October, 2016
now browsing by month
SK GEMAS
!7-18 Oktober 2016 (Isnin-Selasa)
Ini adalah merupakan lawatan tahun kedua MBC ke SK Gemas.
Jadual dan aturcara SK Gemas yang boleh dicontohi.
SK Gemas
Murid-murid berbaris ke MBC
Rancak dan ramai pembelinya
Hari kedua, saya datang beri ceramah kerjaya/menulis
Menulis Pengalaman – Pengalaman Menulis
MBC N.9
Kelas Haiku oleh En. Halim.
MBC ROAD TOUR KE TAMPIN
26 September: SMK Taman Indah,
Sekolah pertama dalam siri MBC Roadtour di Tampin. Terima kasih kepada PPD dan PKG Tampin, dan semua sekolah yang terlibat.
Di sekolah inilah saya Halim (MBC) buat pertama kalinya mengadakan bengkel mini Haiku untuk pelajar. Saya mohon ribuan maaf kerana banyak kekurangan dari saya dan pelajar tidak dapat memahami dengan baik. Pengalaman pertama.
27 September: SK Tunku Syed Syaaban
Sekolah kedua dalam siri MBC Roadtour Tampin. Aktiviti utama kat sini mewarna dan sesi bersama mascot selain lawatan ke van buku.
Terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberi kebenaran kepada MBC parking sehari lebih awal (selepas selesai di sekolah pertama).
Sebenarnya kami MBC (Halim dan Mahadi) balik ke Kajang setiap hari dengan kereta.
28 September: SMK Tunku Syed Idrus
Hari ni MBC @ SMK Tunku Syed Idrus, Tampin, Negeri Sembilan. Meriah sessi bersama penulis novel seram Sdr Naim Tamdjis. Saya Halim MBC pula yang terlebih kempen buku. Tq
Walaupun pihak sekolah agak sibuk dengan pelbagai aktiviti, namun ramai pelajar dan guru sempat mengunjungi kami termasuk guru pelawat.
Sekolah ketiga dalam edisi MBC Roadtour Tampin dan sekolah menengah pertama. Terima kasih cikgu kerana memberi kebenaran parking sehari lebih awal.
29 September: SK Keru
Hari ni Mobilebookcafe MBC berada di Sekolah Kebangsaan Keru, Tampin. Sekolah keempat dari siri MBC Roadtour Tampin.
Pendek sahaja nama sekolah dan senang diingati namun bangunannya indah dan persekitarannya nyaman sesuai untuk Haiku alam sekitar.
Terima kasih cikgu di atas kebenaran parking sehari lebih awal. Juga di atas jemputan untuk berucap semasa perhimpunan pagi. Terharu dengan sambutan pihak sekolah termasuk brosur MBC yang menarik dan jamuan pagi yang berat masakan nogori bersama Guru Besar.
Meriah dengan peraduan mewarna, sessi bersama mascot dan lawat ke van buku. Bengkel Haiku juga berjalan dengan lancar sesuai dengan alam sekitar di belakang sekolah.
30 September: SK Tunku Besar Tampin
Sekolah kelima dalam siri MBC jelajah Tampin. Inilah sekolah yang paling ramai pelajar setakat ni.
Terima kasih kepada pihak sekolah di atas kebenaran parking sehari lebih awal.
Padat dengan pelbagai aktiviti. Peraduan mewarna (kertas mewarna pihak sekolah sendiri), lawatan ke van buku, sessi bersama penulis (jemputan pihak sekolah sendiri), bengkel Haiku juga berjalan lancar. Majlis penutupan juga meriah dengan pembahagian hadiah kepada pemenang mewarna. Mascot dipakai sepenuhnya oleh pelajar sendiri.
Di hari hari yang lain kami kerapkali park kereta atau van MBC sekejap di luar sekolah untuk menjamu selera di Restoren Nasi Ayam Gemas, kami selalu ditegur pelajar dan pengawal keselamatan bertanyakan buku.
4 Oktober: SMA Repah
Hari ini MBC berada di SMA Repah, Tampin bersama novelis Naim Tamdjis.
Minggu kedua MBC di Tampin. Sekolah keenam dalam siri MBC Road Tour Tampin. Satu satunya sekolah agama.
Terima kasih cikgu kerana menjamu kami di ‘kantin’ luar sekolah. Kantin sekolah yang baru sedang dalam pembinaan. Depan sekolah ni adalah laluan Tampin – Gemas yang agak sibuk. Kami dah banyak kali lalu depan sekolah ni dalam misi Road Tour Tampin akhirnya singgah juga.
Terima kasih tak terhingga kepada novelis Naim Tamdjis, dah dua kali bersama kempen kami di Tampin. Alhamdulillah dapat menaikkan jualan novel Melayu kat sini samada seram atau tak seram. Kat sini pelajar tinggal di asrama, mungkin sebab tu yang kurang seram lebih diminati.
Terima kasih juga kepada pihak sekolah di atas kebenaran parking van buku selepas tamat aktiviti kat sekolah (biasanya parking awal, kali ni parking sebelum ke sekolah seterusnya). Jumpa lagi. Tak lupa juga terima kasih cikgu ambil buku LO untuk perpustakaan sekolah.
5 Oktober: SJKT Ladang Repah
Sekolah ketujuh dalam siri MBC Road Tour Tampin. Sebelum ini MBC Sentral pernah melawat sebuah sekolah Tamil di Lembah Klang.
Jumlah pelajar di sekolah ni cuma 60 orang lebih. Majoriti pelajar membawa bekalan makanan dan minuman masing masing jadi hampir tiada keperluan membawa wang ke sekolah. Majoriti yang membeli adalah cikgu termasuk untuk anak murid. Tq
Sungguh nyaman alam sekitar di sekolah ni dan bengkel Haiku berjalan dengan lancar. Pelajar terbaik Haiku mengarang sehingga 3 buah Haiku yang baik.
Jika tidak bersams MBC, mungkin kami tidak berpeluang datang ke SJKT.
6 Oktober: SJKC Chung Hua, Tampin
Sekolah Cina
Mobilebookcafe datang
Pelajar suka
Sekolah kelapan dalam siri MBC Road Tour Tampin. Ini merupakan pengalaman pertama MBC di SJKC. Saya sendiri (Halim MBC) sebelum ni cuma pergi ke sekolah Cina di Puchong untuk mengundi semasa PRU.
Ramai juga pelajar Melayu dan India di sekolah ini. Jadi bolehlah juga jual buku kanak kanak versi BM dan BI. MBC tidak ada sangat buku dalam bahasa ibunda Cina kecuali sedikit yang terpakai ( dulu memang ada banyak buku Cina namun tak pernah terfikir akan datang ke sekolah Cina, jadi kebanyakannya saya dah ‘letgo’ murah).
Bengkel Haiku juga berjalan lancar ditambah dengan terjemahan dari guru. Pelajar terbaik Haiku akhirnya juga adalah pelajar yang membeli buku terbanyak. Terima kasih.
Sehari sebelum datang ke sekolah ni kami mohon kebenaran PKG Tampin untuk parkir van MBC di dalam kawasan sekolah SK Tengku Zainun memandangkan tak sesuai parkir awal di SJKC Chung Hwa, Tampin.
7 Oktober: SJKC Kampung Baru, Tampin.
Sekolah kesembilan dalam siri MBC Road Tour Tampin. Pengalaman kedua MBC di SJKC.
Sekolah ini sangat indah dengan bangunan yang cantik dan pelbagai flora fauna yang nyaman. Memang sesuai untuk bengkel Haiku yang berjalan lancar.
Terletak di kawasan perumahan. Pengawal keselamatannya sangat peramah dan dikenali oleh hampir semua guru, pelajar dan ibubapa sebagai ‘Abang Hansem’ (boleh jadi tajuk novel yang menarik ni).
Ramai ibubapa berminat nak beli buku terutamanya ibu pelajar Melayu, namun MBC kena tutup awal sikit untuk solat Jumaat.
Selepas tutup jualan di sekolah ni, kami parkir van MBC sekali lagi di SK Tengku Zainun termasuk hari minggu. Terima kasih sekali lagi kepada SK Tengku Zainun dan pejabat PKG. Jasa anda dikenang.
10 Oktober: SK Dr. Sulaiman
Pagi Yang Panas
Berlatih Haiku Spontan
Semuanya Bagus
Sekolah kesepuluh dalam siri MBC Road Tour Tampin. Dah masuk minggu ketiga dan terakhir.
Hari ini agak panas dari pagi. Aktiviti peraduan mewarna diadakan untuk tahap 1. Pemenang dipilih dan hadiah buku diberikan oleh Tuan Guru Besar bersama mascot. Bengkel Haiku juga diadakan untuk tahap 2. Majoriti pelajar membuat Haiku secara spontan tanpa kertas dan kebanyakannya adalah Haiku yang diterima.
Terima kasih juga kepada pihak sekolah atas kebenaran untuk parkir van MBC sebelum ke sekolah seterusnya keesokan hari.
11 oktober: SJK(T) Tampin
Haiku:
Sekolah Tamil
Mobilebookcafe Datang
Pelajar Suka
Sekolah kesebelas dalam siri MBC Road Tour Tampin.
Mohon maaf rupanya nombor telepon cikgu PSS SJKT Tampin tidak ada dalam ‘Whatsapp Group’ MBC Road Tour. Jadi saya Halim terlepas pandang jika ada sebarang pertanyaan awal dari pihak sekolah.
Namun begitu lawatan MBC ke SJKT Tampin berjalan lancar walaupun tak sempat mengadakan bengkel Haiku contohnya. Ternyata pelajar suka membaca dan juga pandai tawar menawar.
Mengikut Guru Besar, sekolah memang ada aktiviti membaca setiap hari Sabtu. Mohon maaf juga kami tidak ada sebarang buku Tamil. Saya terharu juga tengok pelajar India membeli novel Melayu termasuk novel seram, novel Ramli Awang Murshid selain dari novel Inggeris. Tahniah juga kepada para guru yang membeli buku untuk pelajar. Terima kasih.
12 Oktober : SK Tunku Zainun
Hari ini dan Insyaallah esok juga MBC berada di SK Tengku Zainun (SKTZ), Tampin. Terima kasih Cikgu kerana menjemput MBC buat kali kedua ( kali pertama masa bulan puasa tahun ni juga). Tq
Sepatutnya sekolah terakhir MBC Road Tour Tampin adalah SMK Tunku Besar pada 12/Okt. Tapi dah ditunda ke masa lain kerana ada peperiksaan PT3.
Namun MBC mendapat jemputan dari SKTZ selama dua hari 12 dan 13/Okt. SKTZ tidak termasuk dalam senarai MBC Road Tour Tampin kerana SKTZ lah sekolah di Tampin yang mula mula sekali menjemput MBC semasa bulan puasa tahun ni. Tanpa SKTZ dan pejabat PKG Tampin (dalam kawasan sama) mungkin belum timbullah MBC Road Tour Tampin. MBC mengucapkan berbanyak terima kasih kepada SKTZ kerana terus menjemput MBC (tak lupa juga Pn Rosalina PKG Tampin) dan di sini juga tumpang parkir paling lama ( termasuk sebelum MBC nak ke Gemas mulai 17/Okt).