ORANG BESAR YANG SINGGAH DI MBC

MBC telah hadir ke majlis Ketua Setiausaha Negara (KSN), Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Ketua Setiausaha (KSU), Ketua Pengarah (KP) d)an Naib Canselor (VC). Kami dijemput hadir dalam aktiviti yang mereka rasmikan.

Bila tiba masa mereka mengunjungi booth, kami bersedia, namun mereka tidak singgah di booth kami. Dari jauh kami pandang kami. Agaknya mereka nampak unik dan teringin mahu pergi. Walau bagaimanapun mereka terikat dengan tatacara dan aturcara. Saya pernah terdengar yang pihak penganjur tidak benarkan mereka ke booth kami, secara lembut dan penuh diplomasi mereka memberitahu “Tan Sri, lepas ini sini, lepas ini sini dulu…. “.

Setakat ini MBC mengucapkan jutaan terima kasih kepada KSU Kementerian Pertanian dan Asas Tani, Datuk Ariff. Beliau bukan sahaja datang ke booth kami, malahan bertanya khabar, bertanya itu ini, membuat syor dan beliau beli buku yang kami jual!. Seterusnya kepada KPKR (Ketua Pengarah Kerja Raya) dan selepas itu Naib Canselor Universiti Malaya (UM). Beliau banyak sekali memberi kata-kata semangat dan motivasi kepada usaha kami menjaja buku kepada pembaca/pembeli.

Esok kami ke karnival yang akan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar pula. Beliau memang suka buku dan minat membaca. Kita lihat bagaimana …

IMG_6314

IMG_6324

IMG_6308

 

3 Comments to ORANG BESAR YANG SINGGAH DI MBC

  1. hafiz says:

    Bagaimana kesah dgn MB tuan MBA?

  2. Mohammad Nazari says:

    Tahniah kerana memulakan satu usaha yang murni membawakan bahan bacaan kepada pembaca. Mengenai VIP tak kunjungi MBC tu biasalah…. perkara yang berkaitan dengan buku dan membaca ni tak diminati oleh ramai orang. Macam daun kari. sebelum masak kari pastikan ada daun kari, tapi bila kari dah masak, daun kari diketepikan. Walau bagaimanapun, tabik sekali lagi atas usaha murni ini. kalau ada masa dan peluang saya juga ingin turut sama dalam aktiviti ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.