March, 2016
now browsing by month
KEMAMAN TAHUN KEDUA
MBC berada di Kemaman selama 5 hari. 10 buah sekolah. Dua tim MBC. Seorang pelukis dan seorang motivator. Ini adalah tahun kedua kami ke Kemaman. Kenapa kami pergi jauh hingga Terengganu?. Jawapannya ialah kerana GPM di Kemaman sangat komited dan penuh muafakat. Tahun lepas cikgu Norhalimah Awang aturkan 15 buah sekolah. Tahun ini Cikgu Sabariah Jaffar (SMK Chukai) aturkan 10 sekolah. Sungguh mudah tugas kami kerana mereka sukarela melakukannya.
GPM daerah lain juga boleh!!!
MINI KARNIVAL BUKU (MKB)
Mini Karnival Buku (MKB) ialah program MBC dengan kerjasama sekolah. Ia bertujuan untuk membantu pihak sekolah mendapat dana melalui komisyen jualan buku. Caranya:-
- Pihak sekolah tentukan tarikh. Dicadangkan 3 hari dalam sebulan. Elok selepas dapat gaji.
- MBC hantar buku
- Sekolah jual buku
- MBC datang ambil wang hasil jualan dan buku yang tidak terjual
- Pihak sekolah diberikan komisyen lumayan.
- Lakukan setiap bulan…
Hubungi Cikgu Ainn (01306919528) untuk pertanyaan dan tempahan.