Q: Apakah MBC?
A: MBC atau MobileBookCafe ialah sebuah Kedai Buku Bergerak. Kami menjual buku dari satu lokasi ke lokasi yang lain.
Q: Adakah MBC sebuah Perpustakaan Bergerak?
A: Tidak. MBC bukan perpustakaan, tetapi Kedai Buku Bergerak
Q: Di manakah lokasi MBC selalu berada?
A: MBC beroperasi mengikut jemputan. Biasanya kami ke sekolah-sekolah. Selain itu MBC juga menyertai apa-apa karnival, kolej, universiti, pejabat kerajaan mahupun tempat tumpuan orang ramai.
Q: Apakah prosedur untuk kami menjemput MBC ke sekolah?
A: Sila hantar jemputan ke emel info@mobilebookcafe.com. Sila nyatakan:
a. Nama Sekolah
b. Bilangan murid
c. Bilangan sesi
d. Aktiviti yg diperlukan
e. Tarikh jangkaan
Q: Apakah aktiviti yang dilakukan di sekolah?
A: MBC akan datang bersama dengan penulis. Antara aktiviti yang diadakan termasuklah ceramah, bengkel, taklimat, bicara buku dan sebagainya.
Q: Bagaimana Pihak sekolah ingin menjemput MBC?. Ada contok surat, kertaskerja dan sebagainya?
A: Kami sertakan contoh kertaskerja, surat dan jadual giliran pelajar.
Contoh kertas kerja: http://pusatsumberskbangsar.blogspot.com/2014/10/1.html
Contoh Jadual Murid ke MBC: http://pusatsumberskbangsar.blogspot.com/2014/10/jadual-jualan-buku-mobilebookcafe.html
Contoh Surat:
Mobile Book Café
B21-3A JALAN TKS 1. TAMAN KAJANG SENTRAL
43000 KAJANG
SELANGOR
Tuan,
JEMPUTAN MOBILE BOOK CAFÉ DAN UNIT KARANGKRAF KE SEKOLAH
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
- Sukacita dimaklumkan bahawa lanjutan daripada perbincangan pihak tuan dengan guru pengelola program, Pn. Hasny@Yanti bt Zainal, pihak sekolah ingin menjemput unit tuan ke sekolah kami pada tarikh-tarikh berikut;
Hari : ISNIN, SELASA DAN RABU
Tarikh : 10, 11 dan 12 November 2014
Masa : 9.30 a.m hingga 4.30 p.m
- Sehubungan dengan itu, pihak sekolah berharap pihak tuan dapat menyediakan tentatif aktiviti bagi 10 dan 11 November yang melibatkan murid-murid tahap 1 dan 2.
- Kerjasama pihak tuan sangat dihargai dan diharap dapat menyemarakkan semangat membaca di kalangan murid-murid sekolah ini..
Sekian, Terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
(NAMA GURU BESAR)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Puchong
1 thought on “Soalan Lazim”
Comments are closed.