WAKAF BUKU

mba-mbc-meeting

IDEA atau ilham boleh datang dalam pelbagai bentuk dan melalui pelbagai arah. Idea tidak boleh dituntut sebagai hakcipta atau paten selagi ia tidak tulis atau dibuat. Idea tinggal idea.

Kita biasa dengar dan lihat aktiviti wakaf al-Quran kan?. Kerap kali saya lihat di pasaraya atau pasar tani sebagai biasa sahaja. Ia tidak mendatangkan apa-apa idea kepada saya. Namun semalam, dalam mesyuarat Pengusaha MBC, perkara ini diusulkan. Ya, ia memang masuk akal. Ia serampang banyak mata. Maka selepas ini MBC akan laksanakan skim atau aktiviti wakaf alQuran ini.

Wakaf Buku

Buku juga boleh diwakafkan. Ia tidak bermaksud berikan buku terpakai atau yang tidak diperlukan kepada pihak lain. Paling elok untuk dihadiah atau diwakafkan ialah apa-apa yang kita sayangi, bukan yang ingin kita buang. OK … bila MBC pergi ke sekolah-sekolah, kerapkali murid minat kepada buku-buku mahal yang tidak mampu bilik. Kerap kali juga perpustakaan sekolahpun tidak mempunyai bajet yang mencukupi untuk membeli buku jenis ini. Jadi…. MBC akan menggerakkan jentera “Wakaf Buku” untuk sekolah dan pihak-pihak yang memerlukan. Bermula dengan 10 sen, ia boleh diwakafkan. Menarik bukan?.

Alumni

Jika kami mempunyai masa yang panjang, sebelum ke sekolah, kami akan war-warkan kepada orang ramai, khususnya alumni sekolah tersebut. Jika ada yang berminat untuk wakaf buku, dengan cara mengirimkan duit kepada MBC untuk dibelikan buku dan dihadiahkan kepada sekolahnya. Ini projek Wakaf Alumni kami.

Screen Shot 2016-05-01 at 3.53.35 PM

MBC yang ke-8.

Sekian.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.