Archives
now browsing by author
CORETAN MBC
1. MobileBookCafe (MBC) ialah sebuah Kedai Buku Bergerak dan bukan Perpustakaan Bergerak.
2. Mengapa BookCafe?. Mana Cafenya?:
Kami mengusahakan kafe-buku. Dalam kafe kami ada buku.
Walau bagaimanapun sesekali kami sediakan KOPI juga…
3. Mengapa MBC tidak datang apabila kami jemput?
Kami tidak boleh datang ke semua tempat. Kami perlu pilihan. Biasanya kami akan datang ke tempat yang kami boleh buat aktiviti mengenai buku. Pengalaman menunjukkan kami tidak boleh datang sekadar menompang aktiviti pihak lain.
JADUAL BULAN MAC 2015
MAC 2015
1. Buku & Bazaar
2-3. SK Bandar Seri Putra
4.
5-6, SK Setia Alam
9-13. SMK TTDI Jaya
15-21: CUTI SEKOLAH
22.
23. Methodist Girl School
24. SK Kg Belukar
25. SMK SG. Soi
26.SK Wira
27.SK Panching
30. SMK Sunway
31. SK Taman Kepong
TERUJA MELIHAT MBC DI PESTA BUKU SELANGOR 2014
Tuesday, September 2, 2014
Teruja Melihat MBC@Mobile Book Café di Pesta Buku Selangor 2014
MBC@MOBILE BOOK CAFE
Saya benar-benar teruja melihat jualan buku di dalam sebuah kenderaan yang telah diubah suai. Mengingatkan saya 30 tahun yang lalu, semasa di sekolah rendah tentang perpustakaan bergerak. Namun apa yang saya lihat hari itu, ia bukanlah perpustakaan bergerak, tetapi sebuah kedai buku bergerak yang dinamakan sebagai MBC@Mobile Book Cafe, satu inovasi baharu bagi penjual buku. Memang mengujakan sesiapa yang melihatnya, saya sempat meminta izin kepada pemiliknya, Tuan Muhammad Bin Ali atau nama pada muka bukunya Mba San.
Bercerita tentang MBC ini, Tuan MBA SAN memberitahu modal untuk ubah suai lebih kurang RM40,000. Setakat ini, menurut beliau yang berminat ramai, namun yang bersungguh-sungguh belum nampak lagi. Bagi saya, satu kejayaan buat negara, kerana ini julung-julung kalinya sebuah kenderaan berbentuk sebegitu, khas untuk menjual buku. Sebagai peminat buku, saya amat menyokong usaha-usaha sebegini. Menurutnya lagi, aktiviti-aktivit kini, banyak dilakukan di sekolah-sekolah, sudah banyak sekolah yang berminat untuk berkerjasama untuk menjayakan aktiviti berkaitan buku ini.
Saya sempat meninjau-ninjau setiap bahagian MBC tersebut, juga merakamkan di kamera saya, MBC yang comel dan sangat menarik sekali. Dalam hati, jika dapat sebuah, mesti seronok. Itu hanya angan-angan sahaja. Sempat juga membeli dua buah buku, untuk ole-ole di bawa balik. Mba San mengambil gambar untuk dimasukkan ke muka buku. Dalam hati, saya mendoakan, agar usaha-usaha ini akan beroleh kejayaan, dan akan mendapat pengiktirafan dari pihak-pihak yang peka tentang industri perbukuan negara. Ini juga satu kejayaan buat negara, syabad buat Tuan Muhammad Bin Ali, juga seorang penulis buku.
Tahniah!
Sumber:-
http://jaringanperkongsianmindaanda.blogspot.com/2014/09/teruja-melihat-mbcmobile-book-cafe-di.html
JADUAL FEBRUARI 2015
Minggu 1
1feb. Smk mak lagam
2feb smk bkt kuang
3feb sk seri jaya
4feb sma alfalah
5feb sk bukit kuang
6feb SMK Tanjung Lumpur
Minggu 2
8feb smkbanggol
9feb sksk / sk seri iman
10feb smk chukai
11feb SK Rantau Petronas
12feb sk binjai
13feb SK Fakeh Abdul Samad
Minggu 3
15feb: SESMA
16feb: SK Wira, Kuantan
17Feb: SMK Bukit Sekilau
18Feb:
CIKGU KAMIL
SEMALAM berlangsung sesi mitivasi 5A untuk pelajar tahun 6 bersama ibu-bapa SK SG. Rokam, Ipoh. Ia disampaikan oleh Cikgu Kamil, seorang motivator dan penulis buku “anag genius” dan “kek online”.
MobileBookCafe menyertai Cikgu Kamil bagi menjual buku-buku beliau di samping buku-buku lain. Sambutan amat menggalakkan.
Bunting Cikgu Kamil yg disediakan oleh Penerbit, Karangkraf.
Cikgu Kamil sedang autograf buku
Suasana dalam dewan. MOtivasi sedang dijalankan
Cikgu Kamil in action
Ibu bapa juga turut hadir bersama anak mereka
Pastikan kamu dapat 5A ya…
Salah seorang PIBG sekolah bersama famili.
Cikgu Kamil belanja kami makan di SG. Rokam.
MBC MASUK MHI TV3
Temuramah awal
Prof Irwan: MBC beri peluang kepada penulis yg sentiasa menyokong MBC
Jom kita tengok apa ada di belakang sana
Mike ini biar saya pegang…
Betul…. wa cakap lu..
Penerbit dan pengacara MHI bersama tim MBC
eh mana Azam? (dia ambil foto)
Prof Irwan dan Kablam bersama kami di MBC
Ini kopi “rahsia” MBC
Jom kita breakfast, kata penerbit
Betul….. saya belum pernah sampai Jepun.
PROJEK SENTUHAN KASIH FELDA
Pada bulan Disember 2015 ini, MobileBookCafe (MBC) tidak aktif berniaga. Ini adalah kerana sekolah cuti. Kami tidak turun ke sekolah. Walau bagaimanapun kami melakukan beberapa perkara seperti berikut:
- Pengiraan stok
- Pencarian dan pengujian POS (Point of Sales) System
- Membina katalog dan menghantarnya kepada GPM
- Menghantar buku-buku yang ditempah oleh pihak sekolah
- Bayar hutang kepada penerbit.
Kami turut hadir ke Projek CTC anjuran Kementerian Kewangan di Felda Tenggaroh 3, Mersing, Johor. Kami tetap hadir walaupun dari awal lagi kami sudah tahu jualan di pesta dan karnival begini tidak begiytu memberangsangkan.
Selamat tinggal 2014. Selamat datang 2015.