{"id":411,"date":"2014-10-17T20:12:39","date_gmt":"2014-10-17T12:12:39","guid":{"rendered":"http:\/\/mobilebookcafe.com\/blog\/?p=411"},"modified":"2014-10-17T20:12:39","modified_gmt":"2014-10-17T12:12:39","slug":"inspirasi-kedai-buku-di-as-kosmo","status":"publish","type":"post","link":"http:\/\/mobilebookcafe.com\/blog\/?p=411","title":{"rendered":"Inspirasi kedai buku di AS : Kosmo"},"content":{"rendered":"<p>Kosmo, 17 Oktober 2014<\/p>\n<h3>Inspirasi kedai buku di AS<\/h3>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<table border=\"0\" cellpadding=\"3\">\n<tbody>\n<tr>\n<td valign=\"top\"><img loading=\"lazy\" src=\"http:\/\/www.kosmo.com.my\/kosmo\/pix\/2014\/1014\/Kosmo\/Rencana_Utama\/ru_01.1.jpg\" alt=\"\" width=\"500\" height=\"312\" align=\"left\" border=\"1\" hspace=\"5\" vspace=\"5\" \/><\/p>\n<div class=\"caption\"><\/div>\n<hr noshade=\"noshade\" size=\"1\" \/>\n<div id=\"kskd6483449\" class=\"kskdDiv kskdCls\">\n<div class=\"kskdDiv\">\n<div class=\"kskdDiv\">\n<div class=\"kskdDiv\">\n<div class=\"kskdDiv\"><\/div>\n<div class=\"kskdDiv\"><\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<div><\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/td>\n<\/tr>\n<\/tbody>\n<\/table>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>KELIBAT van yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Dari jauh jelas kelihatan padanan warna-warna terang seperti hijau, oren dan kuning dengan tertera tulisan Mobile Book Cafe dan gambar buku menghiasi luar van.<\/p>\n<p>Sebaik pintu belakang van dibuka, kelihatan himpunan buku tersusun cantik di atas ruang pameran yang diubah suai. Semuanya untuk dijual kepada orang ramai terutama peminat buku.<\/p>\n<p>Konsep kedai buku bergerak ini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia. Iadiusahakan oleh dua sahabat, Muhamad Ali, 50-an, dan Muhammad Azam Nor Anwar, 30-an.<\/p>\n<p>Beroperasi sepenuhnya sejak tiga bulan lalu, kedai buku bergerak yang dirancang sejak setahun lalu itu mengambil inspirasi daripada kedai buku bergerak milik Penguin Books di Amerika Syarikat.<\/p>\n<p>Bercerita lanjut mengenai idea kedai buku bergerak itu, Muhammad Azam berkata sebaik mendapat idea tersebut, beliau menyuarakan hasrat kepada Muhamad yang kebetulan mempunyai minat yang sama.<\/p>\n<p>Kedua-dua sahabat iniberkenalan sejak enam tahun lalu ketika Muhamad bertugas sebagai pegawai kerajaan di bahagian teknologi maklumat manakala Muhammad Azam bekerja di bahagian pembekalan teknologi maklumat di sebuah syarikat swasta.<\/p>\n<p>\u201cSaya memang berhasrat untuk berhenti kerja dan memulakan perniagaan yang berkonsepkan perniagaan bergerak. Macam-macam yang datang dalam fikiran, akhirnya saya memilih buku kerana buku tidak pernah basi selain minat kami berdua dalam bidang penulisan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Muhamad yang juga penulis buku, turut mengambil keputusan bersara selepas berkhidmat 30 tahun.<\/p>\n<p>Mengambil masa lapan bulan untuk proses kelulusan dan pengubahsuaian, Muhammad Azam berkata, pada peringkat awal beliau perlu mencari van yang sesuai yang boleh digunakan bagi tujuan itu.<\/p>\n<p>\u201cAda yang mencadangkan kepada kamimenggunakan lori dan bas tapi kami mahukan kenderaan yang tidak terlalu besar kerana kami mengambil kira masalah logistik terutama tempat letak kenderaan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Selepas mendapat kenderaan yang sesuai,mereka pergi ke pejabat Puspakom dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mendapat kelulusan bagi pengubahsuaian bagi tujuan tersebut.<\/p>\n<p>Proses itu mengambil masa agak lama sekitar empat bulan.Menurut JPJ, pihaknya tidak mempunyai rekod meluluskan kedai buku bergerak sebelum ini.<\/p>\n<p>\u201cJadi kalau mengikut rekod JPJ, kami adalah yang pertama memperkenalkan kedai buku bergerak yangdiluluskan JPJ,\u201d katanya.<\/p>\n<p><span style=\"text-decoration: underline;\"><strong>Proses ubah suai<\/strong><\/span><\/p>\n<p>Enggan dilabel sebagai perpustakaan bergerak, Muhammad Azam menjelaskan, mereka cuba lari daripada bayangan tersebut dengan mereka bentuk sendiri ruang van berkonsepkan praktikal dan pelbagai guna.<\/p>\n<p>Menggunakan van sebagai kedai, cabarannya ialah ruang yang terhad dan perlu digunakan semaksimum mungkin.<\/p>\n<p>Selepas sebulan proses pengubahsuaian, van itu direalisasi mengikut apa yang diimpikan. Sebanyak 1,200 buah judul buku dapat diisi di ruang pameran selain 5,000 buah buku lagi boleh dimuatkan dalam van berkenaan.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" src=\"http:\/\/www.kosmo.com.my\/kosmo\/pix\/2014\/1014\/Kosmo\/Rencana_Utama\/ru_01.2.jpg\" alt=\"\" width=\"600\" height=\"450\" border=\"1\" hspace=\"5\" vspace=\"5\" \/><\/p>\n<div class=\"caption\">KEDAI buku bergerak ini beroperasi sejak tiga bulan lalu.<\/div>\n<hr noshade=\"noshade\" size=\"1\" \/>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>\u201cKami belanjakan sekitar RM150,000 bagi keseluruhan kos kedai buku bergerak ini dengan separuh modal diperoleh melalui pinjaman bank,\u201d katanya ketika ditemui.<\/p>\n<p>Buku-buku yang dibawa kebanyakannya diperoleh secara konsignasi daripada syarikat penerbitan yang memberi kepercayaan selain ada yang dibeli sendiri.<\/p>\n<p>\u201cKelebihan kamiialahMuhamad seorang penulis dan menghasilkan lima buah buku. Jadi beliau kenal syarikat-syarikat penerbitan. Ia memudahkan kami untuk mendapat konsignasi buku-buku terbitan mereka,\u201d katanya yang mengutamakan buku-buku keluaran penulis tempatan.<\/p>\n<p>Buku-buku yang dijual juga ditapis dan mengutamakan buku-buku yang membina serta mematuhi syariat selain menggunakan bahasa yang standard.<\/p>\n<p>\u201cBahan-bahan yang dijual mengguna tata bahasa yang betul termasuklah komik. Ini secara tidak langsung dapatmembantu meningkatkan tata bahasa terutama dalam kalangan pelajar sekolah,\u201dkatanya.<\/p>\n<p>Mempunyai sasaran pasaran sendiri, kedai buku bergerak inimemberi keutamaan untuk jualan di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi selain menyertai karnival jualan di sekitar Lembah Klang.<\/p>\n<p><span style=\"text-decoration: underline;\"><strong>Khidmat sosial<\/strong><\/span><\/p>\n<p>Adakalanyakedai buku bergerak iniakan berhenti di pasar-pasar tani yang menjadi tumpuan ramai.<\/p>\n<p>\u201cOrangkita ni suka membaca cuma mereka malas hendak pergi ke kedai buku, jadi untuk menggalakkan budaya membaca,kami sendiri datang menemui mereka di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan ramai.<\/p>\n<p>\u201cMaklum balas yang kami terima setakat ini sangat baik terutama berhubung konsep yang kami bawa,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Ujar beliau, mereka yang datang tidak semestinya membeli buku, sebaliknya ada yang hanya singgah untuk membaca buku-buku yang dipamerkan sambil menikmati kopi panas yang disediakan.<\/p>\n<p>Usaha ini merupakan sebahagian daripadakhidmat sosial mereka bagi menggalakkan masyarakat untuk menjadikan membaca sebagai sebahagian budaya dalam kehidupan seharian.<\/p>\n<p>Bagi mendekati pelajar-pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi, mereka bukan sekadar datang untuk menjual buku sebaliknya turut menyediakan bengkel-bengkel secara percuma.<\/p>\n<p>\u201cProgram yang kami jalankan bergantung kepada pelajar-pelajar yang ada. Jika di sekolah rendah, biasanya kami bawa bengkel melukis dan menulis, sementara sekolah menengah kami bawa bengkel penulisan, bengkel puisi dan sajak bergantung kepada minat sekolah itu,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Bagi merealisasikan programdan mereka benar-benar serius dengan usaha tersebut,mereka membawa pakar dalam bidang-bidang berkenaan untuk mengendalikan bengkel.<\/p>\n<p>\u201cKami juga menyumbang buku kepada perpustakaan di sekolah yang kami lawati, sebagai menghargai dan tanda terima kasih menerima kehadiran kami,\u201dkatanya yang turut menjelajah ke beberapa buah sekolah dan institusi pengajian tinggi negeri-negeri di selatan dan utara tanah air.<\/p>\n<p>Menjual buku secara bergerak mempunyai cabarannya sendiri terutama ketika berhadapan dengan faktor cuaca.Setiap kali cuaca mendung, mereka akan bersiap sedia untuk menutup kedai dan menunggu di dalam van sehingga cuaca kembali normal.<\/p>\n<table border=\"0\" cellpadding=\"3\">\n<tbody>\n<tr>\n<td valign=\"top\"><img loading=\"lazy\" src=\"http:\/\/www.kosmo.com.my\/kosmo\/pix\/2014\/1014\/Kosmo\/Rencana_Utama\/ru_01.3.jpg\" alt=\"\" width=\"450\" height=\"600\" align=\"left\" border=\"1\" hspace=\"5\" vspace=\"5\" \/><\/p>\n<div class=\"caption\">MUHAMAD merupakan seorang penulis buku dan sudah menghasilkan lima buah buku.<\/div>\n<hr noshade=\"noshade\" size=\"1\" \/>\n<div id=\"kskd5531408\" class=\"kskdDiv kskdCls\">\n<div class=\"kskdDiv\">\n<div class=\"kskdDiv\">\n<div class=\"kskdDiv\">\n<div class=\"kskdDiv\"><\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/td>\n<\/tr>\n<\/tbody>\n<\/table>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Namun cabaran yang paling utama ialah mendapatkan program-programdi sekolah-sekolah.<\/p>\n<p>\u201cSebab itulah kami harus kreatif untuk merencanakan program-program yang sesuai setiap kali turun membuat jualan. Jika van tidak bergerak bermakna tiada jualan boleh dibuat,\u201dkatanya yang berhasrat untuk memperluaskan lagi kedai bergerak mereka.<\/p>\n<p>Kedua-dua sahabat ini juga merancang membina rakan niaga di beberapa buah negeri dengan konsep dan nama yang sama terutama di selatan, utara Sabah dan Sarawak.<\/p>\n<p>\u201cMatlamat kami adalah membantu masyarakat menjadikan buku sebagai teman setia. Kita harus mencontohi budaya membaca di negara-negara maju seperti Jepun kerana dengan buku kita boleh menimba ilmu,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sementara itu, sebagai satu inisiatif untuk merakyatkan budaya membaca dalam kalangan penjawat awam, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya, Perpustakaan Negara, Puspanita dan 1M4U telah melancarkan program Take a Break\u2026Read@Putrajaya baru-baru ini.<\/p>\n<p>Program yang julung-julung kalinya diadakan di Putrajaya itu telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa. Beliau sebelum inidinobatkan sebagai Ikon Membaca Kebangsaan Yang Pertama dalam kalangan penjawat awam.<\/p>\n<p>Beliau menekankan bahawa budaya membaca seharusnya menjadi semua amalan penjawat awam, termasuk dalam kalangan ahli keluarga mereka kerana budaya membaca adalah elemen penting dalam membentuk masyarakat berilmu.<\/p>\n<p>Beliau turut mengutarakan cadangan untuk menjadikan Putrajaya sebagai hab ilmu bersempena pelancaran Library on Wheels. Bagi merea\u00adlisasikan program tersebut, bas-bas Nadi Putra akan menjadi perpustakaan bergerak, hasil sumbangan buku-buku dari Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita).<\/p>\n<p><span style=\"text-decoration: underline;\"><strong>Hab ilmu<\/strong><\/span><\/p>\n<p>\u201cKedudukan geografi Putrajaya di tengah-tengah antara Kuala Lumpur, Cyberjaya, Bangi dan Dengkil seharusnya digunakan sepenuhnya sebagai pusat tumpuan untuk ilmu yang akan menjadi satu lagi tarikan untuk penduduk luar datang ke Putrajaya,\u201d jelas beliau.<\/p>\n<p>Beliau menekankan bahawa budaya membaca seharusnya menjadi semua amalan penjawat awam, termasuk dalam kalangan ahli keluarga mereka kerana ia adalah elemen penting dalam membentuk masyarakat berilmu.<\/p>\n<p>Beliau turut mengutarakan cadangan untuk menjadikan Putrajaya sebagai hab ilmu sempena pelancaran Library on Wheels. Bagi merealisasikan program tersebut, bas-bas Nadi Putra akan menjadi perpustakaan bergerak, hasil sumbangan buku-buku daripada Puspanita. \u2013 Bernama<\/p>\n<p>Artikel Penuh: <a href=\"http:\/\/www.kosmo.com.my\/kosmo\/content.asp?y=2014&amp;dt=1014&amp;pub=Kosmo&amp;sec=Rencana_Utama&amp;pg=ru_01.htm#ixzz3GP4rqXYr\">http:\/\/www.kosmo.com.my\/kosmo\/content.asp?y=2014&amp;dt=1014&amp;pub=Kosmo&amp;sec=Rencana_Utama&amp;pg=ru_01.htm#ixzz3GP4rqXYr<\/a><br \/>\nHakcipta terpelihara<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kosmo, 17 Oktober 2014 Inspirasi kedai buku di AS &nbsp; &nbsp; KELIBAT van yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Dari jauh jelas kelihatan padanan warna-warna terang seperti hijau, oren dan kuning dengan tertera tulisan Mobile Book Cafe dan gambar buku menghiasi luar van. Sebaik pintu belakang van dibuka, kelihatan himpunan buku tersusun<a href=\"http:\/\/mobilebookcafe.com\/blog\/?p=411\" class=\"read-more\">Read More &#8230;<\/a><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[6],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"http:\/\/mobilebookcafe.com\/blog\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/411"}],"collection":[{"href":"http:\/\/mobilebookcafe.com\/blog\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"http:\/\/mobilebookcafe.com\/blog\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"http:\/\/mobilebookcafe.com\/blog\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"http:\/\/mobilebookcafe.com\/blog\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=411"}],"version-history":[{"count":1,"href":"http:\/\/mobilebookcafe.com\/blog\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/411\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":412,"href":"http:\/\/mobilebookcafe.com\/blog\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/411\/revisions\/412"}],"wp:attachment":[{"href":"http:\/\/mobilebookcafe.com\/blog\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=411"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"http:\/\/mobilebookcafe.com\/blog\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=411"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"http:\/\/mobilebookcafe.com\/blog\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=411"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}