CATATAN PUAN MAHAYA BERSAMA MBC

Titipan (135)
SALING MENYOKONG
MEWARNAI KEHIDUPAN
Alhamdulillah! Kita tidak pernah bersendirian.
Terima kasih segunung intan.

1. Tuan Muhamad Bin Ali (MBC), Puan Ainn dan Encik Hanis; di sini dan di beberapa tempat, kita turun padang serentak. Tuan/Puan memang hebat dan berbakat.
2. Pihak sekolah; sudi menerima sumbangan karya sebagai penggugah minda pelajar.
3. Anakanda/Cucunda pelajar; ceria intraktif dan menerima tunjuk ajar. Semoga istiqamah memacu ilmu hingga ke Jannah.
4. Yang paling berani nenerima cabaran; pelajar perempuan Tingkatan Satu ni sahaja yang tidak gentar setelah dicabar semasa ceramah. “Cikgu, tumpang tengok Sakura. Nak beli tak ada duit, tengok jadilah.”
Apabila saya serahkan buku comel, beliau kegirangan “Untuk saya?”.
Saya terharu amat.
Sejak sekian lama, banyak sungguh yang saya peroleh dan nikmati. Berapa benarlah yang saya beri…
*** Terima kasih semua. Meski sejenak di sini, kenangan semerbak mewangi. Segala sesuatu diinsafi.
Ya, Rabb. Dikau yang Maha Pemberi.
Rumah Rindu.
Selasa, 29.3.16

Screen Shot 2016-03-31 at 11.05.47 PM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.