November, 2015

now browsing by month

 

‪#‎MCLIVE‬ UiTM, Shah Alam

 

#mclive

#McLIVE di UiTM Shah Alam.

 

MBC_UiTM4 MBC_UiTM3 MBC_UiTM2 MBC_UiTM1

MBC 2.0

 

Akhirnya setelah melewati empat (4) jumaat, MBC 2.0 siap juga diwarna dan disolek.

 

IMG_3162 IMG_3165 IMG_3169 IMG_3170

JUALAN AKHIR TAHUN (BUKU) 2015

 

SEMALAM kami ke jualan akhir tahun (YES) di MAEPS.

buku_yes2015

  1. Saya memang berhasrat ingin membeli buku. Siap singgat di mesin ATM sebelum tiba di MAEPS.
  2. Pempamer buku (ahli MABOPA) memang banyak, namun mereka tidak bawa banyak buku. Hanya buku-buku terpilih sahaja.
  3. Ada penerbit yang berikan diskaun biasa-biasa sahaja. Sangat tidak menarik. Namun ada juga yang berikan hingga 70% diskaun.
  4. Iklan dalam talian memang gila-gila, namun bila tiba di sana, buku yang dijanjikan dalam iklan memang tidak ada.
  5. Kami pergi dengan kenderaan sendiri, jadi tidak ada masalahlah. Dengar cerita yang pergi menaiki kenderaan awam menghadapi maasalah sebab bas yang dijanjikan dari stesen LRT tidak kunjung tiba
  6. Keputusan saya ialah….. lebih baik pergi beli di kedai penerbit (secara borong) sahaja berbanding YES atau … beli sahaja ONLINE.

KOMIK RUNNING MAN : BUKU PALING LARIS DI MBC

 

runningman-228x228RM19.90 SAHAJA.

Aksi mendebarkan!

Kelakar pecah perut!

Drama emosi dan air mata!

Ayuh bersama-sama ahli Running Man dan selebriti terkenal berlari, menyorok, mencari dan berusaha menyempurnakan misi yang diberikan!

Kali ini mereka perlu menyelamatkan Yoona, seorang penyanyi terkenal yang diculik oleh Prof. Blagoose yang mahu menguasai dan menyebarkan kuasa kegelapan ke seluruh dunia. Kemerduan suara dan jeritan kesakitan Yoona akan menjadi senjata bagi menjayakan misi jahatnya itu.

Mampukah mereka menyelamatkan Yoona dan menghalang niat jahat Blagoose. Berjayakah mereka mengatasi cabaran-cabaran dalam misi ini?

DON’T WALK, BUT RUN RUNNING MAN!

PENERBIT BUKU MALAYSIA

 

DALAM tahun 2014 kami bermula dengan PTS, ITBM dan Karangkraf. Kini dalam 2015 kami telah membawa lebih dari sepuluh (10) jenama Penerbit Buku Malaysia.

Ada yang OK. Ada yang sangat OK. Ada yang biasa-biasa sahaja.

Screen Shot 2015-11-09 at 3.47.19 PM

Tahun 2016 kami akan tambah sekurang-kurangnya sepuluh (10) lagi penerbit yang akan kami bekerjasama dan membawa buku-buku mereka dalam Kedai Buku Bergerak kami. Dari satu (1), insyaallah pada 2016 nanti kedai kami akan menjadi tujuh (7) buah.

Mana-mana penerbit yang berminat, bolehlah hubungi kami melalui emel info@mobilebookcafe.com

Terima kasih.

 

GERONIMO STILTON

 

MASCOT Geronimo Stilton sudah muncul beberapa kali. Tahuin 2016 nanti insyaallah Stilton akan semakin rancak berkunjung ke sekolah-sekolah.

 

MBC_fsk_sesma

 

FESTIVAL SASTERA KANAK-KANAK (FSK2015)

 

FSK2015 telah diadakan di Dataran underground (Dataran Merdeka) dari 29 Oktober hingga 1 November. MBC telah hadir dan mengadakan pameran serta jualan buku.

 

mbc_fsk_dataran

Pada asalnya terdapat 4 atau 5 khemah bersebelahan Perpustakaan Kuala Lumpur. Satu khemah menempatkan 4 gerai. Maknanya banyak juga gerai yang menemani MBC. Namun pada hari kedua dan seterusnya semua gerai ini telah ditawarkan untuk berpindah ke underground kerana suasana dan cuaca di atas tidak begitu sesuai. Maka tinggallah MBC bersendirian di atas.

 

MBC_fsk_sesma

Sabtu 31 Oktober MBC menerima kunjungan 40 pelajar SESMA. Kami telah berikan taklimat berkaitan MBC dan juga Little Free Library.

 

Terima kasih SESMA atas kesudian datang dari Kuala Terengganu untuk menemui MBC.