Q & A

 

Q: Apakah MBC?

A: MBC atau MobileBookCafe ialah sebuah Kedai Buku Bergerak. Kami menjual buku dari satu lokasi ke lokasi yang lain.

Q: Adakah MBC sebuah Perpustakaan Bergerak?

A: Tidak. MBC bukan perpustakaan, tetapi Kedai Buku Bergerak

Q: Di manakah lokasi MBC selalu berada?

A: MBC beroperasi mengikut jemputan. Biasanya kami ke sekolah-sekolah. Selain itu MBC juga menyertai apa-apa karnival, kolej, universiti, pejabat kerajaan mahupun tempat tumpuan orang ramai.

Q: Apakah prosedur untuk kami menjemput MBC ke sekolah?

A: Sila hantar jemputan ke emel info@mobilebookcafe.com. Sila nyatakan:

a. Nama Sekolah

b. Bilangan murid

c. Bilangan sesi

d. Aktiviti yg diperlukan

e. Tarikh jangkaan

Q: Apakah aktiviti yang dilakukan di sekolah?

A: MBC akan datang bersama dengan penulis. Antara aktiviti yang diadakan termasuklah ceramah, bengkel, taklimat, bicara buku dan sebagainya.

Q: Bagaimana Pihak sekolah ingin menjemput MBC?. Ada contok surat, kertaskerja dan sebagainya?

A: Kami sertakan contoh kertaskerja, surat dan jadual giliran pelajar.

Contoh kertas kerja: http://pusatsumberskbangsar.blogspot.com/2014/10/1.html

Contoh Jadual Murid ke MBC: http://pusatsumberskbangsar.blogspot.com/2014/10/jadual-jualan-buku-mobilebookcafe.html 

Contoh Surat:

Mobile Book Café
No. 9, Taman Baru 2a,
Taman Bukit Kajang Baru,
43000 Kajang,, Selangor.

 

Tuan,

JEMPUTAN MOBILE BOOK CAFÉ DAN UNIT KARANGKRAF KE SEKOLAH

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa lanjutan daripada perbincangan pihak tuan dengan guru pengelola program, Pn. Hasny@Yanti bt Zainal, pihak sekolah ingin menjemput unit tuan ke sekolah kami pada tarikh-tarikh berikut;

Hari                             :           ISNIN, SELASA DAN RABU

Tarikh             :           10, 11 dan 12 November 2014

Masa              :           9.30 a.m hingga 4.30 p.m

  1. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah berharap pihak tuan dapat menyediakan tentatif aktiviti bagi 10 dan 11 November yang melibatkan murid-murid tahap 1 dan 2.
  2. Kerjasama pihak tuan sangat dihargai dan diharap dapat menyemarakkan semangat membaca di kalangan murid-murid sekolah ini..

Sekian, Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

 

(NAMA GURU BESAR)

Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Puchong

5 Comments to Q & A

  1. Nur Azratul Airis says:

    Assalamualaikum, saya ada lebih kurang 200 lebih novel yang saya berminat untuk jual. saya ingin bertanya adakah encik berminat untuk membeli novel2 saya? jika encik berminat saya boleh selitkan list novel yang saya ada.

  2. Farahiyah idris says:

    Assalam, saya nak jual novel terpakai.adakah pihak tuan berminat ?

  3. Ida says:

    Salam. Saya ada beberapa novel untuk jual. Adakah encik berminat?

Leave a Reply to Nur Azratul Airis Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.