahabat, Muhamad Ali, 50-an, dan Muhammad Azam Nor Anwar, 30-an.

TERCETUS IDEA

Beroperasi sepenuhnya sejak tiga bulan lepas, kedai buku bergerak yang dirancang sejak setahun lepas mengambil inspirasi daripada kedai buku bergerak milik Penguin Books di Amerika Syarikat.

Bercerita lanjut mengenai idea kedai buku bergerak itu, Muhammad Azam berkata sebaik mendapat idea itu, beliau terus menyuarakannya kepada Muhamad yang kebetulan mempunyai minat yang sama.

Muhamad Ali berdiri di hadapan kedai buku bergeraknya. -- Foto Bernama

Muhamad Ali berdiri di hadapan kedai buku bergeraknya. — Foto Bernama

Mereka berkenalan sejak enam tahun lepas ketika Muhamad masih bertugas sebagai pegawai kerajaan di bahagian teknologi maklumat manakala Muhammad Azam bekerja di bahagian pembekalan teknologi maklumat di sebuah syarikat swasta.

“Saya memang berhasrat untuk berhenti kerja dan memulakan perniagaan yang berkonsepkan perniagaan bergerak. Macam-macam yang difikirkan, akhirnya saya memilih buku kerana buku tidak pernah basi selain minat kami berdua dalam bidang penulisan”, katanya kepada Bernama.

Muhamad, yang juga penulis buku, turut mengambil keputusan bersara setelah berkhidmat 30 tahun.

Mengambil masa lapan bulan untuk proses kelulusan dan pengubahsuaian, Muhammad Azam berkata pada peringkat awal beliau harus mencari van yang sesuai yang boleh digunakan bagi tujuan itu.

“Ada yang mencadangkan mengambil lori dan bas tapi kami mahukan kenderaan yang tidak terlalu besar kerana kami mengambil kira masalah logistik terutama tempat letak kenderaan”, katanya.

Setelah itu, baru mereka pergi ke pejabat Puspakom dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk kelulusan bagi pengubahsuaian dijadikan kedai bergerak.

Proses itu mengambil masa agak lama sekitar empat bulan, kerana menurut JPJ, pihaknya tidak mempunyai rekod meluluskan kedai buku bergerak sebelum ini.

“Jadi kalau mengikut rekod JPJ, kedai kami ini adalah kedai buku bergerak yang pertama diluluskan JPJ di Malaysia”, katanya.

PROSES UBAHSUAI

Tidak mahu dikatakan seperti perpustakaan bergerak, Muhammad Azam berkata mereka cuba untuk lari daripada bayangan itu dengan mereka bentuk sendiri ruang van berkonsepkan praktikal dan pelbagai guna.

Apabila hanya menggunakan van sebagai kedai, cabarannya ialah ruang yang terhad dan perlu digunakan semaksimum mungkin, katanya.

Selama sebulan dihantar untuk pengubahsuaian, van itu direalisasi mengikut apa yang diimpikan mereka selama ini.

Seorang pejalan kaki melihat buku yang ditawarkan -- Foto Bernama

Seorang pejalan kaki melihat buku yang ditawarkan — Foto Bernama

Sebanyak 1,200 buah judul buku dapat diisi di ruang pameran selain 5,000 buah buku lagi boleh dimuatkan dalam van berkenaan.

“Kami belanjakan RM150,000 bagi keseluruhan kos kedai buku bergerak ini dengan separuh modal diperoleh melalui pinjaman bank”, katanya.

Buku-buku yang dibawa kebanyakannya diperoleh secara konsignasi dari syarikat penerbitan yang memberi kepercayaan selain ada yang dibeli sendiri.

“Kelebihan kami adalah Muhamad seorang penulis dan menghasilkan lima buah buku. Jadi beliau kenal syarikat-syarikat penerbitan. Ia memudahkan kami untuk mendapat konsignasi buku-buku terbitan mereka”, katanya, yang mengutamakan buku-buku keluaran penulis tempatan.

Buku-buku yang dijual juga ditapis dan mengutamakan buku-buku yang membina serta mematuhi syariat selain buku yang menggunakan bahasa yang standard.

“Bahan-bahan yang dijual mengguna tatabahasa yang betul termasuk komik-komik yang dijual. Ini secara tidak langsung bagi membantu meningkatkan tatabahasa terutama dalam kalangan pelajar sekolah”, katanya.

KHIDMAT SOSIAL MELALUI JUALAN BUKU

Mempunyai sasaran pasaran sendiri, kedai buku bergerak milik mereka memberi keutamaan untuk jualan di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi selain menyertai karnival jualan di sekitar Lembah Kelang.

Bukan itu sahaja, kadangkala kedai buku bergerak mereka akan berhenti di pasar-pasar tani yang menjadi tumpuan ramai.

“Kadangkala orang kita ni suka membaca tetapi malas hendak pergi ke kedai buku, jadi untuk galakkan budaya membaca itu, kami sendiri datang menemui mereka di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan ramai.

“Maklum balas yang kami terima setakat ini sangat baik terutama konsep yang kami bawa”, katanya.

Ujar beliau, mereka yang datang tidak semestinya membeli buku, sebaliknya ada yang hanya singgah untuk membaca buku-buku yang dipamerkan serta menikmati kopi panas yang disediakan.

Ini sebagai khidmat sosial mereka bagi memberi galakan kepada masyarakat untuk menjadikan membaca sebagai sebahagian budaya dalam kehidupan seharian.

Bagi mendekati pelajar-pelajar di sekolah dan institusi pengajian tinggi mereka bukan sekadar datang untuk menjual buku sebaliknya turut menyediakan bengkel-bengkel secara percuma.

“Program yang kami jalankan bergantung kepada pelajar-pelajar yang ada. Jika di sekolah rendah, biasanya kami bawa bengkel melukis dan menulis, sementara sekolah menengah kami bawa bengkel penulisan, bengkel puisi dan sajak bergantung kepada minat sekolah itu”, katanya.

Bukan sekadar tangkap muat, mereka bawakan pakar dalam bidang-bidang berkenaan bagi mengendalikan bengkel.

“Kami juga menyumbang buku kepada perpustakaan di sekolah yang kami lawati, sebagai menghargai dan tanda terima kasih menerima kehadiran kami”, katanya yang turut menjelajah ke beberapa buah sekolah dan insitusi pengajian tinggi negeri-negeri di selatan dan utara.

CABARAN DAN HARAPAN

Menjual buku secara bergerak mempunyai cabarannya sendiri terutama ketika berhadapan dengan cuaca hujan kerana buku sangat sensitif dengan air.

Muhammad Azam berkata setiap kali cuaca mendung, mereka akan bersiap sedia untuk menutup kedai dan menunggu di dalam van sehingga cerah kembali.

Namun cabaran yang paling utama ialah mendapatkan program-program terutama di sekolah-sekolah.

“Kerana itu kami harus kreatif untuk merencanakan program-program yang sesuai setiap kali turun membuat jualan. Jika van tidak bergerak bermakna tiada jualan boleh dibuat”, katanya yang berhasrat untuk memperluaskan lagi kedai bergerak mereka.

Mereka juga merancang membina rakan niaga di beberapa buah negeri dengan konsep dan nama yang sama terutama di bahagian selatan, utara Sabah dan Sarawak.

“Matlamat kami adalah membantu masyarakat menjadikan buku sebagai teman setia. Kita harus mencontohi budaya membaca di negara-negara maju seperti Jepun kerana dengan buku kita boleh menimba ilmu”, katanya. — Kurniawati Kamarudin

Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Gohttp://onthego.astro.com.my

Tag:buku

Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/kedai-buku-bergerak-pertama-di-malaysia-45730?cp

Mobile Bookshops Debut In Malaysia : BERNAMA

Mobile Bookshops Debut In Malaysia

 


Muhamad Ali standing in front of his mobile book shop. Foto Bernama
By Kurniawati KamarudinKUALA LUMPUR (Bernama) — The sight of the much awaited three coloured – orange, yellow and green – van with books depicted in its livery finally appeared on the street much to the delight of this writer.

The driver then parked the van at the roadside and opened the rear doors where the sight of rows after rows of neatly arranged books greeted the eyes.

A passerby takes a look at the books Foto Bernama

The van is a mobile bookshop with all the books within are for sale to the public.

This mobile bookshop – Mobile Book Cafe – is believed to be the first of its kind owned and operated by two friends, Muhamad Ali in his 50s and Muhammad Azam Nor Anwar in his 30s.

A NOVEL AND NOBLE IDEA

The mobile bookshop that was in planning for over a year and started operations three months ago drew inspiration from the mobile bookshops owned by renowned publisher in the United States, Penguin Books.

Elaborating further on the novel idea, Muhammad Azam says as soon as the idea cropped up, he shared it with Muhamad who by coincidence was contemplating on the same idea.

The duo have known each other for the last six years when both were working in the information technology section at a private company.

“After working for 30 years, I decided to move on and venture into mobile business. I pondered over the many things that I could sell, and finally decided on books as they were always in demand and the fact that both of us like writing”, Muhammad Azam said to Bernama.

A SIMPLE START

“Initially some suggested to us to consider a truck or a bus, but we had to take into consideration the logistic constraints especially looking at the fact we will be plying our trade on the parking lots”.

However, the problem with a van is its limited space and therefore modifications had to be made so that space is optimised to the maximum to suit the business model.

“The approval process to modify the van took about four months and based on the Road Transport Department’s (JPJ) record, we are the first mobile bookshop approved by JPJ in the country”, says Muhammad Azam.

The modification allowed 1,200 titles to be displayed on the racks and another 5,000 stored in the van.

“We spent RM150,000 for the mobile bookshop with half of the amount coming from the bank”, he adds.

Also they had to clearly differentiate the mobile bookstore van from mobile public libraries to ensure the success of their business model.

WHERE THE BOOKS ORIGINATE

The books are supplied by publishers with some bought and resold by the duo.

“Our advantage is that my friend Muhamad who had come up with five books knew the publishers. This enabled us to receive book consignments from them,” he says adding that the mobile bookstore gives priority for titles from local authors.

The Malay and English titles are carefully selected with priority for books with constructive content that conforms with the societal norms and helps in mastering the languages.

“The reading material we sell, including comics, use the correct grammar. This indirectly helps to improve the command in the languages among students”, he said.

SOCIAL SERVICE THROUGH SELLING OF BOOKS

The mobile bookstore’s target market is the schools, higher education institutions and sales carnivals throughout the Klang Valley.

“We realise that there are many out there who are eager to read but do not have the time or the opportunity to get to a bookshop, so in helping to fulfill their needs we get to them by being present at places where people congregate.

“The feedback that we received on this concept in so far has been positive”, he says.

Like in the bookshops, many just stop to glance through the books on display and enjoy the free coffee provided.

They are not obligated to buy the books and this is partly a social service to encourage people to read.

To get closer with students and undergraduates the mobile bookshop not only appears at the schools and campuses to sell books but also offers free programmes.

“The programmes depend on our target audience. When we are at the primary schools, we hold drawing and writing workshops, while at secondary schools we have workshops on writing and poem based on the interest shown by the school”, he points out adding that they invite experts to handle the programmes.

“We also contribute books for the school libraries that we go too as a sign of gratitude for allowing us to come in and sell books”

The mobile bookshop has visited several schools and higher education institutions in the northern and southern part of the country.

CHALLENGES AND HOPE

However, going place to place to sell books has its own set of challenges, including rain, as water can easily destroy the books.

Muhammad Azam says when the weather takes the turn for the worst, they get ready to close their mobile bookshop and wait in the van before the weather permits reopening of the mobile book shop.

Another big headache is convincing the schools with their programmes and the mobile bookshop.

“Thus we have to be creative in planning out suitable programmes each time we make our rounds. There is no sales if the van does not move”, he says adding that he plans to expand the mobile bookshop business.

The business expansion plans include the setting up of partnerships in several states at the north and south of the Peninsula, and Sabah and Sarawak.

“Our goal is to show to the people that ‘books are man’s best friend’ and to help the nation achieve the developed nation status by 2020 by encouraging its citizens to read more.

— BERNAMA

Kedai Buku Bergerak Pertama Di Malaysia : BERNAMA

Kedai Buku Bergerak Pertama Di Malaysia

 


Muhamad Ali berdiri di hadapan kedai buku bergeraknya. Foto Bernama
Oleh Kurniawati Kamarudin

KUALA LUMPUR (Bernama) — Kelibat van yang ditunggu- tunggu akhirnya tiba. Dari jauh jelas kelihatan padanan warna-warni terang hijau, oren dan kuning dengan tertera tulisan “Mobile Book Cafe” dan gambar buku menghiasi luar van.

Sebaik bahagian pintu belakang van dibuka, kelihatan tersusun cantik himpunan buku di atas ruang pameran yang diubahsuai. Semuanya untuk dijual kepada orang ramai terutama peminat buku.

Seorang pejalan kaki melihat buku yang ditawarkan Foto Bernama

Konsep kedai buku bergerak ini adalah yang pertama di Malaysia diusahakan oleh dua sahabat, Muhamad Ali, 50-an, dan Muhammad Azam Nor Anwar, 30-an.

TERCETUS IDEA

Beroperasi sepenuhnya sejak tiga bulan lepas, kedai buku bergerak yang dirancang sejak setahun lepas mengambil inspirasi daripada kedai buku bergerak milik Penguin Books di Amerika Syarikat.

Bercerita lanjut mengenai idea kedai buku bergerak itu, Muhammad Azam berkata sebaik mendapat idea itu, beliau terus menyuarakannya kepada Muhamad yang kebetulan mempunyai minat yang sama.

Mereka berkenalan sejak enam tahun lepas ketika Muhamad masih bertugas sebagai pegawai kerajaan di bahagian teknologi maklumat manakala Muhammad Azam bekerja di bahagian pembekalan teknologi maklumat di sebuah syarikat swasta.

“Saya memang berhasrat untuk berhenti kerja dan memulakan perniagaan yang berkonsepkan perniagaan bergerak. Macam-macam yang difikirkan, akhirnya saya memilih buku kerana buku tidak pernah basi selain minat kami berdua dalam bidang penulisan”, katanya kepada Bernama.

Muhamad, yang juga penulis buku, turut mengambil keputusan bersara setelah berkhidmat 30 tahun.

Mengambil masa lapan bulan untuk proses kelulusan dan pengubahsuaian, Muhammad Azam berkata pada peringkat awal beliau harus mencari van yang sesuai yang boleh digunakan bagi tujuan itu.

“Ada yang mencadangkan mengambil lori dan bas tapi kami mahukan kenderaan yang tidak terlalu besar kerana kami mengambil kira masalah logistik terutama tempat letak kenderaan”, katanya.

Setelah itu, baru mereka pergi ke pejabat Puspakom dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk kelulusan bagi pengubahsuaian dijadikan kedai bergerak.

Proses itu mengambil masa agak lama sekitar empat bulan, kerana menurut JPJ, pihaknya tidak mempunyai rekod meluluskan kedai buku bergerak sebelum ini.

“Jadi kalau mengikut rekod JPJ, kedai kami ini adalah kedai buku bergerak yang pertama diluluskan JPJ di Malaysia”, katanya.

PROSES UBAHSUAI

Tidak mahu dikatakan seperti perpustakaan bergerak, Muhammad Azam berkata mereka cuba untuk lari daripada bayangan itu dengan mereka bentuk sendiri ruang van berkonsepkan praktikal dan pelbagai guna.

Apabila hanya menggunakan van sebagai kedai, cabarannya ialah ruang yang terhad dan perlu digunakan semaksimum mungkin, katanya.

Selama sebulan dihantar untuk pengubahsuaian, van itu direalisasi mengikut apa yang diimpikan mereka selama ini.

Sebanyak 1,200 buah judul buku dapat diisi di ruang pameran selain 5,000 buah buku lagi boleh dimuatkan dalam van berkenaan.

“Kami belanjakan RM150,000 bagi keseluruhan kos kedai buku bergerak ini dengan separuh modal diperoleh melalui pinjaman bank”, katanya.

Buku-buku yang dibawa kebanyakannya diperoleh secara konsignasi dari syarikat penerbitan yang memberi kepercayaan selain ada yang dibeli sendiri.

“Kelebihan kami adalah Muhamad seorang penulis dan menghasilkan lima buah buku. Jadi beliau kenal syarikat-syarikat penerbitan. Ia memudahkan kami untuk mendapat konsignasi buku-buku terbitan mereka”, katanya, yang mengutamakan buku-buku keluaran penulis tempatan.

Buku-buku yang dijual juga ditapis dan mengutamakan buku-buku yang membina serta mematuhi syariat selain buku yang menggunakan bahasa yang standard.

“Bahan-bahan yang dijual mengguna tatabahasa yang betul termasuk komik-komik yang dijual. Ini secara tidak langsung bagi membantu meningkatkan tatabahasa terutama dalam kalangan pelajar sekolah”, katanya.

KHIDMAT SOSIAL MELALUI JUALAN BUKU

Mempunyai sasaran pasaran sendiri, kedai buku bergerak milik mereka memberi keutamaan untuk jualan di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi selain menyertai karnival jualan di sekitar Lembah Kelang.

Bukan itu sahaja, kadangkala kedai buku bergerak mereka akan berhenti di pasar-pasar tani yang menjadi tumpuan ramai.

“Kadangkala orang kita ni suka membaca tetapi malas hendak pergi ke kedai buku, jadi untuk galakkan budaya membaca itu, kami sendiri datang menemui mereka di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan ramai.

“Maklum balas yang kami terima setakat ini sangat baik terutama konsep yang kami bawa”, katanya.

Ujar beliau, mereka yang datang tidak semestinya membeli buku, sebaliknya ada yang hanya singgah untuk membaca buku-buku yang dipamerkan serta menikmati kopi panas yang disediakan.

Ini sebagai khidmat sosial mereka bagi memberi galakan kepada masyarakat untuk menjadikan membaca sebagai sebahagian budaya dalam kehidupan seharian.

Bagi mendekati pelajar-pelajar di sekolah dan institusi pengajian tinggi mereka bukan sekadar datang untuk menjual buku sebaliknya turut menyediakan bengkel-bengkel secara percuma.

“Program yang kami jalankan bergantung kepada pelajar-pelajar yang ada. Jika di sekolah rendah, biasanya kami bawa bengkel melukis dan menulis, sementara sekolah menengah kami bawa bengkel penulisan, bengkel puisi dan sajak bergantung kepada minat sekolah itu”, katanya.

Bukan sekadar tangkap muat, mereka bawakan pakar dalam bidang-bidang berkenaan bagi mengendalikan bengkel.

“Kami juga menyumbang buku kepada perpustakaan di sekolah yang kami lawati, sebagai menghargai dan tanda terima kasih menerima kehadiran kami”, katanya yang turut menjelajah ke beberapa buah sekolah dan insitusi pengajian tinggi negeri-negeri di selatan dan utara.

CABARAN DAN HARAPAN

Menjual buku secara bergerak mempunyai cabarannya sendiri terutama ketika berhadapan dengan cuaca hujan kerana buku sangat sensitif dengan air.

Muhammad Azam berkata setiap kali cuaca mendung, mereka akan bersiap sedia untuk menutup kedai dan menunggu di dalam van sehingga cerah kembali.

Namun cabaran yang paling utama ialah mendapatkan program-program terutama di sekolah-sekolah.

“Kerana itu kami harus kreatif untuk merencanakan program-program yang sesuai setiap kali turun membuat jualan. Jika van tidak bergerak bermakna tiada jualan boleh dibuat”, katanya yang berhasrat untuk memperluaskan lagi kedai bergerak mereka.

Mereka juga merancang membina rakan niaga di beberapa buah negeri dengan konsep dan nama yang sama terutama di bahagian selatan, utara Sabah dan Sarawak.

“Matlamat kami adalah membantu masyarakat menjadikan buku sebagai teman setia. Kita harus mencontohi budaya membaca di negara-negara maju seperti Jepun kerana dengan buku kita boleh menimba ilmu”, katanya.

— BERNAMA

 

Kedai Buku Bergerak: Utusan Malaysia 17/10/2014

 

Kedai buku bergerak

Konsep kedai buku bergerak yang diusahakan oleh dua sahabat, Muhamad Ali dan Muhammad Azam Nor Anwar yang beroperasi sepenuhnya sejak tiga bulan lepas.

Kelibat van yang ditunggu- tunggu akhirnya tiba. Dari jauh jelas kelihatan padanan warna-warni terang hijau, oren dan kuning dengan tertera tulisan “Mobile Book Cafe” dan gambar buku menghiasi luar van.

Sebaik bahagian pintu belakang van dibuka, kelihatan tersusun cantik himpunan buku di atas ruang pameran yang diubahsuai. Semuanya untuk dijual kepada orang ramai terutama peminat buku.

Konsep kedai buku bergerak ini adalah yang pertama di Malaysia diusahakan oleh dua sahabat, Muhamad Ali, 50-an, dan Muhammad Azam Nor Anwar, 30-an.

Beroperasi sepenuhnya sejak tiga bulan lepas, kedai buku bergerak yang dirancang sejak setahun lepas mengambil inspirasi daripada kedai buku bergerak milik Penguin Books di Amerika Syarikat.

Bercerita mengenai idea kedai buku bergerak itu, Muhammad Azam berkata sebaik mendapat idea itu, beliau terus menyuarakannya kepada Muhamad yang kebetulan mempunyai minat yang sama.

Mereka berkenalan sejak enam tahun lepas ketika Muhamad masih bertugas sebagai pegawai kerajaan di bahagian teknologi maklumat manakala Muhammad Azam bekerja di bahagian pembekalan teknologi maklumat di sebuah syarikat swasta.

“Saya memang berhasrat untuk berhenti kerja dan memulakan perniagaan yang berkonsepkan perniagaan bergerak. Macam-macam yang difikirkan, akhirnya saya memilih buku kerana buku tidak pernah basi selain minat kami berdua dalam bidang penulisan,” katanya kepada Bernama.

Muhamad, yang juga penulis buku, turut mengambil keputusan bersara setelah berkhidmat 30 tahun.

Mengambil masa lapan bulan untuk proses kelulusan dan pengubahsuaian, Muhammad Azam berkata pada peringkat awal beliau harus mencari van yang sesuai yang boleh digunakan bagi tujuan itu.

“Ada yang mencadangkan mengambil lori dan bas tapi kami mahukan kenderaan yang tidak terlalu besar kerana kami mengambil kira masalah logistik terutama tempat letak kenderaan,” katanya.

Setelah itu, baru mereka pergi ke pejabat Puspakom dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk kelulusan bagi pengubahsuaian dijadikan kedai bergerak.

Proses itu mengambil masa agak lama sekitar empat bulan, kerana menurut JPJ, mereka tidak mempunyai rekod meluluskan kedai buku bergerak sebelum ini.

“Jadi kalau mengikut rekod JPJ, kedai kami ini adalah kedai buku bergerak yang pertama diluluskan JPJ di Malaysia,” katanya.

Tidak mahu dikatakan seperti perpustakaan bergerak, Muhammad Azam berkata, mereka cuba lari daripada bayangan itu dengan mereka bentuk sendiri ruang van berkonsepkan praktikal dan pelbagai guna.

Apabila hanya menggunakan van sebagai kedai, cabarannya ialah ruang yang terhad dan perlu digunakan semaksimum mungkin, katanya.

Selama sebulan dihantar untuk pengubahsuaian, van itu direalisasi mengikut apa yang diimpikan mereka selama ini.

Sebanyak 1,200 buah judul buku dapat diisi di ruang pameran selain 5,000 buah buku lagi boleh dimuatkan dalam van berkenaan.

“Kami belanjakan RM150,000 bagi keseluruhan kos kedai buku bergerak ini dengan separuh modal diperoleh melalui pinjaman bank,” katanya.

Buku-buku yang dibawa kebanyakannya diperoleh secara dari syarikat penerbitan yang memberi kepercayaan selain ada yang dibeli sendiri.

“Kelebihan kami adalah Muhamad seorang penulis dan menghasilkan lima buah buku. Jadi beliau kenal syarikat-syarikat penerbitan. Ia memudahkan kami untuk mendapat buku-buku terbitan mereka,” katanya yang mengutamakan buku-buku keluaran penulis tempatan.

Buku-buku yang dijual juga ditapis dan mengutamakan buku-buku yang membina serta mematuhi syariat selain buku yang menggunakan bahasa yang standard.

khidmat sosial

Mempunyai sasaran pasaran sendiri, kedai buku bergerak milik mereka memberi keutamaan untuk jualan di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi selain menyertai karnival jualan di sekitar Lembah Kelang.

Bukan itu sahaja, kadangkala kedai buku bergerak mereka akan berhenti di pasar-pasar tani yang menjadi tumpuan ramai.

“Kadangkala orang kita suka membaca tetapi malas hendak pergi ke kedai buku, jadi untuk galakkan budaya membaca itu, kami sendiri datang menemui mereka di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan ramai.

“Maklum balas yang kami terima setakat ini sangat baik terutama konsep yang kami bawa,” katanya.

Ujar beliau, mereka yang datang tidak semestinya membeli buku, sebaliknya ada yang hanya singgah untuk membaca buku-buku yang dipamerkan serta menikmati kopi panas yang disediakan.

Ini sebagai khidmat sosial mereka bagi memberi galakan kepada masyarakat untuk menjadikan membaca sebagai sebahagian budaya dalam kehidupan seharian.

Bagi mendekati pelajar-pelajar di sekolah dan institusi pengajian tinggi mereka bukan sekadar datang untuk menjual buku sebaliknya turut menyediakan bengkel-bengkel secara percuma.

“Kami juga menyumbang buku kepada perpustakaan di sekolah yang kami lawati, sebagai menghargai dan tanda terima kasih menerima kehadiran kami,” katanya yang turut menjelajah ke beberapa buah sekolah dan insitusi pengajian tinggi negeri-negeri di selatan dan utara. – BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sastera/20141017/sa_01/Kedai-buku-bergerak#ixzz3GOxNfApy
© Utusan Melayu (M) Bhd

PROGRAM PERKHIDMATAN BERGERAK PROGRAM MOBILE COMMUNITY TRANSFORMATION CENTRE (MOBILE CTC) SEMPENA PROGRAM MESRA RAKYAT PERINGKAT DAERAH KULIM.

PERTAMA kali kami memohon untuk hadir menjual buku di karnival 1Pesara di MAEPS. Jualan tidak begitu bagus, tetapi sesi networking memang cantik… Di antaranya ialah saya berjumpa dengan rakan-rakan seuniversiti (yang akan bersara) buat pertama kalinya semenjak keluar universiti. Kami juga menerima kunjungan dari pelakon dan peramugari dalam aktiviti kami berikutnya hasil networking di MAEPS. Lebih bagusnya ialah apabila MoF menjemput kami ke acara di Kulim.

Progra CTC dalam mesra rakyat ini merupakan buat julung-julung kalinya pihak persendirian dijemput hadir. Kamilah itu…. Pihak lain semuanya agensi kerajaan. Tentu istimewa kan!.

IMG_6380

Terasa suasana kampungnya…

IMG_6544

Staf Perbadanan Menteri Besar.
MB mana? …

IMG_6387

Memberi lebih baik…

IMG_6391

Menompang glamor belon van lain …

IMG_6377

Tidak begitu meriah, tetapi bolehlah…

 

DUTA MBC

JIKA Cikgu Lim adalah cukgu PSS terbaik (setakat ini), maka Cikgu Rozette Rozana Mat Jana pula boleh dianggap sebagai duta MBC.

Screen Shot 2014-10-13 at 12.39.09 AM

Kami ke SK Tunas Jaya, Kulim Kedah pada 12 Okt 2014. Tarikh tersebut dipilih kerana ia adalah sehari selepas kami hadiri program PERKHIDMATAN BERGERAK PROGRAM MOBILE COMMUNITY TRANSFORMATION CENTRE (MOBILE CTC) SEMPENA PROGRAM MESRA RAKYAT PERINGKAT DAERAH KULIM.

Sama seperti Cikgu Lim ( http://mobilebookcafe.com/blog/?p=285 ), cikgu Rozzana melakukan perkara tambahan seperti berikut:

 

1. Pertemuan (dan breakfast) dengan Guru Besar

sklj_GB

2. Sediakan e-poster sebelum hari kejadian

sklj_poster

3. Keluar berita dalam akhbar tempatan selepas hari kejadian

Screen Shot 2014-10-13 at 10.48.38 PM

4. Murid-murid sangat teratur …

IMG_6520 IMG_6521

IMG_6522 IMG_6523 IMG_6524 IMG_6525  IMG_6527

sklj_mba_haiku

 

 

 

GURU PSS TERBAEK ! : LIM LAY MIEN

SEKIRANYA MobileBookCafe (MBC) mengadakan anugerah guru PSS terbaik, juaranya setakat ini disandang oleh Puan Lim Lay Mien dari Sekolah Menengah Lembah Keramat (SMKLK).

Apakah yang telah dilakukan oleh Puan Lim?.

  1. Mengatur semua murid dari tingkatan 1 hingga 4 turun ke MBC kelas demi kelas
  2. Empat hari kami di SMKLK, beliau sentiasa ada menemani kami
  3. Mempromosi buku-buku yang kami jual kepada pelajar dan guru
  4. Mengadakan meja khas untuk buku2 penulis MBC dan peluang autograf buku
  5. Memberi pinjam wang kepada pelajar yang tidak bawa wang untuk beli buku
  6. Merakam foto pada setiap hari kami di SMKLK
  7. Mengambil tempahan buku-buku MBC (dengan tawaran harga khas) untuk pelajar & guru
  8. dan tidak lupa …… belanja kami makan. Hmmmmmm

Terima kasih cikgu.

 

smklk2 smklk3 smklk4 smklk5 smklk6 smklk7 smklk8 smklk9 smklk10 smklk11 smklk12 smklk13 smklk14 smklk15 smklk16 smklk17 smklk18 smklk19 smklk20 smklk21 smklk23 smklk24 smklk25 smklk27 smklk28 smklk29 smklk30 smklk31 smklk32 smklk33 smklk34 smklk35 smklk36 smklk37 smklk39 smklk41 smklk42 smklk44 smklk46 smklk47 smklk48 smklk49 smklk50 smklk51 smklk52 smklk53 smklk54 smklk55 smklk56 smklk57 smklk58 smklk59 smklk60 smklk62 smklk63 smklk65 smklk66 smklk67 smklk68 smklk69 smklk79 smklk80 smklk81 smklk82 smklk83 smklk85 smklk86 smklk88 smklk89 smklk90 smklk91 smklk92 smklk93 smklk94 smklk95 smklk96 smklk100 smklk101 smklk102 smklk103 smklk106 smklk108 smklk109 smklk110 smklk111 smklk113 smklk120 smklk121 smklk122 smklk123 smklk124 smklk125

ORANG BESAR YANG SINGGAH DI MBC

MBC telah hadir ke majlis Ketua Setiausaha Negara (KSN), Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Ketua Setiausaha (KSU), Ketua Pengarah (KP) d)an Naib Canselor (VC). Kami dijemput hadir dalam aktiviti yang mereka rasmikan.

Bila tiba masa mereka mengunjungi booth, kami bersedia, namun mereka tidak singgah di booth kami. Dari jauh kami pandang kami. Agaknya mereka nampak unik dan teringin mahu pergi. Walau bagaimanapun mereka terikat dengan tatacara dan aturcara. Saya pernah terdengar yang pihak penganjur tidak benarkan mereka ke booth kami, secara lembut dan penuh diplomasi mereka memberitahu “Tan Sri, lepas ini sini, lepas ini sini dulu…. “.

Setakat ini MBC mengucapkan jutaan terima kasih kepada KSU Kementerian Pertanian dan Asas Tani, Datuk Ariff. Beliau bukan sahaja datang ke booth kami, malahan bertanya khabar, bertanya itu ini, membuat syor dan beliau beli buku yang kami jual!. Seterusnya kepada KPKR (Ketua Pengarah Kerja Raya) dan selepas itu Naib Canselor Universiti Malaya (UM). Beliau banyak sekali memberi kata-kata semangat dan motivasi kepada usaha kami menjaja buku kepada pembaca/pembeli.

Esok kami ke karnival yang akan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar pula. Beliau memang suka buku dan minat membaca. Kita lihat bagaimana …

IMG_6314

IMG_6324

IMG_6308

 

NOVEL TERPAKAI

 

KERAPKALI bila kami ke luar kota, ramai yang bertanya tentang buku MURAH atau buku TERPAKAI. Pada asalnya kami tidak berminat untuk membawa buku terpakai. Malahan buku yang kami bawa adalah yang TERBAHARU, ia itu terbitan 2014 atau akhir 2013 sahaja.

Walau bagaimanapun, menyedari hakikat bahawa bukan semua peminat buku mempunyai wang yang banyak, maka kami akur. Kami akan mula MEMBELI dan MENJUAL buku terpakai.

 

IMG_6190 IMG_6191 IMG_6192 IMG_6193 IMG_6194

 

Hari Raya Haji ke-3, kami dapat lagi 350 nasakh novel terpakai:-

novel-terpakai1 novel-terpakai3