AKTIVITI

now browsing by category

 

MOBILE BOOK CAFE DI SEKOLAH SRI SEREMBAN

[PETIKAN DARI LAMAN WEB SEK SRI SEREMBAN]

Rabu, 14 November, Sekolah SRI Seremban, perpustakaan sekolah SRI Seremban menganjurkan program Mobile Book Cafe untuk memberi pendekatan kepada murid tahap 2 tentang Mobile Book Cafe dan cara – cara menulis novel dan melukis komik.  Disamping itu, mereka diberi peluang untuk melihat Mobile Book Cafe dan merasai pengalaman menaiki sambil membaca buku – buku yang disediakan oleh Mobile Book Cafe.

SK KEPONG, KUALA TERENGGANU

  1. SK Kepong buat jemputan untuk MBC Terengganu pada 6 Jun 2018. Disebabkan hal yang tidak dapat dielakkan, saya dari MBC HQ hadir hari ini 30 Jun ke sekolah tersebut.
  2. Sebenarnya sudah lama saya sendiri tidak pergi ke sekolah buat jualan. Travel dari Kajang ke Terengganu sebelah petang, saya berhenti menginap di Raub. Meninggalkan buku untuk Agen yang buat jualan di Raub. Pagi-pagi lagi saya dan Faiz menuju ke Terengganu. Tiba sahaja sempat solat Jumaat.
  3. Sabtu pagi kami menemui MBC Terengganu untuk ambil semua baki buku. Ini adalah kerana MBC Terengganu ingin menamatkan khidmat dengan kami atas masalah-masalah tertentu. Kini kami mencari agen atau rakan niaga baru di terengganu.
  4. Selesai mengambil buku, kami mengira buku di Pantai Batu Burok. Selesai menhgira kami luch tepi pantai dan selepas itu chack-in di TH Hotel & Convention center.
  5. Sebelah malamnya ada jamuan makan malam ke-45 SESMA. Sekolah saya 45 tahun yang lalu. Turut hadir YAB Menteri Besar Terengganu yang juga bersekolah di situ.
  6. Pagi-pagi lagi kami telah tiba di SK Kepong. Tunggu di luar pagar sehingga dibenarkan masuk oleh pihak sekolah.
  7. Rombongan kami, saya dan maskit diiringi oleh pasukan kompang masuk ke dewan. Duduk di kerusi VIP diikuti nyanyian dan ucapan-ucapan serta beryukar-tukar cenderamata.
  8. Selesai perhimpunan, pelajar naik ke kelas dan kami set meja jualan. GPK dan GPM turut sama melayani kami. Mereka bersama kami seharian. Wah bertuah betul kami. Lepas itu dijamu keropok lekor dan nasi kerabu pula.
  9. Murid datang kelas demi kelas ke jualan kami dan setiap kelas pasti ada yang membeli. Bukan sedikit, tapi ramai dan banyak. Mereka bawa duit raya, cikgu kata. BAnyak buku yang kami bawa habis terjual dan bersepah di atas meja. Ia adalah fenomina biasa. Dari situ timbul idea untuk penggunaan bakul supaya buku tidak bersepah dan plastk alas buku supaya buku kebih kemas tersusun. Lain kali. Alhamdulillah, jualan sangat memberangsangkan.
  10. Ikuti foto-foto yang dirakam sendiri oleh GPK untuk tatapan semua …

LADAP GURU-GURU SELANGOR KE OSAKA, JEPUN

  1. Cikgu Mazlina minta saya buatkan pakej ke Jepun dengan perbelanjaan keseluruhan tidak melebihi RM3,500. Saya cuba buat pengiraan, lihat sebutharga, pergi MATTA. Umumnya pakej ke Jepun adalah antara RM5k ke RM6k.
  2. Semasa Cikgu Mazlina menunaikan fardhu Haji di Mekah, saya iklankan keperluan tersebut dalam Facebook. Hasilnya saya memperolehi beberapa sebutharga. Saya pilih satu dan cuba pergi bersama mereka pada bulan Februari 2018. Menarik, berpengetahuan luas, peka dan berkeyakinan. Saya pilih operator ini untuk grup Cikgu Mazlina.
  3. Berikut adalah itinerari bagi 42 orang guru ini
  4. Kami hidangkan foto – Biarlah gambar berbicara:-

ITINERARI LADAP KE OSAKA-KOBE-KYOTO UNTUK GURU SELANGOR

HARI PERTAMA (Jumaat – 27 April 2018)
– Tiba di Kansai International Airport, Osaka (15:25 pm)
– Airport transfer ke hotel penginapan (17:00 pm)
– Daftar masuk penginapan – Rehat

HARI KEDUA (Sabtu – 28 April 2017)
– Lawatan ke Osaka Castle (08:00 am)
– Lawatan ke Tempozan (makan & menaiki Giant Ferris Wheel & Santa Maria Cruz)
– Lawatan ke Umeda Sky Building (Solat di JR Osaka Station)
– Kembali ke hotel penginapan & rehat

HARI KETIGA (Ahad – 29 April 2017)
– Lawatan ke Disaster Reduction and Human Renovation Institution, Kobe (08:00 am)
– Kembali ke Namba, Osaka (makan dan solat)
– Lawatan ke Namba, Dotonbori & Shinsaibashi
– Kembali ke hotel penginapan & rehat

HARI KEEMPAT (Isnin – 30 April 2018)
– Lawatan ke Gion, Kyoto (08:00 am)
– Lawatan ke Arashiyama Togetsukyo Bridge, Kyoto
– Lawatan ke Arashiyama Hutan Buluh, Kyoto
– Kembali ke hotel penginapan & rehat

HARI KELIMA (Selasa – 01 Mei 2018)

– Daftar keluar penginapan (07.30 am)
– Letak bagasi di hotel penginapan
– Bertolak ke Maishima Sludge Center (08:00 am)
– Lawatan ke Maishima Sludge Center (13:00 pm)
– Airport transfer ke Kansai International Airport, Osaka (18:00 pm)
– Berlepas ke Kuala Lumpur (22:00 pm)

*RM1990 ground utk Japanese Hotel
*RM2990 ground untuk Western Hotel

SK SERI BINTANG SELATAN BERSAMA PENULIS

MBC ke SK Seri Bintang Selatan, KL selama tiga hari. Hari pertama kami bawa maskot sebagai gimik untuk perasmian NILAM mereka. Ia diikuti dengan penambilan Puan Nor Azimah (Kak Dee) penulis MBC bersama kanak-kanak bercerita mengenai buku-bukunya.

Sesi Bercerita Hari ini bersama Norazimah Abu Bakar.
1. Kisah Si Anak Rusa
2. Buku Puisi Nenda

Hari kedua, murid-murid tahap dua diserikan dengan kehadiran Ana Balqis, juga penulis MBC yang bercerita mengenai novel Janji Juma.

Hari ketiga hanya jualan.

Kesemuanya PERCUMA tanpa satu sen pun duit dibelanjakan oleh pihak sekolah. Kami gembira, sekolah selesa dan murid-murid suka.

 

*Berbanyak-banyak terima kasih Kak Dee & Ana Balqis.

 

BLIND DATE WITH A BOOK – EPISOD MENCARI PEMENANG

HARI ini MBC ingin cari pemenang untukj hadiah buku bernilai RM5,000. Susah juga mahu cari pemenang ini…

Tiga sekolah tertinggi, ia itu paling banyak pelajar ambil bahagian dalam Blind Date ialah:-

1). SMK Serating, Terengganu: 401 pelajar

2) SK Intan Perdana, Post Dickson 280 pelajar

3)SK Taman Sri Muda, KL. 162 pelajar

Sekiranya tiga sekolah ini ditakdirkan menang untuk berkongsi hadiah RM5,000 itu, kira adil atau tidak?.

 

 

 

MBC Melaka di Muar

Aktiviti Mewarna & Blind Date With A Book di SK PArit Kadzi, Muar oleh MBC Melaka.

BENGKEL MENULIS BUKU AKTIVITI MBC

  1. Ramai orang boleh menulis. Suka menulis. Namun tidak tahu ke mana mahu diterbitkan
  2. Ada yang minat menulis, namun tidak pernah cuba sebab takut. Macam2 takut
  3. Jika tidak pandai menulis, tapi boleh melukis juga bagus. Boleh terbitkan buku
  4. Rami juga yang hantar manuskrip yang tidak menepati keperluan sebab tidak mahu hadir bengkel
  5. Bengkel buku kali ini tidak ajar bagaimana ingin menulis atau melukis, tapi beri format, nasihat dan piawai supaya manuskrip yang dihasilkan boleh diterbitkan.

BENGKEL BUKU. AKTIVITI MBC
PADA AHAD – 22 OKTOBER 2017
Yuran penyertaan RM90. Makan secara potluck.
Untuk tempahan tempat. Bank in
MAYBNK 562414518430
WSP SLIP BNK ANDA
019- 3887659

 

MBC KEDAH DI DAERAH KUALA KETIL

MBC Kedah sedang berada di beberapa buah sekolah di daerah Kuala Ketil.

Selamat maju jaya.

 

AKTIVITI BENGKEL MENULIS BUKU LEPAS UPSR

SELEPAS peperiksaan UPSR nanti, #mobilebookcafe ada program khas yang sangat berfaedah untuk pelajar dan sekolah. Kami akan adakan bengkel menulis buku. Hasil tulisan ini akan dijadikan buku untuk diterbitkan oleh pihak kami.

Pelajar/sekolah akan menerima bayaran royalti hasil jualan buku tersebut.

Kami hanya caj RM10 sahaja untuk seorang pelajar.

Jika berminat oleh whatsapp 019.3887659

Terima kasih.