JUALAN AKHIR TAHUN (BUKU) 2015

 

SEMALAM kami ke jualan akhir tahun (YES) di MAEPS.

buku_yes2015

  1. Saya memang berhasrat ingin membeli buku. Siap singgat di mesin ATM sebelum tiba di MAEPS.
  2. Pempamer buku (ahli MABOPA) memang banyak, namun mereka tidak bawa banyak buku. Hanya buku-buku terpilih sahaja.
  3. Ada penerbit yang berikan diskaun biasa-biasa sahaja. Sangat tidak menarik. Namun ada juga yang berikan hingga 70% diskaun.
  4. Iklan dalam talian memang gila-gila, namun bila tiba di sana, buku yang dijanjikan dalam iklan memang tidak ada.
  5. Kami pergi dengan kenderaan sendiri, jadi tidak ada masalahlah. Dengar cerita yang pergi menaiki kenderaan awam menghadapi maasalah sebab bas yang dijanjikan dari stesen LRT tidak kunjung tiba
  6. Keputusan saya ialah….. lebih baik pergi beli di kedai penerbit (secara borong) sahaja berbanding YES atau … beli sahaja ONLINE.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.