RAKAN-NIAGA

 

Kami mencari rakan niaga bagi setiap negeri di Semenanjung. Anda berminat?.

Antara Syarat Untuk Menjalankan bisnes sebagai Rakan-Niaga MBC:-

 

1. Minat buku

2. Ingin berniaga

3. Ada syarikat berdaftar. Jika belum, bolehlah mendaftar sebuah Enterprise, PLT atau Sdn Bhd. Kemudian buka akaun bank.

3. Jika sudah ada kenderaan yang sesuai (Van, Truck, lori dll), ia boleh diubahsuai menjadi MBC. Jika belum ada kenderaan, boleh BELI atau SEWA/PAJAK.

a). BELI: Perlu RM10k sebagai downpayment dan bayar sekitar RM1,7k+ ansuran bulanan.

b). SEWA: Bayaran pajakan bulanan ialah RM3k selama lima tahun.

c). SEWA BELI: Bayar sewa RM3k sebulan selama 6 hingga 12 bulan. Bila akaun bank sudah cantyik, boleh mohon pinjaman untuk beli dan sambung ansuran sekitar RM1.7k+ sebulan.

4. Deposit buku sebanyak RM10k diperlukan

5. MBC akan bekalkan buku (dengan diskaun minima 30%). MBC juga akan sediakan kursus/latihan/SOP dan membantu mencari sekolah serta aktiviti.

* Sasaran jualan ialah RM30k sebulan.

AGEN

Adakah anda berminat untuk menyertai MBC dan berniaga buku dengan modal yang sangat kecil?.

 

 

 

*Berapakah modal untuk membuka sebuah gerai atau kiosk buku di luar bandar?

-Minima RM50,000. Jika bergabung dengan MBC, ada RM2,000 sudah boleh jadi usahawan buku.

Begini caranya:-

RAKAN KONGSI MOBILEBOOKCAFE (MBC)

A. Rakan Kongsi Membeli Kenderaan

  1. Kondisi Kenderaan: Baru atau terpakai.
  2. Jenis Kenderaan: Van, Pick-up 4X4, lori kecil. Kini MBC ada Isuzu DMax, Ford Ranger, Ford Transit, Boon Koon dan Tata Xenon. Jika mahu guna bas atau truk besarpun boleh.
  3. Pendaftaran: Kenderaan hendaklah didaftarkan atas naka syarikat (enterprise atau PLT atau Sdn Bhd) dan bukan individu.
  4. Lesen Pemandu: Lesen D + GDL. Bagi bas dan loro besar, Lesen E + GDL
  5. Harga Kenderaan: Harga asas kenderaan + RM50,000 ubahsuai menjadi kedai buku bergerak. Paling murah ialah Boon Koon, RM70,000 lengkap dan siap ubahsuai.

B. Rakan Kongsi Memajak Kenderaan

  1. Kenderaan Boon Koon: RM3,000 sebulan selama 5 tahun
  2. Akhir tempoh sewaan, kenderaan menjadi milik penyewa
  3. Segala urusan penyenggaraan, alat ganti, road tax, insuran dan puspakom adalah tanggungan penyewa

C. Agen

  1. Memiliki sebuah kenderaan (kereta, van dll) untuk mengangkut buku
  2. Jualan buku menggunakan meja
  3. Modal awalan: RM2,000

Komitmen MBC

  1. Menyediakan buku untuk jualan secara consignment
  2. Memberi latihan, SOP, pakaian seragam, mascot
  3. Mencari lokasi perniagaan (sekolah dll)

 

JV DENGAN MBC

  1. Kenderaan milik pengusaha
  2. Sebuah syarikat PLT baru ditubuhkan. Pengusaha (49%) dan MBC (51%)
  3. Buku dan kelengkapan jualan disediakan oleh MBC
  4. Kenderaan pengusaha akan disewa oleh syarikat yang ditubuhkan dengan kadar yang dipersetujui
  5. Gaji staf akan ditanggung oleh syarikat yang ditubuhkan
  6. Pembahagian keuntungan adalah mengikut % pegangan dalam syarikat setelah menolak kos

 

 

 

 

MBC

 

 

Berminat? Sila PM MobileBookCafe   atau emel: info@mobilebookcafe.com

 

 

27 Comments to RAKAN-NIAGA

  1. samsuddin amar says:

    salam, saya berminat dan ada dijohor.

  2. Hanida Wan Hassan says:

    Salam,

    Saya berminat untuk menjadi rakan niaga, saya berada di Subang Jaya.

    Terima kasih.

  3. firdaus sulaiman says:

    saya berminat, kota damansara

  4. nuzaima says:

    saya juga berminat ingin berniaga buku bergerak

  5. farina says:

    Salam. Tuan, saya berminat. Mohon info syarat dan pelaksanaanya. Terima kasih.

  6. Nurul Ain says:

    Salaam…saya berminat untuk jadi Raman kongsi dan saya berada d kelantan

  7. Nurul Ain says:

    *Rakan

  8. sam.amar says:

    salam. mohon kirim syarat dan terma rakan niaga. saya di johor dan usahakan travel cafe dlm bas.
    terima kaseh

    sam.amar

  9. adib mohamed says:

    Assalamualaikum tn.. Mohon email. Pada saya..

  10. Ahmad says:

    Salam MBC,

    Mohon emelkan syarat dan keperluan ke email hilmi1585@gmail.com.

    Terima kasih.

  11. sam.amar says:

    salam tuan,
    masih tiada maklum balas ttg terma dan syarat??

    Bila boleh hantar???
    sam.amar
    terima kaseh

  12. rozwan says:

    Assalamualaikum, saya sekarang mengusahakan kedai buku berhadapan sebuah sekolah di Nilai. Berminat untuk mengetahui syarat untuk dipertimbangkan sebagai rakan niaga Tuan melalui Mobile Book Cafe. Mohon hantar maklumat. Terbaca article mengenai MBC did mstar online. TK

    • mbc-admin says:

      Waalaikumsalam;

      Saya akan emel syarat2nya.

      Terima kasih.

      • mbc-admin says:

        OK, program rakan-niaga kami seperti berikut:-

        A. PELESENAN

        – Tuan beli kenderaan dan kami lesenkan penggunaan MBC dengan kos pelesenan selagi mana kontrak berjalan.
        – Tuan perlu keluarkan RM10,000 sebagai downpayment kenderaan dan seterusnya membuat bayaran bulanan. Kos Kenderaan, siap dengan ubahsuai ialah RM75k (BoonKoon) hingga RM120k (Isuzu).
        – RM10k diperlukan sebagai deposit buku. Kami akan bekalkan buku2 secara consigment berdasarkan deposit.
        -RM500 sebulan atau RM5,000 setahun sebulan yuran pelesenan. Yuran ini membolehkan pihak puan menggunaka pakai jenama MBC, SOP, Latihan dan kami akan membantu puan untuk mendapatkan sekolah dan penulis bagi membuat aktiviti di sekolah.

        –> Kos permulaan RM10k + RM10k + RM5k = RM25k + ansuran bulanan (sekitar RM1k)
        –> Perniagaan menjadi hak tuan 100%

        B. PERKONGSIAN

        – Kita berkongsi menjalankan bisnes ini. Tuan 49% dan kami 51%
        – Tuan beli kenderaan (downpayment RM10k dan sama seperti di atas).
        – Kita akan menyewa kenderaan tuan, ia itu membayar ansuran bulanan.
        – Kami berikan buku, SOP, Latihan, sekolah, penulis dll.
        -TIADA yuran pelesenan.

        –> Kos permulaan : RM10k
        –> Ansuran bulanan dibayar oleh syarikat
        –> Keuntungan tuan 49%. Kami 51%

        C. PENYEWAAN

        -Tuan menyewa kenderaan kami bagi tempoh minima 5 tahun. Buat masa ini harga sewaan/pajakan sedang dirunding. Harga sewaan termasuk yuran pelesenan.
        – RM10k untuk deposit buku.
        – Selebihnya sama seperti di atas.

        –> Kos permulaan RM10k (deposit buku) + RM5k (sewa bulan pertama & deposit) = RM15k + sewaan bulanan
        –> Perniagaan tuan 100%

        Begitulah secara ringkas pilihan rakan-kongsi kami.

  13. Shahruddin Shafri says:

    Aslwb. saya berminat untuk menawarkan konsep ini di sebelah utara. boleh tuan berikan maklumat detail untuk saya hubungi. tk

    shahruddin shafri
    shahruddin@ukm.edu.my

  14. sam.amar says:

    salam tuan,
    bagaimana dgn saya yang sudah ada kenderaan utk promosi? berapa pulaK KOSNYA.
    HARAP DAPAT PERJELASAN KRN SAYA BERADA DIjOHOR.

  15. Mohd Syazni Mohamad Shariff says:

    Assalamualaikum tuan, saya menjalankan perniagaan kedai buku di Pulau Pinang dan amat berminat untuk menjadi rakan kongsi tuan…mohon emailkan detail term & condition..terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.