SK KEPONG, KUALA TERENGGANU

  1. SK Kepong buat jemputan untuk MBC Terengganu pada 6 Jun 2018. Disebabkan hal yang tidak dapat dielakkan, saya dari MBC HQ hadir hari ini 30 Jun ke sekolah tersebut.
  2. Sebenarnya sudah lama saya sendiri tidak pergi ke sekolah buat jualan. Travel dari Kajang ke Terengganu sebelah petang, saya berhenti menginap di Raub. Meninggalkan buku untuk Agen yang buat jualan di Raub. Pagi-pagi lagi saya dan Faiz menuju ke Terengganu. Tiba sahaja sempat solat Jumaat.
  3. Sabtu pagi kami menemui MBC Terengganu untuk ambil semua baki buku. Ini adalah kerana MBC Terengganu ingin menamatkan khidmat dengan kami atas masalah-masalah tertentu. Kini kami mencari agen atau rakan niaga baru di terengganu.
  4. Selesai mengambil buku, kami mengira buku di Pantai Batu Burok. Selesai menhgira kami luch tepi pantai dan selepas itu chack-in di TH Hotel & Convention center.
  5. Sebelah malamnya ada jamuan makan malam ke-45 SESMA. Sekolah saya 45 tahun yang lalu. Turut hadir YAB Menteri Besar Terengganu yang juga bersekolah di situ.
  6. Pagi-pagi lagi kami telah tiba di SK Kepong. Tunggu di luar pagar sehingga dibenarkan masuk oleh pihak sekolah.
  7. Rombongan kami, saya dan maskit diiringi oleh pasukan kompang masuk ke dewan. Duduk di kerusi VIP diikuti nyanyian dan ucapan-ucapan serta beryukar-tukar cenderamata.
  8. Selesai perhimpunan, pelajar naik ke kelas dan kami set meja jualan. GPK dan GPM turut sama melayani kami. Mereka bersama kami seharian. Wah bertuah betul kami. Lepas itu dijamu keropok lekor dan nasi kerabu pula.
  9. Murid datang kelas demi kelas ke jualan kami dan setiap kelas pasti ada yang membeli. Bukan sedikit, tapi ramai dan banyak. Mereka bawa duit raya, cikgu kata. BAnyak buku yang kami bawa habis terjual dan bersepah di atas meja. Ia adalah fenomina biasa. Dari situ timbul idea untuk penggunaan bakul supaya buku tidak bersepah dan plastk alas buku supaya buku kebih kemas tersusun. Lain kali. Alhamdulillah, jualan sangat memberangsangkan.
  10. Ikuti foto-foto yang dirakam sendiri oleh GPK untuk tatapan semua …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.